Ahad, 12 Januari 2014

Tak kenal maka tak cinta

Rasa rugi terlena awal malam semalam..lepas menaip minit mesyuarat HEM semalam..aufa dah merengek2 dah tido..letih berjalan..menyambut hari kelahiran yang pertama..
So bila dah baring2 sekali tu..tetido laa..

Bangun pagi tgk status kengkawan..DONE!! berwebinar dengan Lyna Noh..Alamak!!! macam mana leh lupa..malam tadi de kelas dgn LYna Noh..kalau tak tak pernah MISS..sebab pengisian dia best sgt..semacam memberi aura..meresap dalam hati...

Seringkasnya baca dalam tenet..diaorg ni tak kedekut..ilmu mana yang dicurahkan..mesti kwn2 akan share pulak..yang penting RAJIN!..

Sejujurnya sejak mula masuk BerSHAKLEE..banyak beri keyakinan diri..sebab dulu rasa KURANG..sebab rasa rendah diri itu amatla tinggi..dalam Shaklee walaupun teman2 tu bukanlah ustaz atau pendakwah..rata2 menekankan amalan rohani bukan bersifat fizikal semata..dah tanam dalam diri..bukan niat nak kaya..atau nak menunjuk2..tapi tanamkan sifat ingin membantu orang lain.

Jangan harapkan balasan budi dari orang lain.bangun pagi fikirkan apa yang boleh kita BERI manfaat pada orang lain..( tak berapa paham ye?)..

Sebab tu tak pernah paksa BELI NI!! BELI TU!!..tapi perbanyakkan kongsi pengalaman..nak tahu lebih2 lagi kena jadi ahli group kami dulu..sebab THE LEaDERs Dlam group sangat murah ilmu..ME TOO..

Kenali sejarah Shaklee tak kenal maka tak cinta  ( baru jumpa tajuk ^_^)

Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.


Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.


Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.


Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.


Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.


Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.

Sejarah Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.




Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.
 
Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Kisah Dr. Shaklee

Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.


Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."


Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.


Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.


Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.

 Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

Credit to Shaklee Malaysia

Sharing Is Caring
With lots of love
Fathiyyah 05:10am.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan