Ahad, 25 Februari 2024

Trip to Thailand2024 ( family day ) part 4

 Tiba hari terakhir di Thailand sedih pula sebab malam ni semua akan pulang ke rumah masing-masing. Tahun depan kita buat family day lg na..

Lepas mandi solat subuh kami masukkan sedikit barang2 dalam kereta. Lepas tu kami keluar bersarapan pagi di Kim Yong market. Terkejut tgk org jual p*g dan makanan halal sebelah2 saja. Memang bukan negara Islam tp semua org dibenarkan menganutkan agama masing-masing2.

Lepas makan anak2 bgtau nak naik tut tut layan aja kami cari tut tut nak pergi ke hatyai central mall 


 Merasa naik tut tut. Seronok anak2 itu la anak2 zaman sekrg lahir saja naik kereta ada aircond. Tuan badan blog ini zaman kecil2 xder kereta pun.pergi sek mak hantar naik basikal saja. Balik sekolah jalan kaki sebab mak meniaga kuih2 depan lorong tumah..
Afnan ada jewlry di thailand rupanyaπŸ˜„πŸ˜„



Toro fries ni viral ..tp bg saya xsuka sgt sebab cheese byk sgt. Makcik2 xlalu dah nak makan makanan ni..ok adik dah call sebab nak check out baik tut tut balik ke tempat parking kereta dan terus balik ke homestay.

Pack beg dan masukkan dalam kereta. Pukul 12jam thailand kami bergerak pulang..sempat singgah di clock tower tp mmg xnak beli apa dah kami terus balik..

Singgah di Danok makan dan solat kami terus pergi ke border..

Di border Thailand kena turun cop pasport dan di border Malaysia xperlu cuma beratur dalam kereta sahaja..

Dannn minyak kereta masih ada 2 takuk lg..Alhamdulillah xperlu isi minyak di Thailand..


Tunggu abang dan adik lepas border Malaysia Bukit Kayu Hitam..tiba di Malaysia jam 7mlm jam Malaysia..Alhamdulillah

Hijau emas di negara org hujan batu dinegara sendiri. Lebih baik negeri sendiri..jam 9mlm tiba di rumah di Penang..

Boleh rehat2 dan tetiba rs sedih sebab rindu abg adik mak abah.rindu kenangan di Thailand. Kalau ada rezeki sampai lagi InshaAllah…

Trip to Thailand 2024 ( Family day ) part 3

 Hari Ke tiga di Thailand- bangun pagi dah lapaq. Jam di Thailand kurang 1 jam dari Malaysia contoh jam 6pagi Thailand adalah jam 7pagi di Malaysia.

Sarapan pagi di Ayutaya noodle kedai ni dah viral di Malaysia. Jadi kedai viral ni kena sabar la menunggu dah beratur sebab pelanggannya ramai tp kedainya kecil comey jer. Makanan xterlalu mahal bersih dan semestinya Halal.



Cuma 1 kelemahan kedai ni tempat letak kereta, payah juga nak cari dah 2@3 kali pusing akhirnya dapat tempat parking kereta. Kena bayar parking 40baht utk 2 jam. Dalam hati kalau la boleh baik tut tut kan senang. 

Sebab kedai ni comel2 ja jadi meja makan dengan adik beradik terasing. Xpala janji makan termasuk dalam budget kutipan family day.

Lepas makan terus cari money changer sebab duit bant dah settle. Kami terus ke tempat nak naik kereta cable. Tapi malangnya ditutup jadi jalan2 ja naik bukit nmpk pemandangan sejauh mata memandang..


 Jalan2 ambil gambar saja terus ke masjid Songkla.. katanya Masjid Songkla ni tempat org Malaysia kawen lari. Xkira la nak kawen satu ke nak kawen dua. Masa kami sampai ni ada majlis kenduri kecilan2 ditingkat 2. Kami senyum2 jer..seronok en hasben nyakat. Nyakat la..layan jer.. kami solat dan bergerak ke tempat gajah 
 Belakang tu masjid Songkla. Xde carpet apa pun td lantai bersih berkilat-kilat..

Tempat naik gajah ni ada sejarah sikit. Tahun lepas bulan 12 dah dtg ke thailand dengan rombongan sek. Masa sampai tempat naik gajah ni xsempat masuk terjatuh depan pintu atas tanah berbatu2. Gambar dah delete sebab rs sedih igt kenangan tu. Tangan kiri berdarah2 lutut kanan juga berdarah. Yg sedih tu sebab kawan2 terus ka pergi tinggalkn saya ug berdarah2 tu. Ada seorg rakyat malaysia juga datang bagi ubat tahan sakit. Sebab dah berdarah2 kepala pun pusing gelap dunia. Nasib ada kakak hannan. Dia la yg bnyk ikut dan tolong ummi dia ni.

Ok lupakan kenangan tu kita cipta kenangan baru


Sampai disini bgtau en hasben. Kat sini la saya jatuh. Dia tgk ja muka kita dah la jom kita masuk. 




Dapat juga naik gajah.yea..pertama kali naik gajah asyik kesian jer kat dia sorang 500baht jadi habis dekat 3000baht disini saj. Siap bg makan lagi kat gajah2 tu. Lupa dah mak dengan abah yg datang sekali.sori na mak teruja betul..

Dah lapar kami terus ke floating boat tempat makanan mcm2 sampai xtau nak makan apa 



Kalau tny makanan feberet saya kat sini ais krim kelapa, dan kerabu maggie sedap betul kena dengan tekak. Lepas makan dah x larat nak berjalan terus balik ke homestay releks2 solat dan mandi.

Malam tu kami keluar ke Lee Garden parking kereta sampai lupa parking dimana..πŸ˜€ makan malam disitu..ajak en hasben jomla massage. Dalam kepala org lelaki ni massage ni yg blue2 jer..bukan la urut badan ja..last2 xberjaya memujuk balik ker ke homestay dan kemas barang sikit2 sebab nak check out dah esok..

Trip to Thailand 2024 ( family day ) Part 2

 Sambungan kepada cite semalam..ada kawan2 tny makan kat Pak Bara mcm mn? Jd petang tu sambil tgk sunset kami pi tgk kat view point Pak Bara. malam tu makan kat kedai2 tepi jalan jer..


Kenangan tersimpan dihati..  keesokannya lepas makan pg kat kedai di Pak Bara terus check out menuju ke Hatyai 

 

Makanan pun murah ja. Makanan sedap Alhamdulillah..sebenarnya tuan badan ni jenis xmemilih makanan. Sejenis xmakan makanan viral2.. di Thailand pun masih makan nasi lemak, nasi goreng. Teh o ais..

Dah kenyang kami singgah sekejap di Thung Bu Lang. Niat dihati nak tgk bunga matahari sekali bunga matahari dah habis musim jadi ambil gambar gunung atas tasik ker janji lawa


Lepas bergambar sakan dengan cuaca yang panas kering tu mmg xlepas cermin mata. Sapa2 yg nak pergi Thailand tu bawa la cermin mata hitam dan topi. Panas uii

Sepanjang perjalanan tu ada la beberapa kali berhenti di stesyen minyak tp xisi minyak pun tumpang tandas jer series minyak diaorg mahal dalam 39000baht 1 liter lebih kurg rm5.12. Sebelum masuk border ritu dah siap isi full tank utk honda hrv harap bertahan utk 4 hari


Suasana stesyen minyak di Thailand. Simpan buat kenangan dan sejenis suka amik gambar dan bidio. 

Sebelum check in hotel singgah makan tengahri di Tha Chang, kedai ni adik yg cari selaku kakak yg malas google ikut jer dia bawa


 Sedap makanan kat sini. Xviral lg sebab xde org Malaysia kat sini. Jumpa prg thailand jer. Order pun jadi bahasa ayam itik jer.tunjuk gambar ye2 je. Nasibla sebab semua buta huruf thailand.

Jadi kami pun check in di homestay di Hatyai ni. Rumah 3 tingkat ada 4 bilik nnti de masa saya review homestay ini inshaAllah..

Lepas check in mandi solat kami keluar ke Asean Night Bazaar. Rambang mata barang banyak kat sini. Tp xsempat pulak ambil gambar nak shopping bawa duit xbyk..jd jalan2 cuci mata jer. Balik tu relaks tido di homestay..

Trip to Thailand 2024 ( family day )part 1

 Alhamdulillah nak story kisah pergi family day di thailand

Hari Khamis kelam kabut kami pergi buat pasport di imigresen seb jaya. Solat subuh di petronas terus shot ke imigresen pukul 6.30pg sampai dah beratur panjang..Allahhh..

 Dalam Jam 3.00petang siap juga pasport ni..bayangkan pukul 6.30pg beratur pukul 3.00ptg baru dapt pasport perut mmg dah lapaq sgt teruih ke nasi kandar pelita. 

21/2/2024 

Jam 5.00pg dah bgn mandi amik

Wudhuk bertolak ke Perlis singgah solat subuh di gurun. Lepas tu terus ke changlun tunggu abang dan adik dengan mak dan abah. Jumpa di tempat ambil insurans kereta dah siap isi borang tm2 tm3 geran asal kereta insurans kereta beli online jer dah siap terus bergerak ke wang kelian - masuk Thailand ikut border Wang Kelian 

 Kat sini pasport kena sedia beratur dalam kereta ja lepas border Malaysia ni kena pi border Thailand, 

Amik kad putih isi dan beratur kat kaunter hanya driver beratur bersama borang tm2 dan tm3 sekali dengan geran. Untuk penumbang kena beratur juga di kaunter penumpang. Lepas tu hasben pergi ambil borang kastam dan cop.siappp.. bergerak la kami ke thailand…

Tempat pertama singgah di Satun ada masjid yg dibina sama seperti masjidil aqsa

 Dapat ke sini pun jd la.



 Perut dah lapar singgah makan di Pak Tam seronok mengorder sekali bayar 3650baht bersamaan rm450 gak..xpala 17 org makan kann

Lepas makan terus bergerak ke homestay di Pak Bara Best Hotel Pak Bara. Bilik selesa dan cantik owner dia pun ramah walaupun cakap macam ayam itik


Cuma disini xde masalah nak minum arak secara terbuka malam yg kami bermalam tu siap diaorg minum ramai2 depan bilik sampai mabuk2 busuk bau arak tu jgn tnyla. Lepas tu ajak semua anak2 masuk bilik tidur..

Ok nanti saya sambung utk part 2..



Selasa, 20 Februari 2024

First day of check tyriod

 Sejak balik dari Thailand dulu start rs badan serba xkena. Nafas jd laju jantung punya laju. Jadi rs xsedap badan pergi check darah di Farmasi. Byk cite kat sini. Kena marah sebab luar kawasan klinik. Stress agaknya doktor tu.

Jadi lepas amik darah di klinik putra hari jumaat terus balik kampung. Lepas 3 hr klinik call suruh amik result darah. Dah dapat result positif tyriod. Hypotyriod simptom2 ja camni-

1. Jantung dan nadi laju sangat bacaan kenkdg 100 keatas miso tny puan nerves ka dia suruh releks. Bukan sengaja buat misi oiii.

2. Berat badan turun mendadak, part ni best sebab makn byk mana pun asyik turun ja badan dulu 60/61 kg latest dalam 54kg mcm tu ja. Xde exercise apa. Makan selera ja..

3. Sakit kepala tu selalu minta anak tumbuk kepala xmain la picit2 tumbuk terus baru terlena.

4. Suhu badan under control, kat rumah pasang aircond la boleh berpeluh sorang2.

5. Emosi xterkawal, hormon dalam badan xcukup mmg byk ggu emosi mangsa keadaan en suami sebb cepat betul terasa merajuk nak marah dalam kereta lempar ja semua benda. Xpernh lg buat perangai mcm tu.

So hari selasa sebelum ke thailand family day menapak ke klinik kesihatan serah diri mmg tau kena makan ubat. Sampai klinik pukul 9pg mcm tu. Daftar nak tgu giliran jumpa doktor.

Dah kena panggil jumpa doktor bg surat yg klinik putra bg dan result darah. Lepas tu mcm2 test kena buat.test jantung 2 kali sebab tangan mmg shaking teruk. Test gula sebab bacaan gula tgi. Test urin xboleh mengandung sepanjang ambil ubat tyriod.

Last sekali dah settle semua test dan doktor dah bg list ubat. Sebelum balik kena amik darah lagi utk appoinmemt akan dtg. Edeiii…

Amik ubat Ya Allah byknya..



Banyak yang cakap xelok makan byk2 ni xbagitau mak lg klu mak tau mmg dia xbg makan. Cr dalam med sos pun byk sekali canggahan pendapat. Tp bg tiyah sakit tu sebenrnya datang dari Allah nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita. Makan ja la ubat sebagai usaha menyembuhkan. Sikit pun xrasa ralat tp rs syukur sbb Allah bg rs sakit jd selalu igt pada Dia.

Ok rasa sampai sini dulu coretan ni.. buat kenangan di masa depan klu masih dipanjangkan umur. Assalamualaikum

Sabtu, 17 Februari 2024

Afnaan dah meninggalkan sekolah rendah



Anak teruna sorang ni dah umur 13 tahun tahun ni..sat saja masa berlalu. Ummi doakan afnaan terus berjaya dan cita2 umi afnaan dapat melanjutkan pelajaran ke Madinah..ummi akan selalu sampai Madinah InshaAllah… panjang cita2 umi..

Sekarang ni tgh busy menyiapkan borang2 ke Sabk maadrasah khairiah utk afnan sambung sek men disana InshaAllah..

Kali ini afnaan xpergi sorang sebab kakak hannan akan ikut sekali. Rancangan kedua2 akan masuk asrama..doakanla umii kuat naaa

 

Khamis, 24 September 2020

kayuh basikal lagi ke pantai merdeka

Memandangkan minggu lepas dah berjaya kayuh basikal hingga ke kota kuala muda. Minggu ni try ke pantai merdeka pulak.

Nak sampai tu jauhnya.. Ya Allah.. Rs menyesal plak nak kayuh sampai sini. 

Siap package bukit lg. Letih nak kayuh.. Jd turun tolak jer la basikal tu.. 

Turun bukit tu.. Leganya... 

Dan sampaiii.. Lepak jap tunggu adik.. 

Akhirnya berjaya sampai juga
ditemani en hasben... 😍 😍 😍

dan adik sorang ni.. Basikal dia canggih..
Jenuh hambat.. Xpala.. Rezeki dia.. Tumpang senang dia.. 

Balik rumah tu.. Mmg rehat la..