Isnin, 10 Februari 2014

period lewat


gara2 period lewat seminggu..debar-debar kot mengandung..plz...DONT..sebab rasa kena jarakkan jugak ank kot..rapat2 jer anak saya..Hannan 5thn Afnaan 3thn Aufa 1 thn..kalau termengandung lagi masa terdekat..aduhai...tengah fikir kalau rezeki Allah nak bagi..dan dgn cara itu Allah nak tunjukkan cara supaya kami suami isteri sabar lebih sabar..Doa selalu dlm solat..semoga anak2 kami membesar sebagai muslim dan muslimah sejati..penghuni syurgaMu ya Allah..

Ini Yang saya google dari blog Dr Zubaidi

Mengapa Saya Tidak datang haid Rasa Hamil tetapi ujian UPT Negative?

 Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka seperti hamil, kerana mereka mengalami darah haids untuk beberapa minggu, tetapi apabila melakukan ujian air kencing UPT mendapati negative (mereka tidak hamil).

 Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil.

 Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahem. Perasan seperti rasa seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini. Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan apabila mereka mengalami ‘tidak datang darah haids’ pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi seorang wanita itu mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan rasa yang lain. Perasaan mahu hamil akan menyebabkan seorang wanita rasa tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, pada hal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan airkencing UPT dan ultrasound.

 Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormone dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormone, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperna belum berlaku. Antara hormone yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesterone. Kepekatan hormon progesterone akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil. Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor akan meningkatkan tahap hormone progesterone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan menyebabkan IPS. Jadi apa yang harus dilakukan jika seorang wanita tidak kedatangan darah haid dan mengalami tanda-tanda dan perasaan seperti kehamilan? 

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama dua minggu dari tarikh darah haids sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haids pada 3 hb Mac, maka jika 17 hb April, masih tidak mengalami haids, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound. Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dibimbangi beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hamper sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ sebelum kedatangan haids. Janganlah terlalu melayan persaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil.

 Ada wanita yang rasa seoalah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil. Walaupun ada satu lagi istilah perubatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu ‘pseudocyesis’ di mana seorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi ‘pseudocyesis’ seorang itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil. Apa agaknya punca seorang wanita tidak mengalami haids pada waktu yang tetapi? 

Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai pelbagai hormone yang mempengaruhi kesuburan beliau. Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari pelbagai hormone. Apabila telur ini tidak disenyawakan, ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haids selepas 14 hari. Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormone-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahem juga turut mengeluarkan darah haid.

 Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haids untuk doktor akan memberikan pil hormone bagi memberikan ‘isyarat palsu’ pada rahem untuk mengeluarkan darah haid. Oleh itu jika seorang wanita tidak kedatangan haid selama enam bulan dan didapati tidak hamil, saya mencadangkan agar melakukan beberapa pemeriksaan hormone.

 Antaranya ialah :

 • Hormon Thyroid : Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon yang penting mengawal kitaran haids. Selain tidak mengalami darah haids, seorang wanita yang mengalami masalah hormone thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat penat, bertambah berat badan dan mudah rasa sejuk. Pemeriksaan darah membantu doctor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.

 • Hormon Prolactin. Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haid, mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormone prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haids. Peningkatan hormone ini dapat dirawat dengan mengambil ubat-ubatan. Jadi janganlah terlalu kecewa apabila tidak hamil. Jangan mudah putus asa. Buatlah pemeriksaan secara lengkap terhadap kesuburan.

 Wallahu a’lam.


 Saya rasa masalah yang saya hadapi disebabkan oleh hormon Prolactin..Sebab masih menyusu bayi yang ketiga dan Aufa berumur setahun sebulan..walaupun bukan pumping mother lg..dah stop Januari lepas..sebab Aufa refuse terus minum susu dalam botol..dan menolak walau diletakkan dalam cawan atau sringe..Aufa dah enough big girl makan makanan pepejal sahaja dan minum air masak dalam cawan..Bila saya balik kerja baru Aufa akan menyusu..Jadi Pam2 susu dah siap masuk dalam box semula..Stok2 susu juga dah dibuang sebb dah expired..dan peti ais utk simpan stok susu dah switch off.

Walaupun camtu..Aufa masih kuat menyusu masa bersama dengan dia tambah2 lg waktu malam..Jadi disebabkan itu hormon dalam badan belum memberi signal utk didatangi haid.

Harap2 sangkaan saya betul...

Suami cakap makan vitamin sgt..badan sihat..sebab tu senang nak lekat..
hihihihihihihihi...pandai jer dia wat andaian..Love U..

Lots Of Love..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan