Rabu, 26 Februari 2014

Keistimewaan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C biasa

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C
Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Selasa, 25 Februari 2014

Shaker Shaklee

Hari ni nak cite..
Salu shake esp..cinch..dengan apa?
Dengan shaker kan?
Kenkdg shaker x rapat..sure tumpah dan xleh goncang kekuat

Dah la esp dan cinch xleh dibancuh dgn air panas..
Mesti berketul2 kalau kacau dgn sudu jer..

Ha..shaklee de sediakan shaker yg kedap udara..jd goncang jer xpayah risau tumpah..



Rasa macam nak bagi free gift la..untuk customer yang nak membeli ESP,CINCH, PERFOMANCE DRINK..bagi Shaker percuma satu..nak tak?



Isnin, 24 Februari 2014

Suplemen Shaklee vs Ubat Klinik

Keistimewaan Shaklee..

Sentiasa selamat
Sentiasa berkesan
Sentiasa mesra alam

" saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, " dia pernah berkata" tetapi kita adalah dua bidang yang berasingan . Mereka dilatih untuk merawat penyakit , saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Dipetik dari Dr Forrest C Shaklee.sr



 Suplemen dan ubat klinik atau hospital merupakan 2 benda yang amat berbeza.Baru-baru dapat join Class dengan seorang doktor perubatan yang bernama Dr Fida dan merupakan pengamal suplemen Shaklee.

Jelas sekali sering kita berjumpa doktor yang melarang kita mengambil suplemen dan mengambil ubat-ubatan yang doktor sediakan.Agak2 kenapa yer?

Dalam perbincangan tu..Dr Fida ada menerangkan mengapa berlaku sedemikian..



Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital merupakan ubatan yang dipanggil sintetik.Dimana Ia dicipta untuk menghalang atau menahan penyakit sahaja.Seperti kata Dr Fida ubat untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.ubat-ubatan yang diberi untuk menghalang penyakit menjadi berlarutan tetapi tidak merawat.

Walaubagaimana pun beliau tetap menggesa pesakit-pesakit mesti mendapatkan rawatan dari pihak hospital apabila sudah disahkan pesakit menghidap penyakit tersebut.Suplemen tidak merawat penyakit tetapi memperbaiki fungsi tubuh yang memerlukan masa yang lama untuk penyembuhan berbanding pencegahan.

Beliau juga menggalakkan suplemen diambil sebagai tindakan pencegahan dan menjaga kesihatan.
Makanan asas semulajadi harus dititik beratkan dan jangan bergantung semata-mata kepada suplemen,kerana suplemen hanya membantu melengkapkan nutrisi harian.

Jadi jangan kita beranggapan apabila kita mengambil suplemen kita tidak perlu lagi kepada sumber-sumber semulajadi seperti protein,mineral yang didapati dalam makanan harian kita.

Amalkan juga gaya hidup sihat,bersenam dan jauhi amalan merokok serta mendekatkan diri dengan yang ESA.

Banyak lg yang Dr Fida kongsikan malam tu..yang pasti best sangat dapat menuntut ilmu mengenai soal pemakanan kesihatan dan vitamin semulajadi.rasa lega sebab sebelum ni ramai2 doktor yang tiyah jumpa kalau diberitahu mengambil suplemen seperti melarang keras dan hanya tertumpu kepada ubat-ubatan klinik yang dibekalkan.

Alhamdulillah sejak mengenali Shaklee jarang dah melawat klinik2 untuk masalah demam batuk dan selsema.anak-anak pun nampak kian sihat dan berisi.

Ahad, 23 Februari 2014

Healing Crisis Selepas Pengambilan Suplemen Shaklee


Pernah tak berlaku selepas ambil suplemen Shaklee kita rasa semakin teruk?
Seperti jerawat naik menjadi-jadi?
Pening, loya muntah?

Terdetik rasa hati..menyesal beli suplemen ni dari member sorang nie.ada kelulusan KKM tak nie?effect dia teruk!!

Jika anda terdiri dari salah seorang yang berfikiran begitu.atau sedang mengalaminya..untuk pengetahuan anda.itulah yang dinamakan Healing Crisis.Jadi nak cerita sikit mengenai masalah healing crisis yang sedang kita hadapi sekarang.

Yang pasti jangan cepat melatah.sebab berlaku healing crisis ni merupakan salah satu petanda baik.Jika masih rasa ragu-ragu hubungi distributor Shaklee anda atau dari penjual Shaklee yg anda beli darinya.Pasti dia ada jawapannya.

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:



Setiap penyakit ada penawarnya.Teruskan pengambilan suplemen walaupun mengalami masalah-masalah seperti yang telah disebut tadi.Tubuh anda dalam proses penyembuhan.yang penting ambil bersama air yg mencukupi. In Sha Allah..beroleh manfaatnya.

Rabu, 19 Februari 2014

berjaya hamil dengan shaklee


memula sekali..ucapkan syukur atas segala nikmat yg Allah berikan..malam yg indah nie..sambil baring2 mendengar webinar ( kelas online ) dari master lyna..sambil mendengar..sambil menyusu..sambil balas pm customer..multitasking dah..yang tak biasa memang anggap sukar..tp bagi saya..saya suka!! jadi yg sukar jd mudah!! bila tgk ruangn news feed..nmpk acc seorg sahabat lama..belajar sama2 masa diploma di kusza dulu..tahun 2005 sekelas dalam jurusan pengajian Islam Usuluddin..rupanya..dia pun dh join jadi distributor Shaklee..ritu dlm whatassp..dia ada tny..sebb dah dkt 2thn menanti cahaya mata..belum ada rezeki..jadi last dia mencuba Shaklee pula..gla dan alfafa..



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...dia mengandung..sekarang baby dia dah comel lote tau.mummys dia lagi2 gebu..sebb amik set ibu menyusu plak..plus esp..your are so gojes la yana.


 comel x diaorg? sweet tol..gambar ni xde edit2 tau..real!! ni bukan testimoni rekaan..ni cerita betul2 tau!!

shaklee sentiasa selamat.terbukti berkesan.100% semulajadi.

berminat nak cuba boleh terus pm no ni..fathiyyah 012-5862274


Ahad, 16 Februari 2014

Testimoni Set Hamil Shaklee

Testimoni pengguna Set Kehamilan Shaklee..Alhamdulillah..mereka semua puas hati...


 





Bacalah Anakku..

Berpandukan tajuk..adui anak..
Hannan sebenarnya dah boleh baca buku Bacalah Ankku Jilid 6 dah..
Pelan2 dia baca masa di sekolah..
Gara2 bercuti panjang..
langsung tak tgk dia baca..

Hari ni rasa ada masa...panggil dia nak dengar dia baca..
Buku jilid 6 tue..
Langsung tak bunyi apa2..
keje nganga jaaa..
Dia lupa habih!!!

cepat2 cari Cd yang sebut sebutan huruf..bukan mak bapak dia tak kenai abc..
tapi cara sebutan buku ni B dipanggil 'Beh" C dipanggil 'Ceh'..tak pandai haih...tapi dah sekolah dia ajar macam tu..kena ikut laaa...

Ulang2 tgk CD tue..anak belajar..umi blajar sekali..karang nak ajar dia plak...

Terus suruh baca jilid 1 balik...

Start dari pagi tadi..
baca jilid 1 sampai habis jilid 2 stop sat..
Masak..makan..mandi..

Start balik jilid 3..ok lagi..
Start naik jilid 4..

Jengjengjeng...
Masuk jilid nie jumpa huruf D..
Baru perasan dia ada masalah berkenalan dengan huruf b d dan p

Berpeluh2 jugak umi ajar..naik angin segala bagai..
last2 print huruf ni..siap letak gambar dan pa pi pu ba bi bu da di du..
 okeh..terajin skit..sebab rugi rasa dah baca jilid 6 kena turun baca jilid 4..sangkut plak tu...

Buku bacalah anakku ni ada 8 jilid...setakat ni semua blaja suku kata terbuka..KV KV..
Doakan la bagi umi dia terus bersabar..dan sabar...dan sabar...

kena bagi telan omega guard lagi nie..
susah benor nak telan sebiji pun..byk alasan..

Rabu, 12 Februari 2014

vitamin kesihatan

sebab bulan ni promo Vita lea..jadi nak cite kepada anda ...

kebaikan vitalea ni utk anda semua..Seperti yang diketahui..Vitalea ni adalah multivitamin yang dilengkapi dengan iron..membantu memperbaiki tisu.kalsium dilengkapi dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi..

Ramai yang tanya kepada saya.kenapa ambil suplemen ni.bukan sakit dan masih muda..jawapan saya..sediakan payung sebelum hujan.sihat bukan selalu sihat.selalu kita dengar masih muda tapi dah menghadapi peelbagai jenis penyakit.menghidap kanser dan atas faktor pemakanan yang tak seimbang..

zaman sekarang kita byk terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat.makanan yang dibeli atas sebab bekerja dan tidak mengamalkan senaman.dulu..saya kerap merasa letih..selepas pulang kerja.kena menyiapkan kerja2 rumah.menguruskan anak2..

sejujurnya kerap merasa tertekan kerana anak2 masih kecil..dan merasa letih melayan karenah mereka..sebab tu saya mula mencari vitamin yg memberi tenaga supaya rasa sihat dan mampu membuat kerja harian dan melayan anak2 dengan baik..




 dua suplemen ni wajib saya ambil selepas breakfast di sekolah..saya bawa terus ke meja guru supaya boleh terus ambil mengikut jadual vitamin yg disediakan..

Alhamdulillah..mula mengenali Vitalea dan B kompleks sejak mula menjadi pumping mother dan keja hakiki..orang sampai tny kenapa saya seperti byk masa..sempat berlari memerah susu ketika disekolah..sempat menyiapkan buku rancgn mengajar.dan sempat menyiapkan tugas2 pengkeranian dalam masa yg masa dapat menjalankan perniagaan secara part time pula..

Perkara paling penting iaiah mind set kita kena sentiasa positif..

Alhamdulillah..senyum sokmo..


Isnin, 10 Februari 2014

period lewat


gara2 period lewat seminggu..debar-debar kot mengandung..plz...DONT..sebab rasa kena jarakkan jugak ank kot..rapat2 jer anak saya..Hannan 5thn Afnaan 3thn Aufa 1 thn..kalau termengandung lagi masa terdekat..aduhai...tengah fikir kalau rezeki Allah nak bagi..dan dgn cara itu Allah nak tunjukkan cara supaya kami suami isteri sabar lebih sabar..Doa selalu dlm solat..semoga anak2 kami membesar sebagai muslim dan muslimah sejati..penghuni syurgaMu ya Allah..

Ini Yang saya google dari blog Dr Zubaidi

Mengapa Saya Tidak datang haid Rasa Hamil tetapi ujian UPT Negative?

 Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka seperti hamil, kerana mereka mengalami darah haids untuk beberapa minggu, tetapi apabila melakukan ujian air kencing UPT mendapati negative (mereka tidak hamil).

 Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil.

 Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahem. Perasan seperti rasa seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini. Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan apabila mereka mengalami ‘tidak datang darah haids’ pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi seorang wanita itu mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan rasa yang lain. Perasaan mahu hamil akan menyebabkan seorang wanita rasa tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, pada hal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan airkencing UPT dan ultrasound.

 Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormone dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormone, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperna belum berlaku. Antara hormone yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesterone. Kepekatan hormon progesterone akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil. Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor akan meningkatkan tahap hormone progesterone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan menyebabkan IPS. Jadi apa yang harus dilakukan jika seorang wanita tidak kedatangan darah haid dan mengalami tanda-tanda dan perasaan seperti kehamilan? 

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama dua minggu dari tarikh darah haids sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haids pada 3 hb Mac, maka jika 17 hb April, masih tidak mengalami haids, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound. Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dibimbangi beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hamper sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ sebelum kedatangan haids. Janganlah terlalu melayan persaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil.

 Ada wanita yang rasa seoalah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil. Walaupun ada satu lagi istilah perubatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu ‘pseudocyesis’ di mana seorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi ‘pseudocyesis’ seorang itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil. Apa agaknya punca seorang wanita tidak mengalami haids pada waktu yang tetapi? 

Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai pelbagai hormone yang mempengaruhi kesuburan beliau. Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari pelbagai hormone. Apabila telur ini tidak disenyawakan, ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haids selepas 14 hari. Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormone-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahem juga turut mengeluarkan darah haid.

 Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haids untuk doktor akan memberikan pil hormone bagi memberikan ‘isyarat palsu’ pada rahem untuk mengeluarkan darah haid. Oleh itu jika seorang wanita tidak kedatangan haid selama enam bulan dan didapati tidak hamil, saya mencadangkan agar melakukan beberapa pemeriksaan hormone.

 Antaranya ialah :

 • Hormon Thyroid : Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon yang penting mengawal kitaran haids. Selain tidak mengalami darah haids, seorang wanita yang mengalami masalah hormone thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat penat, bertambah berat badan dan mudah rasa sejuk. Pemeriksaan darah membantu doctor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.

 • Hormon Prolactin. Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haid, mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormone prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haids. Peningkatan hormone ini dapat dirawat dengan mengambil ubat-ubatan. Jadi janganlah terlalu kecewa apabila tidak hamil. Jangan mudah putus asa. Buatlah pemeriksaan secara lengkap terhadap kesuburan.

 Wallahu a’lam.


 Saya rasa masalah yang saya hadapi disebabkan oleh hormon Prolactin..Sebab masih menyusu bayi yang ketiga dan Aufa berumur setahun sebulan..walaupun bukan pumping mother lg..dah stop Januari lepas..sebab Aufa refuse terus minum susu dalam botol..dan menolak walau diletakkan dalam cawan atau sringe..Aufa dah enough big girl makan makanan pepejal sahaja dan minum air masak dalam cawan..Bila saya balik kerja baru Aufa akan menyusu..Jadi Pam2 susu dah siap masuk dalam box semula..Stok2 susu juga dah dibuang sebb dah expired..dan peti ais utk simpan stok susu dah switch off.

Walaupun camtu..Aufa masih kuat menyusu masa bersama dengan dia tambah2 lg waktu malam..Jadi disebabkan itu hormon dalam badan belum memberi signal utk didatangi haid.

Harap2 sangkaan saya betul...

Suami cakap makan vitamin sgt..badan sihat..sebab tu senang nak lekat..
hihihihihihihihi...pandai jer dia wat andaian..Love U..

Lots Of Love..


Pentingnya prenatal vitamin untuk ibu mengandung

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)*rujukan :
  • vitaminsemulajadi.com
  • drzubaidi.com

Sabtu, 8 Februari 2014

To Person..

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera..

Selamat Datang dan Terima Kasih sebb mengunjungi Blog Saya yang tak seberapa nie..
Asalnya minat dan suka melayari internet..lepas tu guna medium ini sebagai bidang perniagaan pulak..dah alang2 suka jadi gunakanlah kearah yang bermanfaat..SALAH KER??

Baru2 ada menbaca coretan seorang teman..malahan teman seperjuangan dalam mencari rezeki..
Jujurnya sebelum tu saya sangat menghormati beliau sebb dalam usia yang muda,beliau sudah ada perniagaan sendiri dan berjaya ALHAMDULILLAH...Tak cemburu tapi tumpang gembira..Berkat kesungguhan beliau walaupun masih muda tapi membukti hasil kesungguhan dah mampu bertapak sendiri.Kata2 beliau saya jadikan sebagai semangat dan motivasi..

Tapi kata2 yang terbaru ni menukar semua persepsi baik..pernah membaca sebuah buku..Maaf tak ingat tajuk tapi kata2 ni memberi kesan..Sekalipun kita sudah ada diatas jangan sekali memandang dibawah kita  itu lemah kerana kehidupan ini seperti roda..adakala kita diatas..adakala kita jatuh kebawah...

Yup Shaklee mengamalkan sistem MLM..Multilevel Marketing..
TAPI kena faham...
Multilevel yang macam mana..rasanya tak elok menuduh2..mengata2 sesuatu..Mempertikaikan sesuatu..Tanpa usul periksa...
Shaklee mengamalkan sistem multilevel yang adil..Tiada istilah Org atasan akan dapat BONUS senang lenang goyang kaki..sedangkan Org Bawahan bekerja keras..TIDAK>>TIDAK>>TIDAK..
Malahan ada Orang bawahan yang berusaha dan berjaya memintasi Orang Atasannya..Semuanya atas usaha sendiri..

Shaklee menjual produk berasaskan PRODUCT BASED..yang produk yang baik..Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang..kalau betul produk Shaklee bukan seperti yang digambarkan.Macam mana agaknya lebih 50tahun produk ini bertapak diatas muka ini..Walaupun ada pelbagai seribu satu persoalan.tentang status Halal..dan macam2 lagi..semua tak jadi halangan Shaklee terus bertapak di Malaysia..sebab apa? Sebab Shaklee adalah produk yang HALAL dah diperakui..kenapa nak dipertikai lagi??

Testimoni yang tak tahu punca??Ya..masa awal2 nak cuba produk Shaklee..saya akan google dalam internet..cari testimoni tentang produk..sebab apa?sebab nak cari keyakinan tentang produk..itu pun kalau testimoni itu ada tuan punya..saya akan google nama tersebut..dan cari pasal org tersebut..Kenapa saya susah2 sebb nak bina kepercayaan dan memang jumpa pun org tu..

Lepas Menjadi Distributor Shaklee dan berjaya menjual produk mestila ada pelanggan kan?Tugas utama saya memantau dan memberi nasihat kepada pelanggan yang membeli produk Shaklee dengan saya dan dari situ la saya mendapat testimoni pula sebab mereka berpuas hati dan senang hati meluahkan rasa dan berkongsi kebaikan..Jadi yang inikah dikatakan testimoni tak tahu punca??

Kenapa Shaklee kenapa tak jual tudung ker..baju ker..kek ker?
Cuba tanya orang jual Tudung pulak kenapa jual tudung kenapa tak jual Shaklee ker..kasut ker..handbag ker? Apa jawapannyer?
Sebagai manusia kita ada kelebihan dan kekurangan..kalau semua org mahir membuat tudung dan menjual tudung..sapa ler nak beli..Allah ciptakan pelbagai kelebihan dan kekurangan..ada yang sangat cekal..bermotivasi tinggi..dapat jual barangan sampai dapat bukak kedai..Alhamdulillah..rezeki dari Allah..Berkat dari ilmu dan kesungguhan..

Seperti saya..saya pernah menjual tudung..baju kurung..kain pasang..tapi semua seperti tiada kepuasan..rasa tidak bermotivasi..sebab apa? sebab kena survive sendiri..ilmu tentang business..dan modal kena ada..betul dah beribu saya laburkan utk perniagaan tapi entah kenapa seperti melepaskan batuk ditangga.. kena ada ilmu dan kesungguhan..akhirkan stok tidak dapat dijual..dan TIDUR didalam stok dirumah..

Berbeza dengan Shaklee..sebab tidak perlu membeli stok..kalau ada beli cuma sebagai ready stok skepada customer yang COD kawasan berdekatan..Kalau tak saya yang ambil suplemen ni..memang habis...de rasa nak rugi tak?ZERO for RUGI..dengan keahlian RM75 sahaja..dah boleh memulakan business dari rumah..mahir tentang komputer lagi senang..bukan kena cari orang..SAYA TAK PERNAH BUAT YE..HEADHUNTING!! ..pergi rumah orang..takpun nak jumpa org..sila la beli produk saya nie..atau Tagging kawan2..PM directly sebab saya tak suka..saya beriklan..kongsi kebaikan produk..TIADA PAKSAAN nak membeli..kalau berminat boleh PM saya..dan disitu la saya ceritakn dengan panjang jela..

okeyla..kalau nak tau lagi..kelebihan Shaklee..sila PM saya hihihihi
Fathiyyah 012-5862274


Rabu, 5 Februari 2014

Terlalu kurus

Dah GEMUK nak KURUS..dah KURUS nak GEMUK...

NI kisah benar..tapi kalau kurus melidi sampai kena perli dengan kawan mmg tak best la kan...tambah lagi nak cari pasangan hidup..

Kisah dolu2..saya memangla golongan nie...sampai peegi Pharmacist tanya nak makan apa bagi gemuk..Bukan tak makan nasik..bukan main banyak lagi..adoi la..

Igt lagi Pharmasist tu sua weight gain..appeton tu..minum ler..hasilnya?kurang memberangsangkan..

Kalau naik penimbang yang boleh bercakap tu..dia akan cakap ANDA TERLALU KURUS ( dia cakap dalam bahasa omputih la)

Punca2 orang bermasalah TERLALU KURUS ni
~ Kadar Metabolisme yang tinggi
~ Pengaruh kadar genetik
~ Keperibadian atau lingkungan sekitarnya

Kadar BMI diparas bawah normal berikut antara cara-cara semulajadi meningkatkan berat badan :

1. Makan makanan yang mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi antara 60-70% .10 - 15 % Protein dan sejumlah kecil lemak
2.Makan makanan yang mengandungi kalori, vitamin dan kalori yang tinggi.

Shaklee ada menyediakan 3 jenis suplemen yang membantu meningkatkan berat badan seseorang.Memadai mengambil Mealshake, Vitalea dan B Complex.


MEALSHAKE 
 Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap mcm milk shake kat McD. Protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..


VITA-LEA
Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B COMPLEX
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Testimoni Pelanggan Yang Berjaya menaikkan berat badan dengan set ni


Selasa, 4 Februari 2014

Cawangan Shaklee

Semalam de customer..dah consult bebaik..dan cadangkan set yang sesuai..Ini kelebihan membeli dengan pengedar tau...ada konsultasi percuma..dan selalu saya akan follow up customer tersebut...saya tak akan tinggalkan korang terkontang kanting kalau rasa tak berkesan lagi..atau terkena healing Crisi....

Tapi sebab kena buat bayaran secara online..terus cancel..
Nak COD pun..agak jauh ke Perak sana..minta maaf sesangat..

Katanya sebab pernah terkena buat bayaran pastu barang tak sampai2..
Ya memang tak nafi memang perkara macam tu pernah berlaku...
Tapi In Sha Allah setakat ini..saya tak pernah aniaya orang...

Customer saya memang terdiri dari orang kebanyakkan yang tak pernah jumpa pun..tapi meletakkan kepercayaan yang tinggi..Saya juga nak cari keredhaan Allah dalam berniaga..

Kalau rasa masih ragu2..sila hubungi saya yer..Call terus tak pe..saya bagi no phone customer saya yang pernah jadi customer tetap dan dah jadi anak Biz pun..Alhamdulillah..

Lagi senang sila terus beli di cawangan Shaklee berdekatan..
ehem..ehem..cawangan Shaklee baru...di Seberang Jaya...caya la Shaklee...semakin maju...

Cantik hokeh dah jadi macam kaunter bank

Gambar ehsan dari mak biz..TQ mama Fiqah...Lagi senang kalau rasa tidakepercayaan..terus beli di Branch..Terus bayar dan Terus dapat produk...

Senarai alamat Shaklee di Malaysia


Cuma kalau berminat nak cuba Set Trial tidak ada dijial di mana Branch2..Keistimewaan ini cuma boleh didapati pada mana2 pengedar Shaklee yang terpilih sahaja..Dan Harga yang ditawarkan juga tidak sama...Jika hadir sendiri membeli produk Shaklee tanpa memdaftar menjadi ahli..Pelanggan akan membeli dengan harga Retail dan tiada konsultasi pengambilan.Konsultasi sebelum dan selepas PERCUMA eksklusif untuk My CUSTOMER jer tau..heheheheheheh

Sekarang Shaklee dah buat penyamarataan harga untuk penduduk sekitar Sabah dan Sarawak..harga sama dengan Peninsular Malaysia..Jadi tiada masalah kalau kawan2 ku yang ada di Sabah dan Sarawak nak seludup masuk produk Shaklee ke sana..Boleh beli disana dengan harga yang sama macam di Semenanjung..

Eksklusif for Reader..Rasa nak bagi gift ler bulan nie..
Dapatkan sementara rasa nak bagi tu ada...kekekekeke..
ni betul2 bukan olok2 yea..

Lots Of Love
Fathiyyah 012-5862274
Distributor Shaklee 922128

review buku mudahnya menjemput rezeki

pernah tak dengar pasal buku ni..mudahnya menjemput rezeki.
penulisnya...Fathuri Salehuddin.



sebagai pembaca jer..saya tak jual yer buku ni..tapi sebagai businesswomen..baru nak jinak2..jadi rasa tak sayang setakat nak melabur rm18 untuk sebuah buku ni....ilmu..xpe..jgn berkira sangat..banyak sangat yg dapat dari buku nie..yang paling saya igt pasal reEki..

yup rezeki..bila sebut rezeki kita dah terbayang..duit berkepuk2..anak ramai...rumah besar.meniaga untung..tetiap hari ada jer org beli produk kita..tapi sekadar pemahaman manusia cetek ilmu ni..rezeki itu maksudnya lain..

maksudnya..semua yg jadi manfaat utk kita..yg kita boleh guna..contoh gaji kita ribu riban..adakah kita manfaat semua gaji utk kita? ya..milik kita tapi..rezeki anak2 kita..rezeki tuan rumah kita..rezeki tokey kedai baju tudung..kasut..dan sebagainya..yg jadi manfaat utk kita..bola kita guna duit gaji itu tadi..bagi anak isteri makan..dapat pahala..atau sedekah zakat..ganjaran pahala utk kita..

bukan duit shj rezeki kita..tapi kita ada pelbagai rezeki yg Allah bagi..rezeki kesenangan..kesihatan..idea..akal fikiran..contoh sekarang saya menaip entry pasal review buku ni..Allah rezeki kan kepada saya ilmu utk menaip post ni..jadi..saya kena syukur..Alhamdulillah..kalau Allah x bagi kepada.saya idea nie..mungkin post ni xakan dipublish..

contoh senang lagi..rezeki kesihatan...Masya Allah..rezeki yg paling mahal Allah bagi kepada kita..apa guna MILIK kita wang banyak..rumah besar..anak ramai..tapi kita sakit..xdapat berjalan contohnya..terpaksa dipakaikan pampers dan terbaring dalam bilik keseorangan..MILIK kita tadi terasa seperti x berharga lagi...Jadi sepanjang bacaan tu..sangatla best..sampai setiap muka surat di baca..ayat yg mudah difahami..yg dapat tarik minat nak baca lagi..nak baca lagi...pastu apa...pastu apa...

sedikit paparan bab rezeki ( credit to buku mudahnya menjemput rezeki )

Antara tips2 yg terkandung dlm buku ni..saya pendekkan

♥♡ Utamakan solat dengan SOLAT TAHAJJUD
♥♡ amalan SOLAT DHUHA
♡♥ banyakkan BERZIKIR
♡♥ banyakkan SEDEKAH
♡♥ banyakkkan MEMBACA AL-QURAN
♡♥ banyak membaca ASMA UL-HUSNA


sebenarnya petua2 ni dah banyak upline share kan dlm ruang forum group biz..patutla upline saya tu dah jadi masters in Shaklee..

bestnya tgk kenkdg dia update pasal cerita jenajalan ke luar negara..tunaikan umrah di Mekah..dari jawatan eksklusif..letak jawatan suami isteri sebb nak serius dalam shaklee..income berkepuk2..tapi diaorg xpernah lokek ilmu..tetap nak bantu org lain..supaya dapat jadi macam mereka..seksiap dah bagi master checklist..apa yg perlu kita buat dlm sehari..kalau berjaya ikut..kompom..berjaya..

dalam amalan yg dititik beratkan adalah amalan rohani..saya percaya diaorg bukan yg ada basic agama..tapi jelas..Apa yg diaorg cakap tu benar..kita berusaha..Tapi Allah yg Maha pemilik rezeki..Allah akan bg kepada sesiapa yg minta..kenkdg kita sampai malas nak minta..macam mana Allah nak bg..bukankah tempat mengadu kita kepada Allah..

mode..tak rasa rugi beli buku ni..pelaburan yang berbaloi...jadi untuk berjaya didunia..bukan hanya mengejar harta kekayaan dunia..kejarlah akhirat..redha ALLAH..In Sha Allah..dunia yang datang menjemput kita..

Lots Of Love
Fathiyyah 012-5862274
Distributor of Shaklee 922128




























Isnin, 3 Februari 2014

Penyakit mulut, tangan dan kaki





Afnaan meragam sehari...xmau minum susu...air liur meleleh masa ambil afnan dari rumah pengasuh...
memula dah agak mesti ada ulser dalam mulut sebab dia enggan makan dan minum susu..

Sebelum sampai rumah singgah kedai beli air vitagen ( dia sangat suka air ni lagi pulak sebab sejuk )
sampai petang afnan dah nampak letih..buat susu ais..sejuk..pun refuse jugak..

jadi malam dah rancang nak ke klinik..
Jadi doktor sahkan afnaan terkena penyakit nie..
Penyakit mulut,kaki dan tangan..

Gejalanya :
selalu terkena kepada kanak2 bawah 10 thn
demam
letih lesu sebab tak makan (hydration)
sakit tekak
air liur meleleh2

kalau ada gejala2 tu cek la dalam mulut mungkin ada ulser ( org tua2 panggil telaga buruk )
cek jugak pada tangan dan kaki..kalau ada bintik2 merah ( tapi xgatal )

Untuk penyakit ini
:tiada rawatan yang khusus.



penyebab utama :
tak menjaga kebersihan.cuci tangan tidak sempurna.persekitaran yang kotor..
Berjangkit melalui sentuhan,air liur,hingus..jadi tak de vaksin yang sesuai..

sebagai ibu..jagalah kebersihan..doktor sarankan afnan bercuti dari dihantar ke rumah pengasuh..dan
 dikuarantinkan dari adik beradik yg lain..sebab senang berjangkit..

ok..afnan dah terjaga...memang merengak sebab badan rasa tak sihat...nanti sambung lagi..
pesanan penaja..jagalah kebersihan...



Kelebihan Vitalea

Produk Utama dalam Shaklee Adalah VITALEA..

Produk pertama yang dicipta oleh DR FOREST C.SHAKLEE
multivitamin dan iron setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari buahan-buahan dan sayuran.

Kelebihan VITALEA
Merupakn produk yang dilengkapi dengan iron yang sangat penting dalam pembentukan darah dan sel.
ia seumpama 2 Biji ITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama dengan 2 biji tablet vitalea kena amik 40 jenis hidangan lauk..
ERRR agak2 termampukah kita??

Setengah kajian dibuat membuktikan pengambilan 2 tablet vitamin VITALEA dan menjaga pemakanan yang seimbang sudah mencukupi.

Botol Vitalized Minerals asalnya..
 Sekarang dah diperbaharui untuk jualan di Malaysia





Siapa yang memerlukan vitalea?

~ IBU HAMIL
~ IBU MENYUSU
~ PEKERJA YANG AKTIF
~ INGIN KULIT CANTIK
~ PELAJAR
~ INDIVIDU YANG MUDAH LETIH

Siapa yang tidak boleh mengambil VITALEA?

Penghidap penyakit Lupus eritematosus sistemik tidak digalakkan mengambil VITALEA kerana VITALEA mengandungi Medicago sativa ( ALFAFA ).Pengidap SLE perlu mendapatkan khidmat pakar sebelum mengambil produk ini.

Apa Kandungan VITALEA?



VITALEA mengandungi 28 jenis keperluan mineral dan telah terbukti pengambilan VITALEA Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


Apa manfaat utama VITA-LEA Shaklee?
✿ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
✿ Membantu sistem memori dan fokus
✿ Merupakan pelengkap nutrisi
✿ Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
✿ Membantu dalam stimulasi metabolisma
✿ Membantu melambatkan proses penuaan
✿ Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
✿ Membantu proses tumbesaran
✿ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/06/khasiat-dan-kebaikan-multi-vitamin-vita.html#sthash.9SU6RfW2.dpuf


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos sebarang penyakit.Sila dapatkan nasihat dari pakar perubatan


Semangat Baru

Tahun 2014..simpan cita2 besar..apa cita2 tu..biarlah RAHSIA..ekekeke..
gambaran skit..nak berjaya..didunia dan diakhirat..

Ekceli..baru habis berwebinar dan berforum..dengan upline2 berjiwa besar yg dah BERJAYA dalam SHAKLEE..

Jadi Aura2 positif tu macam lekat skit di jiwa nie...

Bukan mencari penghargaan manusia..CUKUPLAH ALLAH...

sajer nak cite skit..
Dalam berbisnes ni mana yg xde cabarannya..apa benda yang kita buat ada cabarannya tersendiri..cuma tinggal SIKAP kita mengharungi semua cabaran2 tu..

Antara soalan2 HOT malam nie..
~ Suami x support apatah lg nak involve..
~ Ramai saingan dalam Shaklee..dah ramai yang buat Shaklee..masih ada kah sinar untuk kami..
~BIZI dengan kerja HAKIKI..tak terbuat dah yg hakiki nie...lagi serabut ngn Shaklee ni..
~Anak2 ramai..sibuk..kenkdg berebut laptop..
~ Err apa lagi yea..

Memang xsempat salin pun tadi jadi pendengar setia jer..
Macam mana nak salin sambil menyusu..dalam bilik..off light plak tu...
begitu la kalau de kawan yg tny..NO TIME..sebenarnya peluang yang ALLAH bagi itu sama kepada semua manusia..tinggal kita yang BERUSAHA dan BERDOA serta TAWAKAL kepada Allah Taala..

Nak tau jawapan dari soalan2 diatas...sila tanya kita personally...saya akan cerita panjang lebar..eksklusif tau..

Dalam Shaklee bukan tugas kita nak HEADHUNTING..share la kebaikan product..In Sha Allah..saya pun tak pernah paksa anak2 BIZ jadi Ahli..tapi kalau betul2 nak BERJAYA...Saya akan tunjuk caranya..

PSSSttt..
Bulan ni promo VITALEA..

Semua golongan sesuai amik vitalea ni..
yg sihat..
yang sakit..
yang nak jaga kesihatan..

Business is effort..