Isnin, 30 September 2013

kerja?tak leh Breastfeeding bby?


Bukan nak riak....cuma nak berkongsi...
sedih betul dikalangan kita...
yang bekerjaya...lepas je berpantang..terus bg ank minum susu formula...
dalam fikiran susah..bila nak perah..bila nak panaskan...pengasuh tak mau jaga bby kita..

belum lg tny dah menyerah kalah...Dalam Al-Quran kita disuruh melahirkan dan menyusukan anak kita..
zaman sekarang ibu bekerja...bukan halangan nak menyusukan bayi kita..

Zaman sekarang gajet dah berlambak dipasaran..dari yg mahal..sampai yg FREE pun ader..Teknik marmet..
Saya sendiri tak pandai guna teknik ni..sebb dah bermanja2 dengan pam susu..

bajet tak byk jadi tiyah grap ler set BF nie..



Set ni dah lama beli..zaman ank ke2 lg...
Testimoni guna avent ni OK ler sangat....


Puas hati guna...masih guna lg sekarang...masa beli tu valve yg digunakan masih lg bentuk star...sekarang lg canggih..tapi memadai jer pam ni..bukan pam matlamat utama kita...yg penting susu yang dihasilkan...



Sabtu, 28 September 2013

Mealshakes..


Tadi cite pasal hannan dgn mealshakes kesukaannya..jadi nak kongsi skit cerita mealshakes sepanjang yang dah guna..

bulan ni dah second container beli mealshakes ni..
testimoni sendiri : -
1) Hannan memang antibodi sgt lemah..salu batuk..since amal mealshakes ni kalau batuk dia cepat recovery balik..dulu sampai muntah n sure takleh tido mlm sebab batuk..Alhamdulillah..sekarang dah kurang skit..
2)kalau dah batuk..sure kena selsema n demam..tapi lately...setakat batuk jer..tu pun 2@3 hari..
3)Daya tumpuan dia makin ok..balik rumah tgk buku rekod bacaan IQRA dan BACALAH ANAKKU dah ada peningkatan....
4)bab makan...mmg berselera btol..kenkdg balik sekola..mintak nak mkn nasik lemak..2 bungkus tau..risau plak kita..huhuhuhuhuhuhu...

ada apa dalam mealshakes ni ?

  • sumber: buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya & lactabumin (sejenis susu)
  • mengandungi 24 jenis vitamin & mineral yg diperlukan oleh badan
KELEBIHAN MEAL SHAKES
  • anak lebih cerdas & cergas
  • anak menjadi lebih fokus dan bertenaga
  • membantu masalah selera makan anak-anak ( terutama bg yg kuat menyusu dan memilih makanan)
  • mambantu memulihkan penyakit lelah/ asma anak
  • membantu masalah sembelit
  • anak tidak mudah terkena penyakit (meningkatkan sistem imuniti)
  • menurukan berat badan anak yg obesiti (mengawal berat badan)
  • kaya dengan serat yg membantu membuang lemak berlebihan dr perut & usus
  • mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium untuk membina tulang & sel2 untuk membesar
  • mengandungi vitamin A, C, E Zink & selenium yg merupakan agen antioksida yg bertindak melawan jangkitan
  • memudarkan kesan parut terkena api dan sebagainya
  • berat badan bertambah bagi anak yg kurus

Perkongsian bukan untuk riak..perkongsian untuk ilmu..

hannan baca iqra





Anakku Hannan...TAK PANDAI nyanyi2 macam finalist popstar....
TAK PANDAI joget nari2 macam finalist superstar.....
TAK PANDAI kira2 matematik.....
TAK PANDAI cakap2 omputih...

MMG TAK LEH MASUK TV..

TAPI....

DIA PANDAI baca Iqra..
baru IQRA 4...
Alhamdulillah niat kami suami isteri...
nak lahirkan anak yang berjaya bukan sahaja didunia..
malahan AKHIRAT kelak..

AIK?????

MEREKA TANYA...
macam mana nak berjaya didunia?
setakat baca iqra 4 jer?
Iqra/Al-Quran tu guna dalam sembahyang jer..
tak pun masa nak mati....
takde silibus exam UPSR pun...
dah tua2 baru guna..
bg jer ustaz/ustazah diaorg ajar..
tumpu ABC dulu..
tumpu 123 dulu...
baru senang nak pandai..

IBU MENJAWAB..

Cari AKHIRAT dulu...
Dunia datang bergolek..
HARAP2 PAHAM...
 
cite pengalaman membesarkan Hannan???
hannan lahir waktu ekonomi umi n abi lum stabil..
dia ditinggal d nursery masa baby...


 Demam..batuk..selsema...dah sebati ngn bebudk nursery ni...sorg kena sure jangkit..
paling teruk seminggu kami bermalam di wad...jangkitan kuman dalam paru2...







ni gambar masa kena alahan..


Tuhan jer tahu risaunya hati seorg ibu..

tahun ni dia dah masuk sekolah..
batuk selsema datang menyerang semula..
bawa balik virus kepada adik2..

jadi umi sediakan MEALSHAKES SHAKLEE untuk hannan..
 Untuk memenuhi keperluan nutrien hannan untuk membesar
sebb  mealshakes ni ada 24 jenis vitamin A-Z.mineral dan Trace mineral yg akan memberi kesan pada penyerapan vitamin2...
mealshakes ni kaya ngn protein yg membentuk organ2 dan sel2 imunisasi..
semoga hannan  membesar dengan sihat ye anak..


 

Amin...


Khamis, 26 September 2013

Tips nak memperbanyakkan susu



1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
 
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
 
7. Teknik Marmet
 
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen

 Bab ni paling penting sekali..dalam masa kita memaksa tubuh untuk bekerja keras memerah susu..kesihatan perlu dijaga..suplemen bukan faktor utama susu ibu banyak tetapi memastikan badan kita sihat dan mampu menampung keperluan nutrien badan dan bayi kita..

Antara suplemen yang boleh diambil ketika penyusuan...




 

Macam mana cara nak dapatkan? boleh hubungi no ni 012-5862209
fathiyyah bt md yusp

Kelebihan Alfafa

 RINI nak cite pasal satu produk shaklee...

ALFAFA..
Dah dekat 6bulan amik alfafa secara konsisten..mmg amik untuk milkbooster...tapi sebenarnya alfafa ni bukan sebagai milkboster jer...jom tgk alfafa ni ape...
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Antara kelebihan alfafa pada tubuh kita:-
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster    

Selasa, 24 September 2013

Set menyusu shaklee


hari ni nak kongsi dengan kawan2..set yang sendiri punya testimoni...

saya mula mengenali shaklee masa anak kedua...anak lelaki..minum susu macam tak cukup2..pengasuh tetiap hari bagitau susu tak cukup..belum sempay saya pegi jemput dirumah pengasuh...dah HABIS...stok susu pulak tak pernah bertambah...

penin..sebab niat nak menyusu sampai bby 2thn...mula ler mencari set penyusuan sebagai milk booster...memula try set trial jer...




dan hasilnyer...lepas 4 kali sesi perahan....

sikit jerkan?????? itu pun berusaha lg...minum air kena cukup...dan dapat guide serta tips2 dari kwn2 shaklee....masa tu tambah ESP plak...


Alhamdulillah.....10oz sekali sesi perahan....

Rabu, 18 September 2013

kelebihan alfafa shaklee..

 

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Isnin, 16 September 2013

ceritera susu ibu..


Khas buat ibu2...
Adakah anda mengalami masalah berikut :-

■si manje meragam krn tidak puas mnyusu badan...
■stok susu perahan (ebm) merudum...
■susu banyak..malah blh diperah tetapi kelihatan cair..

Sbg ibu pastinya anda inginkan yg terbaik buat tumbesaran mental n fizikal si manje..dan pastinya pemakanan berkualiti n berkhasiat amat perlu bagi menyokong proses tersebut...

Susu ibu merupakan satu-satunya pemakanan terbaik buat bayi yg sedang membesar terutamanya si manje yg blm diberi makanan tambahan..

Untuk itu ibu2 perlu mengambil makanan yg berkhasiat n bernutrisi agar ianya smp kpd si manje melalui susu ibu...

Terdapat pelbagai supplement dipasaran yg dpt mmbantu ibu2 memberikan susu yg berkualiti buat si manje.

Buat ibu2 yang disayangi n diberkati..
Dapatkan set penyusuan bajet dari shaklee untuk anda...

Sila pm @ sms @ wassup saya 0125862274


♡♡♡fathiyyah♡♡♡

☆☆hanya yg terbaik buat anda☆☆

Energizing Soy Protein Shaklee


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Buat tatapan semua..gambar susu ni,bkn saya amik dalam blog kengkwan..testimoni sendiri..dan stok susu ibu saya sendiri..
Niat memula mmg nak nak try n share dengan kengkawan semua..saya amik ESP sejak dlm pantang sampai bby dah umo 8 bulan...

SHARING IS CARING..
fathiyyah yusp..

Rabu, 11 September 2013

i AM sHAKLEE dISTRIbUTOR...







Sekian lama menjadi pengguna shaklee sejak zaman kelahiran ahmad Afnaan lg..so today nak accounce I AM SHAKLEE DISTRIBUTOR



Produk yg betul tiah amik adalah ESP



Alfafa


Ostematrik

Vita Lea


Vit E

Dan Untuk anak2 tiah bg diaorg amik Mealshakes

Sekarang bagi tiah..kesihatan adalah utama...bagi tiah yang dah beranak 3 ni..mesti  NAK KENA JAGA KESIHATAN..tiah ibu yang bekerja..dengan anak2 sedar membesar dan fully breastfeed anak yg ke AUFA 8 bulan...

Walaupun setengah org ckp tiah masih muda tahun ni 29thn..tapi tuan punya badan yang sendiri rasa...melahirkan semua nak secara normal..berpantang sendirian...Alhamdulillah masih mampu menguruskan rumah tangga tanpa bantuan pembantu rumah..

Mmg kesihatan tubuh badan itu dari Allah..tapi Allah yang suruh kita berusaha..setiap penyakit ada ubatnya..setiap racun ada penawarnya..

bukan bermotifkan keuntungan semata-mata..tiah berhasrat nak berkongsi ilmu yang cetek ini dengan semua kawan-kawan yang memerlukan bantuan..

Terutama bab sustu ibu...sungguh2 tak dapat terima bila kawan kata..SAYA TAK DAPAT NAK FULLY BREAST FEED ANAK SAYA..SUSU SAYA TAK CUKUP...

Rezeki Allah dah tetapkan..setiap bayi yang lahir..dah tertulis rezekinya..setiap ibu yang melahirkan PASTI ADA SUSU UNTUK BAYINYA..

contoh yang paling adalah maksu tiah sendiri..anak pertama dia tak berjaya menyusukan anaknya..mungkin atas faktor bentuk payudara dan tidak mendapat sokongan keluarga dan suami..anak ke2 kali ni..tiah dah bg semangat secukupnya..malahan dia sendiri memanggil penasihat susu ibu penang norashida untuk memberikan tunjuk ajar yang betul untuk mereka yang mempunyai payudara sepertinya..

ALHAMDULILLAH DIA BERJAYA MENYUSUKAN ANAKNYA..