Sabtu, 19 April 2014

Tips mendapatkan anak perempuan atau lelaki

Masa mengandung kali pertama..pernah tanya suami nak baby boy ker girl..dia jawab tak pe yg mana2..tapi masa mengandung sulung...insting mama dah rasa baby dalam perut ni Girl...scan jer tak nampak..kepit la..tak nak tunjuk la...sekali bersalin..kompom Girl ..Alhamdulillah...tiyah memang teringin nak anak perempuan..baju cantik2..pink2...dan paling betul..tiyah teringin nak ada sister..sebab dalam famili..I'M THE ONLY DAUGHTER..mak abah sayang ooooo...hahahahhaha...

Tapi masa preggy kali kedua..dah search pasal nak tentukan jantina...masa tu beli buku best ni..tajuk dia 40 Minggu Nan Indah...kalau korang nak tahu dalam buku tu ada pelbagai petua..dan info perkembangan janin setiap minggu sampai minggu ke 40..dan penjagaan selepas bersalin..memang x rugi beli buku ni...

tiyah kongsi skit pembacaan dalam buku ni..tq for the writer...

**********************************************************************************

PEMILIHAN JANTINA LELAKI @ PEREMPUAN



1. Pemilihan jantina melalui embrio menggunakan kaedah Preimplantation genetic diagnosis ( PGD )
Denagn PGD, kadar keberkesanan pemilihan jantina lelaki dan perempuan adalah 99.99%. Namun  ,begitu, kaedah ini memakan kos yang tinggi kerana perlu melalui kaedah IVF, ICSI terlebih dahulu. Setelah semua proses ini selesai, barulah proses PGD dapat dilakukan.

Melalui kaedah ini, doktor yang terlibat akan menentukan kromosom jantina melalui sperma yang telah dipilih.Anda bukan sahaja boleh memilih jantina melalui kaedah PGD, malah boleh mengesan keluarbiasaan yang terdapat pada kromosom tersebut.

Oleh yang demikian, doktor boleh memeriksa kesihatan yang ada pada embrio contohnya seperti down sindrom dan masalah keturunan yang lain. Dengan itu doktor dapat memilih bayi yang benar-benar sihat sahaja sebelum disuntik ke dalam rahim.Jadi bayi yang bakal dilahirkan dapat dijamin 99.99% sihat

2. pemilihan jantina melaui sperma menggunakan kaedah IVF, IUI, atau ICSI
Melalui kaedah IVF, IUI, atau ICSI anda juga boleh memilih jantina anak yang diingini.Ini dapat dilakukan melalui sperma.Pemilihan jantina anak lelaki atau perempuan dapat dikesan melalui pemerhatian sperma yang " berenang " . Menurut Ray Tan, sperma lelaki ( Y ) lebih kuat berenang berbanding sperma ( X ) perempuan

Faktor semulajadi

1 .Faktor Makanan.
Untuk mendapatkan anak perempuan suami harus banyak makan makanan berakali.Manakala isteri pula perlu makan makanan berasid.Jika anda mahu anak lelaki, pihak suami pula perlu makan makanan yang berasid dan isteri perlu makan makanan berakali.

Makanan berakali
Terdiri daripada sayuran, buah-buahn,putih telur, susu, dan sebagainya
Makanan berasid
Terdiri dari makanan laut , daging dan lain-lain

2. Faktor Masa
selalu melakukan hubungi intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan.Tetapi jika anda melakukan perkara sebaliknya iaitu melakukan hubungan intim selepas sahaja selesai darah haid anda mungkin dapat anak lelaki.Untuk memastikan waktu pilihan anda tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

3.Faktor kedalaman
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahu anak perempuan.Namun lakukan sebaliknya sekira anak mahu anak lelaki.Alasan ? Gen X dan Gen Y mempunyai ciri yang berbeza.

boleh diandaikan Gen X seperti pelari maraton yang mempunyai stamina kuat.Manakala Gen Y pula adalah atlet pecut yang kurang stamina.Oleh yang demikian, sekiranya suami memasukkan zakar terlalu dalam, kerbarangkalian Y sampai ke destinasi adlaah besar.

4. Faktor kemuncak
Faktor kemuncak pun penting dalam cara memilih jantina.Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak dahulu sebelum isteri.Hal ini kerana, ketika isteri sampai ke puncak, isteri mengeluarkan cecair berbentuk alkali.Tetapi jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri,mungkin anda akan mendapat anak lelaki.

5.Faktor Persediaan
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan.Jika anda mahu anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampur dengan satu sudu soda supaya vagina lebih berakali.

6.Faktor kedudukan
Siapa kata kedudukan tidak penting dalam pemilihan jantina anak ? suami di bawah manakala isteri diatas, sedikit sebanyak dapat membantu pasangan memiliki anak perempuan.Jika kedudukan bertentangan iaitu suami diatas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.

**********************************************************************************

Ingin hamil dalam tempoh dalam terdekat??
Dah ramai yang mencuba dan Alhamdulillah..berjaya hamil..

1 ulasan: