Sabtu, 19 April 2014

Kekal langsing selepas menyusukan

Penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan pakej pelansingan secara alami!!

Penyusuan susu ibu menggunakan tenaga ( kalori ) yang disimpan didalam tubuh semasa hamil.Oleh yang demikian, penyusuan susu ibu bukan sahaja baik untuk bayi malah sangat berkesan mengurangkan lemak-lemak yang ada..

Fakta menarik yang perlu kita ketahui juga kajian barat menyatakan ukur lilit lengan dan paha seorang ibu yang menyusukan berbeza dengan dengan ibu yang tidak menyusukan.Kajian di buat di San Francisco mendapati ukur lilit pinggang ibu menyusu 2.6 inci lebih kecil berbanding ibu  yang tidak pernah menyusukan.Senangkan menurunkan berat badan selepas hamil hanya dengan SUSU IBU.

Antara fakta yang dikeluarkan juga hormon oksitosin yang dibebaskan semasa menyusu mencentuskan kontraksi pada rahim.Pada masa yang sama membantu mengecutkan rahim kembali pada yang asal.Fakta ini benar,bulan lepas tiyah mengurut dengan seorang bidan sebab terseliuh urat susu.Jadi mintak dia urutkan badan sekali..dah alang-alang..Bidan yang cakap rahim dah kecut elok..boleh la mengandung lagi lepas ni..^_^

Penyusuan Eklusif.

Ramai kawan-kawan yang tanya kenapa berat masih tak turun lepas bersalin walaupun dah menyusukan bayi.Bila ditanya susu apa yang diberikan tempoh bekerja mereka menjawab minum susu formula dulu..balik nanti memang menyusu sepenuhnya dengan kita.

Definasi penyusuan eklusif iaiah bayi hanya menerima makanan dari susu ibu SAHAJA..tidak diberi makanan lain seperti susu formula atau makanan pepejal lain.Bermakna sejak dari lahir hingga berumur 6 Bulan..Bayi cuma  minum SUSU IBU sahaja.Makna lain sekitar usia ini jika bayi sudah diberi minum air kosong, makanan pepejal dalam tempoh 6 bulan pertama,anda tidak memberikan penyusuan eklusif kepada bayi anda.

Ramai juga yang bertanya bagaimana mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun sudah bekerja..Tiyah dah pernah tulis pasal Kerja tak leh breastfeeding baby..dan cara nak handle susu perahan ditempat kerja.
Practise makes better..ilmu yang tidak dapat 100% melalui pengalaman..jadi dalam blog ni tiyah sharekan cerita pengalaman menyusukan anak-anak tiyah.

Berbalik kepada cerita penyusuan tadi..Ibu yang menyusu bayi secara EKLUSIF sahaja yang mendapat ' HADIAH ' pelansingan ini.Bagaimanapun kita digalakkan meneruskan penyusuan hingga bayi berumur 2 tahun.

**********************************************************************************

ikuti kisah pelansingan selepas bersalin dengan Shaklee


Dari 92kg---------->76kg
( ni firstime symendedahkan berat sebenar saya pada umum okey!! )

Bagi yang mengenali saya dari zaman sekolah , matrik dan universiti, memang diaorang akan kenal saya dengan seorang yang badan gempal...pernah dulu masa sekolah menengah, ada pelajar lelaki ejek saya dengan panggilan " dugong "...terukkan???Erm..tapi masa tu makan hati jek..buat tak kisah..Tapi bila duduk sorang2...sedih tu datang jugak...mungkin masa tu takde feel lagi kot nak melawa-lawa ni...

Nak kata mak ayah saya jenis badan besar tak jugak...Tapi mungkin sy mewarisi arwah tok sy yang mempunyai rangka badan yang besar serta berisi...memang daripada dulu tak pernah kurus...KECUALI masa nak kawen...masa tu pulun tak makan nasi...pergi pusat slimming...habis beribu-ribu semata-mata nak nampak kurus n cantik masa hari bersejarah...kuruskan badan semata-mata nak pakai gaun masa hari kawen untuk sesi potong kek....

TAPI...lepas kawen...badan bagai dipam2...yelah...hati senang...dah kawen...pastu terus mengandung...masa mengandung lagi dasyat...sebelm bersalin berat mencecah sampai 98kg...memang dh betul2 mcm dugong dah rasanya...tapi...suami saya tetap sayangkan saya...

Lepas dah bersalinkan Wafiy...sambung menyusu pulak....lagi la tak control makan...memang lapar jerk memanjang perut ni...badan naik lagi...redha dan pasrah...banyak baju tak muat...sedih..tapi takde inisiatif nak buat ape2...sebab hanya difikirkan biarlah....janji anak aku cukup susu...

Selama 2 tahun badan tetap mcm tu...berat memang tak pernah kurang daripada 85kg..haha..beratnya...Encik suami pun tak larat nak dokong okay!!

Lepas tu sambung mengandung anak no 2..Ahmad Danial Haris...dalam gambar tu yang tengah2 dua gambar tu yg tengah mengandung 4 bulan.Masa ni memang dah jatuh cinta dengan Shaklee...tapi tak pernah cuba CINCH SHAKE...masa mengandung, cuba jugak..amek juga CINCH SHAKE...bukan sebab nak kurus yer...tapi sy nak bagi berat tak naik banyak sangat mcm masa Ahmad Wafiy dulu...dan mengandung anak kedua berat sebelum bersalin 9292kg...tak macam dulu...

Lepas bersalin saya nekad nak turunakn berat badan...at least mesti capai 70kg..itu impian saya...lepas 2 minggu bersalin, saya mula dengan set shape up shaklee...yang terdiri daripada..CINCH SHAKE, OMEGA GUARD, LECITHIN DAN ALFALFA>>>sampai sekarang baby saya dah 3 bulan setengah...

Now...berat saya dah cecah 76kg...bagi korang yang memang selim melim...akan rasa angka ni still lagi banyak..tapi bagi saya....syukur sangat2...dan dalam BF moms...pengambilan set ni langsung tak mengganggu...saya masih makan nasi dan lauk pauk yang seimbang...

Saya ada misi lagi 6kg untuk diturunkan...saya tak kisah walaupun mengambil masa berbulan-bulan...yang penting sy tahu ianya selamat untuk saya dan babyy saya yang sedang menyusu...Dan yang paling penting...encik suami pun makin suka....

**********************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan