Selasa, 9 Jun 2026
Pasar Pagi Sungai Bayor
Rabu, 29 April 2026
Kem D Omland sungai petani kedah
22-24 April 2026 - Kami pi ber kem kepimpinan muda di D Omland ni..ceritanya kena lagi menjaga anak2 murid. sejak ada kakak qursaniah dah jaga penjaga tetap kem dan lawatan
macam2 aktiviti buat kat sana.sampai burn teruk muka..alahai dah la mahai penjagaan muka ni. xpala kan. usia pun semakin tua..best sebb dapat merasai dok di dalam kampung. macam2 aktiviti macam flying fox, redah hutan bakau, kelapa sawit, malam berhantu, masak sendiri. selaku jurufoto utama. kejenya ambil gambarrrrr jaaa masuk dalam grup telegram. done..
sampai rindu la che abang kita.
Posting penat xtau nak buat oleh en suami.kena hantar amik anak balik sekolah. balik tuisyen.urus sendiri..Rabu, 15 April 2026
MTQNSS 2026 peringkat Utara
Lama tidak bersiaran. bulan ramadhan aritu fokus ibadah jer xbukak langsung blog ni. hari ni nak menulis balik..banyak kejadian yg berlaku sepanjang hidup aku ni. paling xboleh lupa kena panggil ke sekolah afnaan sbb dia hisap vape. tension woi..anak yg ku didik elok2 hafal alquran last2 kena tangkap hosap vape. nnti kota story mory oanjang pasal ni..
kemarin telah diadakan mqnss peringkat daerah kat sk hashim awang. anakandaku si hannan masukla utk tahun terakhir dia di sekolah menengah. dah form 5. video tu ada dekat si Abi..
cerita pasal si kakak ni..tahun ni dia SPM..tapi rs mcm ralat sikit sbb salu xboleh nak pi tgk dia bc apa..sebb rs dia dah besor mcm xperlukan si umi dia ni dah..doakanla bg dia lembut hati dan boleh terima semua ilmu yg dia pelajari. Aminn
adala tahun ni latih sharifah naazneennuur ni. hafazan. tp biasala anak org mn la boleh menekan sgt mcm anak sendiri. xhabis hafal pun. masuk jer. inshaAllah tahun ni kita pulun sikit.
Jumaat, 6 Februari 2026
make over bilik jqaf
Tahun ni ditugaskan menjaga bilik jqaf. asalnya cat bilik ni pink2 jadi kita tukar warna cat putih.
inila asal bilik jqaf. berterabur dengan buku dan alquran sebab alihkan almari alquran.masa ni nak pasang smart board baru di sumbangkan oleh pusat urus zakat. alhamdulillah ada adik2 dtg bantu pasang smart biard ni. berat sgt sebab 75 inci
bilik jqaf 5/2/2026 Alhamdulillah 80% siap. cat dan buang apa yg dah xpatut simpan. smart biard dah pasang dan tahlet pun dah siap pasang
unboxing tablet ni dah 30 tablet dan baki yg ini utk diserahkan ke bilik 21st centery utk keguaan murid semua disumbangkan oleh pusat urus zakat pulau pinang.Khamis, 5 Februari 2026
usia persahabatan
lama dah kenal paa ni. sejak umir 18 tahun sekrang dh 42 tahun jadi dah 24 tahun usia persahabatan kami
Isnin, 2 Februari 2026
Lim Skin Specialist Clinic
Sejak disember lepas. kulit dilanda jerawat lagi. adui di usia 41 ni boleh lg naik jerawat. Pernah kena serangan jerawat yg agak teruk tahun 2015 mcm tu kalau xsalah dan dah pun pergi dr Ko di Juru. memang ok sebab lepas tu dah xnaik jerawat bertahun lamanya. tp xsanggup sebab mahal betul harganya utk rakyat marhaen mcm kita ni. level artis rsnya. sbb ramai artis yg pergi dr ko ni. ribu habis disana.
Jadi utk kesekian kalinya ni bercadang nak ke dr lim plak di georgetown penang. ekceli kali ni dah second time ke klinik ni. first pergi disember tahun lepas sebab xsanggup menjawab soalan2 nitezen tny kenapa jerawat naik ni.
atas batang hidung tu memang besar dan sakit. sbb hp ni menfilterkan jerawat yg lain nmpk mcm poleles tp tuan badan sahaja yg tahu.jadi jumaat lepas start enjin keta dan drive ke penang. faham2 sendiri la jalan penang hari kerja ni. dan tengah2 pusat bandar goergetown mmg jem kat jalam komtar tu. demi nak canyik ku gagahi juga.
sampai pukul 2.00 mcm tu. dan ada sorg kakak indonesia br sampai. tgu2 sampai pukul 3.30 tak panggil2 dah nak menangis rs sbb xsolat zohor lg. pergi tny kaunter rupanya nama xmasuk list patut la akak indonesia tu dh kena panggil dl.
settle juga masalah tu dah. dan doktor minta maaf dan bagi list utk potong line queue up utk next appointment. jadi puas hati la layanan tu kan xjadi nak marah menangis.
Isnin, 26 Januari 2026
pengalaman anak masuk asrama 2
Minta maaf la awal2 tahun ni asyik cerita pasal anak jer. nak buat mcm mana yg tu ja yg bermain di fikiran. al kisahnya sabtu yg lepas aufa bgtau boleh melawat diasrama. jadi walaupun umi kelam kabut dengan gotong royong di sekolah dan kenduri yg berderet2 jd pergi jugak walaupun lambat.
amik masa sejam jugak nak sampai di sekolahnya. setakat tak sampai tu adalah 8x dia call ummi kat mana ummi kat mana. nervous ummi nak tepon sampai 8x ni..
sampai di sekolah dah pukul 4ptg boleh melawat sampai pukul 5 jer. adeii kejap pun jd la kan..
lepak mall kejap. layan mixue dan beli barang sikit. dekat mydin parit buntar jer dekat dgn sekolah.. dah nak dekat pukul 5ptg baru gerak balik ke asrama
Xtgu lama sebab nak hantar si abang pulak sebb dia outing..jadi lepas bye2 nampk pun dia hepi umi pun senang hati. terbang tinggi nak. umi lepaskan jua tanganku.gapai cita2 mu. umi doakan kesejahteraanmu selalu..
Jumaat, 23 Januari 2026
Tuition SPM di sungai petani 2026
Memandangkan si sulung dah nak SPM abi dan ummi mencarikan solusi yg terbaik utk hannan, keputusan hujung tahun form memang ada meresahkan
Gagal matematik , E untuk sains dan Perniagaan yg lain2 cukup makan. hati mak ayah mana xrisau jadi kami ambil keputusan keluarkan hannan dari asrama dan berulang ke sekolah setiap hari utk hantar hannan pergi tuition boleh umi pantau juga aktiviti kat rumah. bila nak buat latihan dan kerja sekolah. si kakak ni xde masalah sgt dgn phone bukan addicted to phone jd xrs risau masalah phone tu. phone tu mmg dia guna utk cr solusi masalah tak faham pelajaran ja. ada la jugak mesej kawan dia sikit2 tu. tp xde smpi tgh malam main game. Alhamdulillah..Selasa, 20 Januari 2026
Anak sulung calon SPM 2026
Selalu cerita perihal si adik kali ni nak cerita pasal si kakak. umur dah 17tahun bakal SPM tahun ni. dan blog yg satu ini pun ambil sempena nama kakak Hannan, penghuni sulung rahim ummi. tercetusla abiumihannan.blogspot.com. orang pertama yg mengajar umi jadi ibu.
Pagi td baru jer bye2 dia pergi sekolah dengan abi. sebelum ni memang dok Asrama di SABK Khairiah pokok sena. sejak form 3 lg. tp memandangkn keputusan exam yg agak kurg memuaskan umi dan abi bercadang keluarkn dia dr asrama dan hantar dia ke sekolah setiap hari. pergi sekolah abi hantar balik umi jemput. utk memudahkn urusan dia pergi tuition dan puas hati kalau tgk dia study depan mata hari2
ni la si Hannan tu. jumaat lepas ada program di sekolah dia aku janji untuk murid SPM dan SMA 2026 sekali dapat duit bantuan BAP walaupun umi dah CRK hari selasa sebb pendaftaran sekolah adik, jumaat ni umi tebalkn umi minta pelepasan nak tgk hannan ber aku janji di sekolahnya.
program utk Hannan setahun ni. InshaAllah umi akan tolong hannan setakat mana umi mampu selagi hayat di kandung badan. sob sob sedih plak pagi2 ni.. bila teringat si bayi kecik ni
dari baby kecik ni umo sehari dah sebesar ini umi jaga 17 tahun dah 6/1 ritu.
dah la hannan tahun ni boleh amik lesen moto dan keta tauu

















































