Khamis, 24 April 2014

Mengesahkan kehamilan

bulan ni rasa nak cerita pasal preggy jer..hehhehehe...tak de la rasa nak tambah lagi..HOLD dulu jap..bagi aufa 2-3 tahun dulu...tapi paling best tajuk nie..sebab ilmu yang tiyah dapat bukan dari buku semata tapi dari pengalaman juga...

Kehamilan boleh ditentukan dengan alat penguji khas..Pregnancy Test yang kita boleh beli dimana-mana farmasi atau watson,guardin..ada pelbagai jenis dari yang cap ayam..hingga yg paling branded..paling mahal yang pernah tiyah tgk..tapi xpernah beli jenama blue clear..dalam RM40++..rasa rugi sebab sekali pakai jer..pastu xleh guna..pe2 pun review pasal blue clear ni sangat baik..sebab dia bagi terus tempoh kehamilan..canggih2...

Bila masa sesuai nak guna Pregnancy test ni ??
Masa paling sesuai nak guna pregnancy test ni lepas sebulan tidak didatangi haid..ada yang sehari dua lewat datang haid dah test..kalau mengharap memang kecewa la..sebab kalau kita hamil pun..masa ni pregnancy test yang dibeli tidak dapat lagi mengesan kehamilan kita..jadi better sabar..paling awal tiyah pernah try lepas 2 weeks tak datang period..tu pun blur...lagi satu line..pergi tunjuk kat DOc..dia kata CONGRATULATION..you pregnant..

Macam mana nak guna pregnancy test ni??
Paling simple iaiah..setiap kali kita beli pregnancy test ni kita akan dibekalkan bekas simpan air kencing..For better result..sila ambil sampel air kencing awal pagi.masa ni paling sesuai kita buat ujian makmal kita sendiri..Simpan sedikit air kucil kita tu..cuma ambil beberapa titis air kencing dan titiskan atas pregnancy test tu..

 
Kalau kita guna mengikut arahan yang betul,keputusan yang bakal diperoleh besar kemungkinan tepat.

Macam mana nak nilai keputusan plak??

 Yang ni Alhamdulillah..positif...kalau line dia blur2 pun tetap positif pun positif jugak..

 Yang ni negatif..satu line jer..takpe..bukan rezeki kita lagi...kalau 2 2 line xde...ujian kita tu tak betul la..sila beli pregnancy test yang baru..


Masa cek preggy anak2 tiyah..lepas 2 minggu dah ada line..pastu..nak confirm lagi..pergi ke klinik..siap dapat tarikh jangkaan bersalin lagi...sebab doktor akn scan..dan nmpk la bentuk karung bayi...


Ni gambar masa dalam 5 - 7 weeks x silap...masa ni doktor kata ade fibriod..huhuhuhuhu..sebenarnya xde pun...kalau nak baca cerita tu..klik kat sini....sekarang xde pun..huhuhuhu..xnampak baby lagi kan? cuma karung jer...sebab baby sangat kecil..sekarang kalau buat buku merah..buku ngandung klinik kesihatan tu..dah seksiap kena scan..best juga sebab nak tgk baby dalam perut...hehehehehhe...

Tanda awal kehamilan
Satu atau lebih perubahan tersebut dapat dijadikan petunjuk bahawa kita hamil...Ada juga segelintir yang tak perasan langsung kalau hamil..
Secara alaminya ibu sendiri boleh merasai dirinya megalami perubahan sejak beberapa minggu ...Perubahan-perubahan tersebut : -
  • Tidak datang haid - Jika kitaran haid tidak tetap atau berkeadaan terlalu risau,sibuk ataupun sakit.Ini tidak boleh dijadikan panduan.
  • Sering letih terutamanya di siang hari kerana tubuh kita terpaksa menerima bebanan kehamilan disamping beban yang sedia ada.Oleh sebab itu dapatkan rehat secukupnya.
  • Payudara membengkak, lembut dan kadang kala berdenyut-denyut.Selain itu puting juga berubah menjadi lebih gelap.Urat-urat yang biasa kurang kelihatan akan nampak lebih jelas ketika hamil.Untuk menjaga keanjalan payudara sepatutunya kena pakai baju dalam sokongan ketika hamil sehinggalah menyusukan kelak.
  • Mudah mual dan kadang kala muntah.Jangan biarkan perut kita kosong.Ambil makanan yang berkhasiat untuk mengalas perut.Elakkan pengambilan makanan yang kaya dengan lemak.
  • Berasa hendak pitam dan pening.
  • Perubahan emosi- yang ni paling ketara,sensitif dan mudah terasa.kawal perasaan kita keran mempengaruhi bayi dalam kandungan.
  • Deria rasa terganggu.
  • kerap membuang air kecil.
Tarikh Jangkaan Bersalin

Tarikh jangkaan bersalin kita akan dikira bermula pada tarikh MULA PERIOD ketika PERIOD TERAKHIR...Contoh..bulan lepas didatangi haid pada 1April 2014..dan berakhir pada 7 April 2014...tarikh yang akan doktor tanya bila first day last day period..jadi the answer is 1 April 2014..so kena allert pada tarikh2 datang period..tiyah mmg beli 1 kalendar khas untuk tanda hari2 bersejarah nie..jadi bila doktor tanya kita akan bagi tarikh yang tepat..

Zaman sekarang yg canggih dah ada aplication dalam smartphone utk letak tarikh haid dan sekali siap beri hari2 dijangka subur..korang pergi jer kat play store cari my calendar..download..segalanya lengkap disitu..

Salah satu nak kira tarikh jangkaan bersalin cenggini..yang ni tiyah belajar dari misi klinik kesihatan..
For hari tambah 7 hari
For Bulan tambah 9 bulan
For Tahun tambah 1

last Day 1 April 2014
jangkaan bersalin 10 Januari 2015...

Err..paham ker??

*********************************************************************************

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Good info. Tq for sharing... ��

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu yg diberikan....
    InShaAllah boleh dipraktikkan...

    BalasPadam
  3. Rasenye 8 hb kan...sbb 1+7...mcm sis tulis formula tu...means trikh due 8 jan 2015...right?

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsiannya saya ambil perkongsiannya sahaja dari Tuan punya blog dan pengomen semua lain tiada dulu kini dan selamanya

    BalasPadam
  5. Saya last period 23/3..pastu terus tak period dah..buat pregnant test bulan 5 tp ada satu line je.. Kompius jgk ni😁

    BalasPadam