Sabtu, 30 November 2013

Masalah Sendi lutut berbunyi atasi dengan Advanced Joint Health Tablet

Masalah  sendi dan lutut berbunyi satu perkara yang merunsing..Ketika solat dan bangun dari sujud kepada keadaan berdiri tegak pasti lutut berbunyi..Terkehel ker lututku ini..Masalah ini bukan sahaja golongan tua.malahan golongan juga ada mengalami masalah sendi dan lutut berbunyi..

Sebenarnya ada 2 jenis rawan pada lutut :
  • rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)

  • rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.

Rawan tidak memiliki bekalan darah (avaskular),sekiranya berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).



Pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.



Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.



Di antara simptom kerosakan rawan ialah : 

  • lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.
  • sakit pada sendi
  • sendi bengkak
  • lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan


Atasi masalah sendi dan lutut berbunyi ini dengan Advanced Joint Health Tablet dari Shaklee..



 Jom kita ketahui mengenai AJHT 
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health

Set Asas Penyusuan

Set Asas Penyusuan.

Dapatkan set penyusuan asas untuk membantu ibu-ibu yang de masalah dalam penyusuan
~ Susu Tak Banyak
~ Pam dapat sikit jer
~ Susu kurang Pekat
~ Baby salu terjaga macam tak puas menyusu

Cuba Ikhtiar dengan set ni


Ada 2 Produk dalam set ni
===================
ESP Energizing Soy Protein
===================

~ Milkbooster
~ Kulit lebih berseri ( Glowing gitu )
~ Kesan parut pudar
~ Rambut gugur -especially buat mom yg lepas bersalin..rambut gugur penuh bilik air
~ Untuk Kurus - Ibu menyusu nak kurus jugak..tapi risau baby tad dapat cukup khasiat..
                          dont worry ESP MEMBANTU...

==========
ALFAFA
==========
~ Milkbooster
~ Membantu masalah kewanitaan- bertindak seperti kacip fatimah.Masalah keputihan.Membaiki rahim.
~ Membuang toksid dalam badan
~ Juga untuk kurus- Dapat menyusu dan masa yang sama KURUS.

haaa..nak try kan..
Set ni bawah RM 200 tau..
Nak Tahu Harga Promo...atau nak murah lagi.
PM kita leh sms atau WA 012-5862274

Rabu, 27 November 2013

Set Slimming Shaklee

Cite pasal nak..kurus..sapa xnak kurus..punya badan ni juga nak kurus..
bila sebut pasal makan..mcm tak de esok nak makan..berlambak upload dlm fb.twitter..menu2 santapan yang lazat2..camner nak diet..
Memula kena faham..menurunkan berat badan adalah salah satu cara menjaga kesihatan diri.Bukan semua org kurus sihat.bukan semua org gemuk itu sakit..
But bila kita concern soal pemakan..apa diet yg kita ambil sehari..In SHa Allah..badan sihat,otak cergas..jiwa pun tenang..

So rini nak cite suplemen yang membantu menurunkan berat badan..
Dalam Shaklee de KONSEP 3B

KONSEP 3B? bendalah pe ni?


 

  • BAKAR / BURN - Lecithin/OmegaGuard                                                       Berfungsi sebagai ejen pembakar/mencairkan/mengelmulsi lemak-lemak dan kolesterol jahat dari melekat ke dinding mambran salur darah dan epidermis kulit yg boleh menyebabkan highblood presure, heart attact, kegemukan dan lemak yg tebal.  
  • BUANG / DETOX - Alfalfa Complex/ HerbLax    Sumber micronutrient yg kaya dapat membantu/menambah kecekapan fungsi sistem badan, bertindak sebagai ejen pengangkut yg mengangkut keluar bahan tidak perlu dalam badan...meningkatkan fungsi saraf,membantu penghadaman dan pelawasan, membersih usus,menghilangkan kelesuan dan sembab. 
  • BINA - ESP Soy Protien / Cinch Shake / VitaLea Membekalkan dan meningkatkan penyerapan  zat-zat yg diperlukan untuk membina otot-otot badan supaya sihat dan cantik...Ada banyak khasiat lain yg terdapat dalam2 tiap2 produk Shaklee ini...
Soalan yg salu ditanya..saya sedang menyusu..kena makan banyak nnti baby tak cukup susu..pastu macam mana nak kurus...

JAwapannya...adakah sebab kita mkn banyak susu kita banyak..bila mkn sikit susu kita sikit..tanggapan yang salah...sebab tu kita tgk rata2 selepas bersalin badan tak susut2..amik makanan tambahan,suplemen nak tambah susu.susu tak bertambah juga dan bdn masih size XXL..masih pakai baju masa mengandung..

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.


Pengalaman sendiri..saya 3 kali menjalani tempoh mengandung..bersalin..dan berpantang..
Berat masih maintain 50-52kg....bukan utk sesiapa..tetapi keyakinan utk diri sendiri..


pernah rasa tak cantik.rendah diri..tak sempat bermekap..bersiap..dikelilingi anak2 yang ramai..Alhamdulillah..saya ada suami yg selalu memberi semngt..dan mencabar saya supaya saya lebih berani dan bersemangat..


Korang nak tau rahsia kita...haaa..Shaklee la...Badan rasa sihat..bertenaga..yang pasti rasa muda dan jelita..utk suami kita..utk anak2..





Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Lelaki dan Wanita Shaklee

PUNCA KETIDAKSUBURAN
  • Masalah hormon
  • Masalah Sperma dan Ovum
  • Masalah persekitaran rahim yang tidak bekerjasama
  • Masalah kesihatan

Selain ramai yang menghadapi maslah kesuburan di atas ,ada juga perkara lain yang tidak sesekali dapat dinafikan bahawa yang PALING UTAMA....ALLAH BELUM MEMBERI REZEKI..Jangan pernah putus asa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA....:)..Iktiar dan tawakal...


SET KESUBURAN WANITA

GLA Complex

Boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita sebenarnya...tapi untuk entry ni..sy masukkan GLA Complex untuk set wanita.Diamalkan oleh wanita yang haidnya tidak teratur.Gamma Linolenic Asid (GLA) ni dapat membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau dikenali sebagai 'egg white servical mucus'. Cecair serviks jenis ini sangat subur,nipis, berair , cerah dan likat dan sangat2lah membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio dan seterusnya ke ovum ( telur ). Cecair serviks yang sangat subur ini juga dapat membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio.


Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita untuk membantu mengatasi masalah keputihan,masalah haid yang tidak teratur dan senggugut atau sakit yang melampau ketika haid ( Digalakkan makan Alfalfa bersama Kalsium ). Alfalfa Complex juga turut membantu dalam hubungan suami isteri kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah.Alfalfa juga dikaitkan dapat membantu dalam masalah PCOS iaitu Polycystic Ovarian Syndrome ( Masalah berkaitan ketidaksuburan wanita ) atau boleh dapatkan maklumat di Blog Dr.Hamid Arshat di sini
PCOS penjelasan Dr Hamid Arshat.



ESP-Energizing Soy Protein

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat dapat memudahkan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.Protein juga membantu penghasilan sel2 ovum dan sperma yang sihat juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

Vitamin B Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.



SET KESUBURAN LELAKI

Vitamin E Complex

Terkenal juga sebagai "vitamin seks"..Selain berfungsi untuk menghaluskan kulit, anti penuaan dan melancarkan peredaran dalam pembuluh darah, mencegah pembntukan darah beku, pembentukan sel2 baru ( RNA dan DNA ) dan lain2..ianya juga terkenal kerana khasiatnya untuk meningkatkan kelelakian, menyihat dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% Selenium dalam badan lelaki berada dalam testikel dan duktis seminal.Selain itu lelaki akan kehilangan Selenium melalui air mani.Maka suplemen Selenium yang cukup sangat membantu dalam seksual dan kesuburan lelaki.


 Zinc Complex

Bagi lelaki, Zinc sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani,membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian dan memberi tenaga kepada sperma supaya aktif dalam pergerakan menuju ke ovum. Selain itu Zinc sangat berperanan dalam proses pembentukan genetik DNA ( Dioxyribose Nukleid Acid ). Secara keseluruhannya Zinc membantu mengekalkan penghasilan sperma yang sihat dan keinginan seksual yang tinggi..Kekuranga Zinc pada lelaki boleh mengakibatkan masalah seksual , sperma yang abnormal,kesuburan dan masalah prostat.Zinc juga digunakan utk masalah kesuburan lelaki kerana Zinc membantu melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina..


Omega Guard
 
Omega guard yang mengandungi omega 3 membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome adalah struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur/ovum.

Untuk mendapat maklumat sokongan tentang  keperluan nutrisi semulajadi dalam membantu kesuburan lelaki dan wanita terutamanya yang ingin hamil...boleh klik ini
 http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/herba-dan-vitamin-untuk-subur.html





Iktiar Cahaya Mata Dengan Set Kesuburan Shaklee

Cahaya mata adalah keinginan pasangan suami isteri yg sudah berkahwin.Namun tidak semua dikurniakan rezeki sebegitu singgat..Sebagai seorang muslim, kita berusaha bersungguh2 dalam mendapatkan sesuatu seterusnya meletakkan sepenuh kebergantungan dan tawakal kepadaNya..



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" - Surah At-Talaq. Ayat 2-3
Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan multivitamin dan multimineral. Hal ini juga disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr.Hamid Arshat melalui FB beliau:

Set Kesihatan kanak-kanak




# Tahukah anda berat badan kanak-kanak boleh meningkat kira-kira dua hingga tiga kilogram setahun manakala ketinggian pula biasanya akan meningkat enam hingga lapan sentimeter setahun.

# Apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun, 35 peratus daripada berat badan mereka terdiri daripada otot.

# Kanak-kanak perlu mempunyai seluruh set gigi susu lengkap pada umur dua setengah tahun. Pertumbuhan gigi membantu perkembangan rahang dan membolehkan kanak-kanak makan pelbagai jenis makanan. Selepas mencapai umur enam tahun, kanak-kanak akan mempunyai set gigi kekal.

# Enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling sensitif kerana ia membabitkan pembentukan serta kematangan saraf. Berbilion sistem saraf dalam otak dibentuk dan akan memberi pengalaman deria baru. Jadi, tidak hairan jika saiz otak kanak-kanak akan berkembang sebesar saiz otak dewasa apabila mencapai umur 10 tahun.

# Apabila tulang membesar, kanak-kanak akan menjadi lebih tinggi. Ia penting untuk menjadikan bentuk badan mereka kelihatan lebih matang apabila menginjak dewasa

# Sistem pertahanan kanak-kanak mulai matang dan berfungsi pada peringkat tumbesaran. Badan kanak-kanak mudah diserang virus, bakteria dan parasit. Justeru, sistem imun yang cekap dapat mengenal pasti, menyerang dan memusnahkan benda asing berkenaan.

# Fasa tumbesaran adalah tempoh yang amat penting kerana ketika itu kanak-kanak mula menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus untuk mengimbangi diri. Ini membolehkan mereka bergerak secara teratur, lebih cergas serta mampu melakukan tugas yang lebih kompleks seperti menari dan bermain bola. Selain itu, ia juga mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk menulis, melukis dan mewarna dalam perkembangan intelektual mereka.

# Kanak-kanak yang aktif dan cerdas dikatakan lebih cenderung menguasai kemahiran berinteraksi secara sosial yang mampu meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

(Sumber: Buku Panduan Memupuk Gaya Pemakanan Sihat oleh NSM, MASO serta MDA)


 Berikan yang terbaik untuk Anak Anda..
Shaklee meyediakan suplemen terbaik utk anak anda.Produk selamat dan terdiri dari bahan semulajadi.



MEALSHAKE

  #  Membantu pembesaran dan pembinaan tulang, kuku, otak si anak

  Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak

  #  Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

  #  Meningkatkan selera makan kanak-kanak

  #  Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

  # Jika anak demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa



OMEGA GUARD

# Sebahagian besar otak terbina daripada lemat “baik” yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak

  Omega-3 menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif dan membantu meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak

 # Mengatasi masalah pernafasan seperti asma , batuk dan selsema

  # Meningkatkan sistem imunisasi dan menapis kuman daripada badan
Keratan Akhbar Mengenai Omega Guard atau Omega 3..




Isnin, 25 November 2013

Set resdung Shaklee

Apa itu RESDUNG

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, Sphenoid, Ethmold, Septum dan Maxillary Sinus.



TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..


  PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. 
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7) Kalau  ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan)

                                                                                                                               Credit To Anne story

Perkenalkan Shaklee menyediakan set yang membantu mengatasi masalah resdung..
1) Alfafa
2) B Kompleks
3) Subtained Release vita C




 Dapatkan Set Anda Segera
Sila Hubungi kami utk konsultasi percuma dan pesanan
Bandingkan Harga Kami di pasaran..
Fathiyyah 012-5862274


SHARING IS CARING..

GLA komplek Shaklee




KENALI PCOS

PCOS adalah Polycystic Ovarian Syndrome yang biasa terjadi kepada 6-10% wanita, yang mana melibatkan kehadiran cyst yang berisi air yang terkumpul dalam ovari & menghalang pengeluaran telur.

Mereka yang mengalami PCOS mengalami masalah ovulasi dan penghasilan hormon progesteron.

Kekurangan hormon progesteron menyebabkan pengeluaran darah haid yang sangat banyak.

Pengidap PCOS juga mengalami keadaan di mana hormon lelaki (androgen) yang tinggi yang meningkatkan sel-sel badan kebal insulin lalu menyebabkan masalah glukos dalam darah yang tinggi, hipertensi dan kolesterol.


Rawatan terbaik untuk PCOS adalah dengan mengubah corak pemakanan, berbanding penggunaan ubat.

PCOS boleh dikawal dengan:-

- Menurunkan berat badan
- Menggunakan progesteron semulajadi
- Mengambil suplemen

Antara suplemen yang sesuai untuk PCOS adalah tonik hati yang membantu hati memproses hormon lelaki yang tinggi.

Pengidap PCOS dinasihatkan untuk makan produk ternakan organik tanpa hormon tumbesaran. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Credit to Lyna Noh

perkongsian utk penghidap pcos bg yg bcdg nk zuriat...
(sharing is caring...based on my experience..)
nasihat doc:
1)usaha utk kurangkan berat bdn.
2)amalkan diet low carbo...-kurangkan nasi @ mknn karbohidrat
3)exercise sekurang2nya 30 mnt per week...
4)amalkan pmknnn sihat
Alhamdulillah...tanpa ambik ubat kesuburan..bjaya hamil naturally..dh 5bln++...sebelum ni 4x keguguran...3x yg ptama tu..amik ubat subur...gudluck...

kredit to Siti Noraizan





Ahad, 24 November 2013

Risiko HB rendah

Pengalaman Hamil memang indah..setiap masa belek hari menghitung waktu..
tiyah mengandung 3x semua HB rendah..tapi lepas amik Shaklee..Alhamdulillah..proses bersalin berjalan lancar..sini tiyah listkan risiko HB rendah yang tiyah dapat dari misi2 klinik

Hadapi masalah Hemoglobin ( HB ) rendah?
Risiko Dan Kesan HB Rendah

  @  keguguran
  @ kelahiran bayi pra matang
  @ bayi dilahirkan kecil  (bawah 2.5kg)
  @ koma
  @ meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia
      ( akibat tumpah darah ketika melahirkan )


Pengalaman kena suntik inferon setiap hari selama seminggu leh baca kat sini..adei..igt balik..sakittttnyaaaa..
So Ikhtiar dengan cara pengambilan suplemen
Vita lea dan B kompleks dari Shaklee
=======
 Vitalea
======-
Pelengkap nutrisi yang mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral terutama mereka yang mengalami anemia

=======
B Kompleks
=======
Mencegah anemia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan pembentukan antibodi





 

Anugerah Iqra Hannan


ALHAMDULILLAH....SEGALA PUJI BAGI ALLAH..


14 November ritu..ssaja mintak cuti nak menghadiri majlis ihtifal hannan..



kata cikgu hannan dapat anugerah..


dan menyertai persembahan...


First time tgk anak dpt hadiah..



ANUGERAH CEMERLANG IQRA bagi pelajar 4 TAHUN..hannan dah baca Iqra 4..

ALHAMDULILLAH...rasa mcm nak mengalir air mata..cenggini la rsnya mak ngn abah masa tengok kita dh dpt pegang segulung ijazah..Sorang dia jer yg dpt anugerah tu..Alhamdulillah..


murah rezeki plak sebab dpt cabutan bertuah..nombor 33..hihihihi..


Tgu jugak smpi habis majlis sebab Hannan buat persembahan.raja namrud dan nabi Ibrahim...

Dah jadi nyamuk anakku...♡♥♡

Cuti sekolah ni..manfaatkan masa yang ada..target Hannan hbs bc iqra umo 5thn dan khatam Al-Quran...Aminnn...



Orang kata kejayaan tak datang bergolek..

atas daya usaha jugak..sebagai ibubapa..kita lah yang mencorakkan anak2..

Kalau tny tiyah pe yg tiyah buat dalam mendidik hannan baca Iqra..rahsianya..berikan yg terbaik..tumpuan kita..dirumah wajib kita ajar balik apa yg cikgu ajar di sekolah..baru kita tahu kemampuan anak kita..
pelbagaikan aktiviti..

Setengah org nak rumah bersih..xmau semak dan penuh tampal..hakikatnya itu la rumah tiyah..

 Jadikan rumah sekolah yang pertama buat anak2..


Ni buat plastetin..
Aktiviti masa cuti
Kesian ank2 boring main mainan yg sama..buku warna hbs diconteng..arini buat spesel skit..
Buat plastetin..
Bahan2 nya:-
Tepung
Minyak
Air
Pewarna..
Cara membuat..masukkan semua sekali..dan adun jd doh..
Dan TARAAAAA...dah siap..leh main...


At the same ime..tiyah de bg anak2 makan suplemen...leh baca kat sini pemakanan yg tiyah bg dekat anak2..



Sabtu, 23 November 2013

nutrisi ibu hamil

#ibumengandung

PANDUAN NUTRISI UNTUK IBU MENGANDUNG

❄ Keperluan nutrisi tidak semestinya meningkat secara berkadar tetap. Misalnya keperluan zat besi meningkat sebanyak 50% namun keperluan Vitamin B12 meningkat sebanyak 10% saja.

❄ Keperluan nutrisi semasa hamil berbeza untuk setiap individu; secara amnya ia dipengaruhi oleh pengambilan nutrisi sebelum hamil, masalah kesihatan, kehamilan kembar dan kekerapan hamil.

❄ Keperluan untuk sesuatu nutrien boleh diubahsuai dengan pengambilan nutrien yang lain. Misalnya, ibu hamil yang mengalami kekurangan kalori dalam makanannya memerlukan protin yang lebih banyak.

❄ Keperluan nutrisi semasa kehamilan biasanya berubah menjadi lebih tinggi menuju akhir kehamilan berbanding trimester pertama (kecuali asid folik).

Dapatkan bekalan dan sokongan nutrisi yang tepat untuk kehamilan anda!

Set Kehamilan Shaklee sesuai untuk trimester pertama hingga
ketiga.

Sebagai bonus set kehamilan boleh diteruskan pengambilan sewaktu berpantang tanpa mengganggu penyusuan dan proses pemulihan selepas bersalin..

Sila hubungi pengedar shaklee anda
SID 922128
Fathiyyah 012-5862274

Khamis, 21 November 2013

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

pengalaman hamil selama 9 bulan dan melahirkan amat manis untuk dikenang..hanya seorang ibu yang merasai nikmat tersebut..

Tapi tempoh berpantang dihantui dengan sembelit..susah nak buang air besar..sehingga terbuka jahitan..

disini saya kongsikan serba sedikit tips yang boleh diamalkan untuk meredakan sembelit selepas bersalin..

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan. 

Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.

  • Letakkan tangan atas perut.
  • Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
  • Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
  • Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol.

  • Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.

  • Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.
Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.
Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:

  • Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.
  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.

    Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

    Penyelesaian Permasalahan SEMBELIT Anda!
    Pengambilan 4biji ostematrix stiap hari sebelum tidur membantu mengatasi masalah sembelit.. yea.. mmg agak trauma bl mahu ke tandas bl memikirkan jahitan tue.. tp insyaAllah pengambilan Ostematrix shaklee membantu anda mengatasi masalah sembelit..