Rabu, 27 November 2013

Set Slimming Shaklee

Cite pasal nak..kurus..sapa xnak kurus..punya badan ni juga nak kurus..
bila sebut pasal makan..mcm tak de esok nak makan..berlambak upload dlm fb.twitter..menu2 santapan yang lazat2..camner nak diet..
Memula kena faham..menurunkan berat badan adalah salah satu cara menjaga kesihatan diri.Bukan semua org kurus sihat.bukan semua org gemuk itu sakit..
But bila kita concern soal pemakan..apa diet yg kita ambil sehari..In SHa Allah..badan sihat,otak cergas..jiwa pun tenang..

So rini nak cite suplemen yang membantu menurunkan berat badan..
Dalam Shaklee de KONSEP 3B

KONSEP 3B? bendalah pe ni?


 

  • BAKAR / BURN - Lecithin/OmegaGuard                                                       Berfungsi sebagai ejen pembakar/mencairkan/mengelmulsi lemak-lemak dan kolesterol jahat dari melekat ke dinding mambran salur darah dan epidermis kulit yg boleh menyebabkan highblood presure, heart attact, kegemukan dan lemak yg tebal.  
  • BUANG / DETOX - Alfalfa Complex/ HerbLax    Sumber micronutrient yg kaya dapat membantu/menambah kecekapan fungsi sistem badan, bertindak sebagai ejen pengangkut yg mengangkut keluar bahan tidak perlu dalam badan...meningkatkan fungsi saraf,membantu penghadaman dan pelawasan, membersih usus,menghilangkan kelesuan dan sembab. 
  • BINA - ESP Soy Protien / Cinch Shake / VitaLea Membekalkan dan meningkatkan penyerapan  zat-zat yg diperlukan untuk membina otot-otot badan supaya sihat dan cantik...Ada banyak khasiat lain yg terdapat dalam2 tiap2 produk Shaklee ini...
Soalan yg salu ditanya..saya sedang menyusu..kena makan banyak nnti baby tak cukup susu..pastu macam mana nak kurus...

JAwapannya...adakah sebab kita mkn banyak susu kita banyak..bila mkn sikit susu kita sikit..tanggapan yang salah...sebab tu kita tgk rata2 selepas bersalin badan tak susut2..amik makanan tambahan,suplemen nak tambah susu.susu tak bertambah juga dan bdn masih size XXL..masih pakai baju masa mengandung..

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.


Pengalaman sendiri..saya 3 kali menjalani tempoh mengandung..bersalin..dan berpantang..
Berat masih maintain 50-52kg....bukan utk sesiapa..tetapi keyakinan utk diri sendiri..


pernah rasa tak cantik.rendah diri..tak sempat bermekap..bersiap..dikelilingi anak2 yang ramai..Alhamdulillah..saya ada suami yg selalu memberi semngt..dan mencabar saya supaya saya lebih berani dan bersemangat..


Korang nak tau rahsia kita...haaa..Shaklee la...Badan rasa sihat..bertenaga..yang pasti rasa muda dan jelita..utk suami kita..utk anak2..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan