Apa itu asid folik?
asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kacang, sayuran hijau , beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu.sesetangah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
mengapa ibu hamil memerkukan asid folik? asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna.ini boleh menyebabkan kerosakan kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf terbentuk dan berkembang dengan pesat.Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik.Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapa jumlah asid folik yang ibu hamil perlukan?
Ibu hamil dinasihatkan mengambil 400 mikrogram ( mcg ) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil.Kemudian teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Apakah sumber makanan yang terbaik
akanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk anda dan bayi anda.Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
makanan berikut mengandungi 100-200mcg folat bagi setiap hidangan
~bayam 1 cawan
~kacang bendi setengah cawan
~asparagus setengah cawan
~hati 1 keping
~betik sederhana besar
makanan berikut mengandungi 50-100mcg folat bagi setiap hidangan
~brokoli kukus 2 pucuk
~buah oren saiz besar
~nasi putih setengah cawan
~oat setengah cawan
~kacang merah setengah cawan
~jagung saiz besar 1
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salamon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.Ingatlah asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebenter atau dimasak menggunakan gelombang mikro ataupun mentah.
Sumber dari babycenter
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memang sangat penting pengambilan asid folik .malahan dalam kelas yang pernah tiyah masuk kelas berbicara bersama doktor Fyna Noh seorang doktor yang menggalakkan pengambilan suplemen.Beliau menyarankan pengambilan asid folik harus bermula 3 bulan sebelum seseorang individu itu harus hamil..
Jadi kalau merancang untuk hamil dalam tempoh terdekat sudah boleh mula mengambil asid folik..
Ini adalah gambar sebenar tablet asid folik yang dibekalkan dari Shaklee..dipanggil B kompleks
Gambar sebenar Vitamin B Compleks yang mengandungi 589mg per saving.Tiyah tidak hamil..tapi terus mengambil B kompleks sebab kurang mengambil makanan yang mengambil B kompleks..makan mana yang sedap dan yang sempat jer...
Antara kelebihan lain yang bakal kita perolehi dari B kompleks ni..
B kompleks ini juga memberi ketenangan kepada saraf kita.Melegakan dan kita mersa tidak stress bila mengambil B Kompleks..tekanan hidup dan stress yang melampau boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang menghinggap..^_^
Set Bajet untuk kehamilan disarankan pengambilan B Kompleks bersama Vitalea..
multivitamin yang sangat diperlukan oleh ibu hamil yang sering menghadapi masalah ketika hamil seperti :
~Hemoglobin rendah
~Tekanan darah rendah/tinggi
~Kencing manis ketika hamil GDM
~cepat merasa letih ketika hamil
~Menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan
Berikan yang terbaik untuk diri anda dan bayi dalam kandungan.sertakan juga amalan-amalan rohani.Bacaan Al-Quran dan zikir-zikir sepanjang kehamilan.Dekatkan diri kepada yang Esa..dipermudahkan urusan kehamilan dan melahirkan..In Sya Allah..dipermudahkan..
thanks for sharing.. Jom singgah blog kita pula: www.mynutrisisihatcantik.blogspot.com
BalasPadambanyak info menarik di sini...tq for the sharing :)
BalasPadammoga ibu hamil semuanya akan ambil asid folik semasa awal hamil...