Isnin, 24 Februari 2014

Suplemen Shaklee vs Ubat Klinik

Keistimewaan Shaklee..

Sentiasa selamat
Sentiasa berkesan
Sentiasa mesra alam

" saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, " dia pernah berkata" tetapi kita adalah dua bidang yang berasingan . Mereka dilatih untuk merawat penyakit , saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Dipetik dari Dr Forrest C Shaklee.sr



 Suplemen dan ubat klinik atau hospital merupakan 2 benda yang amat berbeza.Baru-baru dapat join Class dengan seorang doktor perubatan yang bernama Dr Fida dan merupakan pengamal suplemen Shaklee.

Jelas sekali sering kita berjumpa doktor yang melarang kita mengambil suplemen dan mengambil ubat-ubatan yang doktor sediakan.Agak2 kenapa yer?

Dalam perbincangan tu..Dr Fida ada menerangkan mengapa berlaku sedemikian..



Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital merupakan ubatan yang dipanggil sintetik.Dimana Ia dicipta untuk menghalang atau menahan penyakit sahaja.Seperti kata Dr Fida ubat untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.ubat-ubatan yang diberi untuk menghalang penyakit menjadi berlarutan tetapi tidak merawat.

Walaubagaimana pun beliau tetap menggesa pesakit-pesakit mesti mendapatkan rawatan dari pihak hospital apabila sudah disahkan pesakit menghidap penyakit tersebut.Suplemen tidak merawat penyakit tetapi memperbaiki fungsi tubuh yang memerlukan masa yang lama untuk penyembuhan berbanding pencegahan.

Beliau juga menggalakkan suplemen diambil sebagai tindakan pencegahan dan menjaga kesihatan.
Makanan asas semulajadi harus dititik beratkan dan jangan bergantung semata-mata kepada suplemen,kerana suplemen hanya membantu melengkapkan nutrisi harian.

Jadi jangan kita beranggapan apabila kita mengambil suplemen kita tidak perlu lagi kepada sumber-sumber semulajadi seperti protein,mineral yang didapati dalam makanan harian kita.

Amalkan juga gaya hidup sihat,bersenam dan jauhi amalan merokok serta mendekatkan diri dengan yang ESA.

Banyak lg yang Dr Fida kongsikan malam tu..yang pasti best sangat dapat menuntut ilmu mengenai soal pemakanan kesihatan dan vitamin semulajadi.rasa lega sebab sebelum ni ramai2 doktor yang tiyah jumpa kalau diberitahu mengambil suplemen seperti melarang keras dan hanya tertumpu kepada ubat-ubatan klinik yang dibekalkan.

Alhamdulillah sejak mengenali Shaklee jarang dah melawat klinik2 untuk masalah demam batuk dan selsema.anak-anak pun nampak kian sihat dan berisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan