Khamis, 23 Januari 2014

Bersedia untuk hamil?



Pemakanan sebelum hamil

Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda berada dalam keadaan sihat waalafiat begitu juga dengan bayi yang anda kandung.Semua makanan yang anda makan , akan menjadi makanan untuknya judga.Dan bahan yang anda simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ terbentuk. Antara zat yang penting iaiah :

a) Asid Folik
Asid folik salah satu unsur daripada vitamin B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang ,seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.Adalah dicadangkan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil agar meningkatkan pengambilan harian asid folik kepada 0.6mg dengan mengambil 0.4mg tambahan sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan.

inilah waktunya organ dan sistem badan bayi anda terbentuk.Sekiranya wanita tidak mengambil asid folik beberapa bulan sebelum hamil, doktor akan memberikan asid folok seawall enam minggu usia kandungan.Peringkat ini amat penting kerana ketika inilah peringkat pertumbuhan organ-organ bayi berlaku.

b)Zat Besi
Seperti yang kita maklum zat besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Bagi wanita hamil, zat besi lebih banyak diperlukan kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada trimester terakhir.

Selain daripada sumber makanan semulajadi seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe, wanita boleh mendapatkan bahan ini melalui vitamin tambahan.

c)Kalsium
kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, marjerin, keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi.Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama trimester ketiga.

Berdasarkan kajian tekanan darah tinggi,kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang  ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.

d)DHA
Pada masa kini kepentingan DHA sering diperkatakan oleh pakar-pakar perubatan dan pemakanan.Menurut kajian yang dilakukan ,DHA dikatakan memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi.

DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.Sumber vitamin ini boleh diberikan menerusi tiga cara iaitu mengambil vitamin tambahan sewaktu hamil,sewaktu menyusu susu badan dan susu formula bayi yang telah diperkayakan dengan DHA yang terdapat dalam bentuk omega 3,6 dan 9.

RISIKO KURANG ASID FOLIK DAN ZAT BESI :

1 ) Bayi kurang berat
Apabila tahap hemoglobin rendah, kapasiti darah untuk membekalkan oksigen kepada anak akan berkurangan.secara tidak langsung , tumbesaran anak di dalam rahim akan terencat . Bayi akan dilahirkan dengan berat di bawah 2.5kg walau sudah cukup bulan.

2) Ibu lebih letih
Tahap hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan ibu mendapat gejala letih lesu, tumpah darah sewaktu hamil, pitam dan kegagalan fungsi jantung kerana jantung tetap mengepam dengan pantas walau pun oksigen berkurangan.

Kekurangan bekalan kalsium sewaktu mengandung boleh menyebabkan gejala kebas-kebas, kekejangan pada bakal ibu. Pembentukan tulang dan gigi bayi pun terjejas.Kemungkinan berlaku tulang rapuh yang menyebabkan pembentukan bow legs atau kaki bengkok.

#info dari  40 minggu nan indah


Bagi ibu-ibu yang bersedia untuk hamil.Saya syorkan mengambil vitamin berikut :



VITALEA :
 Formula lengkap yang mengandungi 28 vitamin dan minerals.Zat besi yang merupakan komponen penting dalam hemoglobin.Membantu sel darah merah membawa oksigen kepada bayi.Akibat dari kekurangan zat besi dalam badan ibu hamil boleh mengakibatkan anemia.


B KOMPLEKS:
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. B1 B2 B3 B6 B12 biotin, pantothenic acid, dan Folic asid.Manusia tidak menghasilkan sendiri vitamin ini kecuali dari pemakanan dan suplemen tambahan.Sangat baik untuk sensor motor bayi,perkembangan otak bayi .Vitamin ini juga bertindak balas kepada sistem saraf yang dapat mengurangkan risiko kemurungan dan pemulihan selepas bersalin.


OSTEMATRIK :
Kandungan kalsium yang tinggi dalam satu tablet amat diperlukan bagi ibu hamil.Sangat penting untuk membina dan menghasilkan tulang yang kuat.Susu ibu mengandungi 40% kalsium penting untuk tumbesaran bayi.Dapat menangani masalah kerap kebas-kebas atau kekejangan ketika kehamilan terutama ketika memasuki trimester ke2 dan ke 3




VITAMIN C :
Merangsang penyerapan zat besi dan folik asid.Menghasilkan kologen untuk pertumbuhan otot,tulang dan tulang rawan.Vitamin c juga dapat meningkat sistem imun dalam badan.



OMEGA GUARD :
Mengandungi kepekatan EPA & DHA yang tinggi.ketulenan terjamin.Otak bayi mengandungi 70% dan otak dewasa mengandungi 60% daripada asid lemak omega 3 DHA & EPA.



ESP :
Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh badan manusia.indeks glisemik rendah yang sesuai utk pengidap kencing manis.Esp sangat penting dalam membantu penyerapan vitamin lain.


Antara testimoni pengguna Set Kehamilan Shaklee :






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan