Jumaat, 3 Januari 2014

Berita paling sedih dalam 2013

Dah 3 hari kita meninggalkan 2013..tapi masih terkenang memori semalam..
anak abg e ..abg ku meninggalkan dalam kandungan..bayinya dah berusia 7 bulan..
cerita dari k.ayu..si ibunya...
Pagi tu masih sibuk menguruskan rumah tangga..memasak dan menghidangkan makanan utk keluarga..
dah masak bersarapan terus ke sekolah..sebab semua cikgu2 dah start mesyuarat hujung tahun..
preoaration utk 2014..
lepas sarap terus ke sekolah..sampai sekola dala kul 8 pg..terasa memulas..
8.30..terus pergi tandas..tetiba darah kuar macam siraman air...
masih rasa larat menuruni anak tangga..tapi masa ni darah dah penuh dalam tandas  dan di tangga...
Masya Allah..dengar cerita..macam leh bayangkan jer..

Call abang e..bagitau mintak bawa ke hospital..sampai dihospital...
doktor periksa kandungan dah lemah...mungkin tak dapat di selamatkan..uri juga dah lekang..menutup laluan pintu rahim..jadi terpaksa dibedah dan nyawa ibu juga dalam bahaya sebab tumpah darah..

3 hari k.ayu berada dalam pengawasan rapi..xleh nak melawat...3 plastik darah ditambah sebab HB tgl 5!!!
pada hari SYUHADA dilahirkan..hari itu jugak syuhada dikebumikan...

petang dapat panggilan dari mak..terus ke rumah abg e..bayi dah di tutup dengan kain batik..bayi perempuan cukup sifat..terasa nak mengalir air mata..tapi ditahan2..syurga dah menanti...

lepas mandi dan dikafankan..syuhada disolatkan dan dikebumikan selepas solat isyak..mudah benar urusan pengebumian syuhada...

Memang benar hidup dan mati..aturan Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan