Sabtu, 23 April 2011

Jejak kasih...




aku dapat bertemu kembali dengan kakak sepupuku yang sangat rapat denganku semasa aku kecil lg...seingat aku last aku jupe dia masa dia dtg ke penang..duduk bersama aku berkongsi bilik ngn aku...masa tu dia kerja sebagai penjual di kedai dalam carrefour...masa tu dia baru pas Spm...dan aku baru nak amik SPM...

Sebenarnya keluargaku merahsiakan sesuatu dari dia...dia hanyalah anak angkat dalam keluargaku....Ibunya menyerahkan dia kepada arwah makteh aku yg ketika itu tidak mempunyai anak..atas dasar kemiskinan dan kekangan keluarga ibunya menyerahkan dia sejak dari bayi..dan ditukarkan nama serta Binti....

Rahsia terbongkar ketika itu usianya 18tahun....kerana kecewa dan berkecil ati....juga selepas pemergian ibu angkatnya....dia membawa diri ke Sabah dan bekerja sebagai tentera disana atas saranan pak menakan aku pakjang.....ketika itu usianya baru mencecah 19 tahun....

Sejak itu aku tak pernah berjumpa dengan dia lg...hanya sekadar mendengar cerita dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak....

Setelah 9tahun meninggalkan Kampung...malahan tak pernah menatap wajah Opah yang mengasuh dia dari kecil...Opah pergi menemui Pencipta...sekarang baru dia balik dan membawa perkhabaran yang menyedihkan....

Dia sudah berpisah dengan suaminya....malahan dua org anaknya berusia 7 dan 5 tahun ....ditinggalkan bersama ibu mentuanya..dan dilarang oleh suami untuk berjumpa....

Bagqi aku....Allah dah menentukan segala2nya....semoga menjadi pedoman buat kita semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan