Ahad, 25 Februari 2024

Trip to Thailand 2024 ( family day )part 1

 Alhamdulillah nak story kisah pergi family day di thailand

Hari Khamis kelam kabut kami pergi buat pasport di imigresen seb jaya. Solat subuh di petronas terus shot ke imigresen pukul 6.30pg sampai dah beratur panjang..Allahhh..

 Dalam Jam 3.00petang siap juga pasport ni..bayangkan pukul 6.30pg beratur pukul 3.00ptg baru dapt pasport perut mmg dah lapaq sgt teruih ke nasi kandar pelita. 

21/2/2024 

Jam 5.00pg dah bgn mandi amik

Wudhuk bertolak ke Perlis singgah solat subuh di gurun. Lepas tu terus ke changlun tunggu abang dan adik dengan mak dan abah. Jumpa di tempat ambil insurans kereta dah siap isi borang tm2 tm3 geran asal kereta insurans kereta beli online jer dah siap terus bergerak ke wang kelian - masuk Thailand ikut border Wang Kelian 

 Kat sini pasport kena sedia beratur dalam kereta ja lepas border Malaysia ni kena pi border Thailand, 

Amik kad putih isi dan beratur kat kaunter hanya driver beratur bersama borang tm2 dan tm3 sekali dengan geran. Untuk penumbang kena beratur juga di kaunter penumpang. Lepas tu hasben pergi ambil borang kastam dan cop.siappp.. bergerak la kami ke thailand…

Tempat pertama singgah di Satun ada masjid yg dibina sama seperti masjidil aqsa

 Dapat ke sini pun jd la.



 Perut dah lapar singgah makan di Pak Tam seronok mengorder sekali bayar 3650baht bersamaan rm450 gak..xpala 17 org makan kann

Lepas makan terus bergerak ke homestay di Pak Bara Best Hotel Pak Bara. Bilik selesa dan cantik owner dia pun ramah walaupun cakap macam ayam itik


Cuma disini xde masalah nak minum arak secara terbuka malam yg kami bermalam tu siap diaorg minum ramai2 depan bilik sampai mabuk2 busuk bau arak tu jgn tnyla. Lepas tu ajak semua anak2 masuk bilik tidur..

Ok nanti saya sambung utk part 2..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan