Jumaat, 15 Julai 2011

kisah ngndg lg..


Semalam 12hb julai 2011…aku pergi ke klinik muslimah…sebab aku tak pergi ke sekolah arini…so aku kena mintak cuti sakit ler….lepas awal pagi abi ke sekolah,kami pun bersiap ke umah opah….lgpun hannan takde org ngasuh..aku pun kena la ponteng sekolah sehari….

Dalam kul 8pg sampai di pasar pagi seberang jaya…tgk opah ada…tokyah dah pegi makan…so tgu la opah..sebab nak bawa opah sekali ke klinik….tapi opah lak buat lambat2….beli ikan la…makan la…nak solat dulu la…tergendala rancangan aku nak memotong kain buat baju raya…

Kul 11.00pg baru bertolak ke klinik muslimah…sib baik org tak ramai…jadi tak la lama menunggu turn…so memula tu diaorg mintak aku pegi kencing dulu…pastu tgu luar jap sambil tengok gadis melayu..nama pun dipanggil…

Berjumpa la dengan doc rosnah…so aku pub cite malam semalam 3x aku jadi tarik menkarung…ofcourse la sebab kurang amik kalsium…pastu timbang berat badan…dah naik ckit 57kg…sampai la time menscan….

Baring jer atas katil tu doc mula menggerakkan alat tu…nama apa ntah…anak sihat…kandungan memang 37minggu…kepala dah rendah sangat..dekat pintu keluar…air ketuban pun ok…jantung anak pun sihat..Cuma time ukur berat baby…doc ckp cam comel jer anak aku kali ni..dah 37minggu anak baru 2.2kg…masa hannan dulu beratnyer 2.7kg.chumel2 jer anak2 aku ni…Tuhan nak bagi senang bersalin kot….meh kita tgk gambo baby kali nie…

Takat tu jer la perjumpaan aku ngn doc rosnah…dia bagi ubat lawas kencing,kalsium,antibiotic,ngn iberete…terkejut jugak misi kata rm120..huhuhu….camtu la kalo pegi klinik swasta ni….tapi yg bagusnyer pulak..sebab aku tahu ubat2 tu semua mahal.aku makan tak tgl pun…

Cite pasal tempat bersalin ni…inilah yg paling ku risaukan….aritu mcm tekad jugak aku nak pergi bersalin di hospital kerajaan tapi jari aku ni cepat menaip kat en google(pengalaman bersalin di Hospital Pulau Pinang)

Ada satu kes ni yg ditulis sendiri oleh tuan punya blog…dia cakap dia seorg cikgu.so mmg duduk wad kelas 1,tapi hosp ni mmg dah lama so kelas 1 dia mcm hosp zaman P.Ramlee tu..ada wayar2 hitam yg tersirat..malam2 nak tido pun masih terbau2 hanyir lipas dalam sinki…tapi wad tu mesra bakal ayah jadi suami boleh tgu bermalam…masa bersalin pun suami dia tgu..Cuma dia kata masa dia betul2 dah nak bersalin tu..ramai ler doc2 pelatih mengkerumum katil die…org dah la sakit terdengar plak suara2 lalat yg mengganggu..tak tenang org nak bersalin….kalau aku la mmg la time tu dah sakit giler..tapi malu gak kalu jadi tontonan umum…pastu siap doc pelatih lelaki india plak yg jahit….aduiiii….bersirat darah aku membaca…

Kes no 2…dia letak nama makmum masjid….kes ni bukan ler berlaku di hosp pulau pinang..tapi berlaku di hosp kerajaan la..sekitar Klang…cite dia gini…si isterinya ke klinik utk check perut biasa..tapi misi kata jantung anak diaorg cam lemah..jadi buat surat refer ke hosp…jadi si suami ni membawa si isterinya ke hosp berkenaan untuk buat CTG…(check graf jantung anak) tapi yg tak bestnyer org ramai kat hosp tu…jadi ader la doc letak tirai kat tepi pintu untuk check ibu2 ngndg…sampai turn si isterinya si suami tak dibenarkan masuk…bila si isterinya kuar dari tirai tu macam seedy jer jadi si suami bertanya…si isteri mula menceritakan…doc yg memeriksanya itu doc lelaki india…di suruh buka pakaian..Cuma dipakaikan sehelai kain menutup bahagian bawah…nak check graf jantung anak…tapi doc tu check bukaan rahim…malu2 si isteri diseluk begitu,si doc tu tersengih memandang wajah si isteri…

Selepas berlaku peristiwa itu si suami bertekad membawa si isteri ke klinik swasta supaya aurat isterinya terjaga…apalah sangat nak dibandingkan harga yg diletakkan dengan maruah seorg wanita islam..mmg ada org cakap rasa sakitnya tetap sama,tetapi kalau di hospital kerajaan yg belum tentu siapa doc yg bakal menyambut kelahiran anak kita,siapa yg menyeluk alat kemaluan isteri kita,kenapa kita mesti berkira….camtu la citernya…..apa lg yg aku nak komen tntg hal ni..huhuhuhuh

Kes ke3 laks…kalau korg boring baca takpe..aku nak luah kan jer kerisauan ati aku nie…kes ke 3 ni…aku dengar dari kak dee..kawan sejawatanku…peristiwa ini berlaku beberapa bulan yg lepas jer…si isteri bakal melahirkan anak sulungnya jadi si suami membawa si isterinya ke Hospital pulau pinang…setelah di seluk berkali2 oleh doc2 pelatih yg berlainan bangsa dan agama…si suami jadi tak tentu arah melihat isterinya di perlakukan begitu…jadi dia sanggup membawa si isterinya keluar dengan menandatangani surat dan bertanggungjawab atas semua yg bakal berlaku ke atas isterinya…selepas tu dia admitkan isterinya ke hospital pantai pulau pinang( Private hospital)

Keputusannya…aku ni masih tak tahu lg….betul tak nak membebankan suami..tapi kalau camtu sekali diperlakukan sanggup kah aku….kandungan aku semakin membesar setiap hari…setiap pergerakan pun terbatas…bila igt bukannya aku bersalin tetiap bulan setakat rm1500-rm2000 tu takkan la abang nak berkirakan…aritu aku ada dengar abang bercakap ngn mak dia dlm tel…katanya mungkin aku akan bersalin muslimah jugak…senang ati aku dengar…entahla…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan