Rabu, 19 Mac 2014

Warna air kencing kekuningan selepas ambil B Kompleks

Siapa yang pernah ambil B kompleks akan perasan air kencing berubah warna jadi kekuningan yang agak terang..RISAU???jangan terus panik...perkara itu normal..

Saya sering juga menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah kuning yang terang, macam warna vitamin B-Kompleks tu. 

Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :

  1. Kuning Pucat - normal 
  2. Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Kompleks 
  3. Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks 
  4. Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati 
  5. Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C 
  6. Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang 
  7. Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan 
  8. Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Berdasarkan panduan di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal. Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. 

Pada peringkat awal pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus meningkatkan pengambilan air.

Memula ambil B kompleks memang terkezut tgk air kencing berwarna kekuningan..dan risau effect pada buah pinggang.Bila buat pemerhatian dan bertanya kepada yang pakar doktor dan nutrisinist baru paham dan tak risau lagi..


Fathiyyah 012-5862274

Tiada ulasan:

Catat Ulasan