Alhamdulillah anak dapat panggilan temuduga ke SMKA SAF ni. syukur Alhamdulillah. lepas la PKSK bila dipanggil temuduga ni setakat hari ni SABK DAERATUL WATANIAH dah berjaya. mendaftar 6/12/2025 ni. sekolah feeder SMK TELOK AIR TAWAR. hari ni menunggu keputusan SABK MAAHAD MASHOOR ISLAMI di Balik Pulau pulak.
Murah betul rezeki si Aufa ni.
Awal pagi lagi dah keluar rumah jam 6.15pg lepas solat subuh keluar sama2 dengan hasben yg nak pergi bilik kebal di SMK AHMAD SAID untuk paper SPM. sampai disana pukul 7.15pg dah rs lapar pulak.lepas masuk sekolah tu kami keluar balik untuk sarapan. dan hantar Aufa semula jam 7.39pg ngam2 exam mula 7.40pg. sedap pulak sarapan di Nibong Tebal ni.
lepas dah hantar Aufa mula la mencari tempat nak lepak. tak tahu betul nak kemana pergi parking kereta depan kedai cermin mara Awana tempat buat cermin mata kami anak beranak. dalam sejam lepak situ dalam keta baru teringat nak pergi cuci kereta yg belemuih.. lepas tu patah balik keta baru teringat SMKA SAF. teringat nasi lemak makcik pg td singgah pulak bungkus buat bekalan sebelum nak sampai rumah.
sesampai jer di depan pejabat nampak jer Aufa baru turun tangga. Alhamdulillah settle temuduga untuk hari ini. memacam tanya dia. soalan apa tny. surah apa hafal? surah apa kena tulis? ustzh kata apa.dia jawab tenang jer. boleh la tu kot. inshaAllah..doakan Aufa berjaya na. Aminnn
lepas temuduga tu terus balik keta baru teringat Butterworth sebab Aufa nak pergi sekolah. ada sesi fotografi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan