Rabu, 10 Disember 2025

Pengalaman Monjauro 5th dose.

 Baru perasan masa 4th dose of monjauro xde cite pun dalam nie. sibuk apa ntah lupa nak amik gmbr. asyik simpan video jer.

kali ni baru jer lepas cucuk terus update blog. lately byk pulak review pasal monjauro ni. ada yg positif. ada yg negatif. biasa la hal2 perubatan ni. mmg ramai yg nak jadi doktor. pakatbuat fatwa sendiri. mcm terpaling tau. bg saya. ada keinginan, ada duit try la. kalau xmau xsuka xpayah nak kecoh2 dalam media sosial. lain gelanggang lain caranya. 

Jangan pelik kenangan kdg ada sesetengah org berada umur dah byk.boleh masuk kategori makcik2 dan opah2 tp still lawa. sebab apa sebab diaorg spend byk dekat body dan face diaorg. kita ni. nak beli skincare pun berkira xpyh la nak kondem hal2 orang. buat mengata dan byk dosa jer. sekali benda tu xmelanggar syarak silakan. pastikan patuh syariah dulu. kalau terang2 haram. tinggalkan. byk yg nak jadi doktor2 jadian dan ustaz ustazh jadian sekrg. 

ok patah balik bab monjaora today dah dose ke5. alkisahnya dah 4 weeks bermonjaro baru 3.7kg turun. ada yg cakap xberbaloi la spend about 1.3k utk turun 3.7kg jer. baik diet sendiri. turun berat air dalam badan jer tu. oh silakan la berdiet. yg cakap tu silakan. 

dah turun berat tp sememangnya ukur lilit pinggang dan punggung serta paha xberubah2. turun pun 1-2cm jer. adala sikitttt sakittt hati tu..sebabnya walaupun dah bermonjaro kita tetap kena jaga pemakanan, excersise, xde nya berbaring 24hours boleh kurus. dan peliknya sebb ukur lilit tu xberubah doktor consult suruh upkan dose.


My lovely pen monjaro. amik ni sorok2 guys. xde bgtau sesiapa pun. even hasben pun xcite. kalau cite ni xtau la mcm mn feedback dia. dah 5weeks ni mmg zip mulut rapat2. tanggung side effect sensorang. anak2 pun xcite. tp sampai today xde lg yg tegur kurus ke apa. semua busy kot no. xdan tgk saya ni aaa..


ni jarumnya. xbukak lg penutup tu. jarum dia kecik dan pendek jer. xsakit pun. siap dah sedia alkohol tisu. lap dl kawasan nak cucuk tu bg sejuk2 baru cucuk. cucuk sendiri yer. dah addicted mcm penagih dadah pulak. hahahah. xde la gurau jer tau..

ni dose lama 2.5mg. start november. kgn pandang sebelah mata dose ni. walaupun nmpk mcm sikit badan ni dah rasa. mcm2 mn cerry berry. nak termuntah, makanan semua tolak. xboleh masuk.even air kosong pun rs xboleh masuk. side edfect ni berbeza ikut ketahan badan seseorang. jadi saya ni kategori sensitif dgn ubat. jd badan selalu bg refleks menolak sebarang bendasing.

 Dan todayyyy. 5mg guyssss. doakan saya tau. semoga xde sife effect teruks2. doctor dah suggest dr last weeks supaya upkan dose. tp sebab xsanggup menanggung side effect tu. jd xberani takut. risau. mcm2 ada. kali ni diberi kekuatan. dan tau ubat apa nak cr kalau cirit birit. demam. muntah dan sedia seksiap. 

Kali ni time nak cucuk tu. ok. masa nak tolak penutup ungu tu mcm ketat sikit. yerla kan baru nak tey 5mg. dia ketat sikit. berhenti kejap tarik nafas dan push balik button tu. lepastu lancar sampai ke kosong balik. Alhamdulillahh settle.

okla nak pergi buat kerja rumah sikit. sambil melayan rs monjaro ni bergerak. boleh rasa tau kat mana dia menjalar. sabor jer la..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan