Khamis, 8 Mei 2014

Pembedahan gigi bongsu

Dah 2 hari cabut gigi..bukan sebab gigi rosak..tp sebab gigi bongsu tumbuh menyerong..serongnya mengganggu gigi2 yg lain...

ritu cabut sebab gigi dah rosak..dan gigi bawah dah naik bernanah..nak tak nak kena cabut jugak...tp gigi kali ni xsakit sangat
.tp.xsanggup nak lalui zaman gigi bernanah tu..lagi sakit..sampai mntk kat doktor..plz cepat2 buang..sebab sampai rasa nak demam..kepala ni rasa panas je..berpinar2..

jadi utk gigi kali ni..rasa nak cepat buang sebelum terjadi mcm tu...tapi kali ni rasa sakit laa..2 hari xberani makan nasik..mulut mmg xleh bukaka..hari pertama cabut gigi..terus tido..sampai esok pagi..terjaga setakat.mnm air jer..itu pub xtertelan..air liur sendiri pun rasa perit nak telan..huhuhuhuhu..nak jaga gigi baik2 dah...sebab gigi bongsu semua dah tumbuh..jadi nak jadi bernanah mcm aritu rasanya dah xde kemungkinan nak jadi lagi...huhuuhuhuhu...sayang gigi tau..tapi klu simpan jadi lagi sakit
.kena buang jugak


Ni la.gigi kesayanganku yang dibuang...sapa tak sayang gigi oii..

Ok..nak cerita skit pasal gigi bongsu..selalunya gigi bongsu akan tumbuh pada usia 18 - 30 tahun..gigi bongsu ini adalah gigi geraham kita yang ketiga..
ada golongan yang langsung tidak tumbuh gigi bongsu..
ada yang tumbuh dengan baik..dan secara xsedar 4 batang gigi bongsu tumbuh tanpa sebarang kesakitan..kalau nak tau gigi bongsu dah tumbuh ke belum..ambil cermin..kira..set gigi seorang manusia dewasa ada 32 batang...kalau 28 batang bermakna gigi bongsu belum tumbuh...

permasalahan mengenai gigi bongsu.bila dia nak tumbuh tetapi keadaan gusi dan rahang gigi yg xcukup luas utk dia tumbuh dgn baik..keadaan inilah yg berlaku dekat saya..

Tiyah alami masalah PARTIAL ERUPTION..bila mana gigi bongsu tumbuh dalam keadaan agak menyerong..dah tidak tumbuh kesemuanya.pertumbuhan gigi berhenti setakat itu..sisa2 makanan yng tidak dapat diberus oleh berus gigi melekat dicelah gigi
.akhirnya mengalami infection dan sakit gigi..gigi tu la yang dibedah utk.dibuang...
rasanya?? Semalam lepas cabut..mmg xleh bercakap..sembang dgn hasben tulis atas kertas jer..hahahhaha..romantik kan?siap dapat mkn ais krim lagi...bangun pagi tadi..time meludah masih berdarah..xmampu lagi nak berkata2..jadi MC lagi...
insha Allah esok dah start kerja..2 hr xjamah nasi..minum air jer..bukan xlapar tapi sakit..hihihihihi..leh le memurunkan berat badan lagi...
ok la korang..nak berehat dah nie.nak simpan tenaga for tomorrow..mcm mn nak ngajar la esok kan?? Mmg xbercakap ler..








keadaan ni kita tahu bila.melakukan X ray..doktor akan jelaskan kondusi gigi kita..

Selasa, 6 Mei 2014

Bahaya - tempat mainan kanak- kanak dalam supermarket

Hari ni entah tergerak hati en suami ajak pergi ke Tesco..lama dah rasanya xsampai sini...sebab sejarah tesco ni agak kureng baik..bagi keluarga kami laa..

bukan sebab pe..kami pun pelik gak..asal balik jer dr tesco mesti demam n selsema..disertskan dengan batuk berkahak..pastu sure nebulizer..ampun..xmau dah bg diaorg neb tu..meraung2...kata doktor kalau diaorg menangis tu lagi baik..sebab diaorg akan sedut gas tu dalam hingga ke paru2 dan mencairkan kahak yang ada disitu..

itu teori doktor la..tp si ahmad afnan tu..dah jadi imun kot dgn neb tu..kalau neb pun susah ler kahak dia nak kuar sampai buat wap sendiri di rumah..guna vicks kanak2 tu..nanti akan ku kongsi cr buat wap sendiri tu..

berbalik kepada cerita yg memelikkan tu..bila pergi jumpa doktor..mesti dia tanya..semalam ada pergi mana2 ker? Xpun pergi main tempat mana2 ker?..itu soalan doktor la..jdi angguk jer dan bgtau pergi tesco..dan main ditempat mainan kanak2 tu..tak kira la yg kena tukar duit jadi coins tu..atau guna rm1 atau playground yg kira tu or kena bayar rm3 sejam tu..semua tempat tu bahaya..



sebab pe bahaya? Perasan tak.bukan semua kanak2 yg main kat situ sihat..siap ada yg berhingus lagi..pernah tgk sorang mummys ni bw anak dia yg demam campak main disitu..jd kebarangkalian jika sistem imun ank kita lemah..penyakit ini mudah berjangkit.

lagi pula tempat permainan itu tidak terkena cahayamata jadi tiada cara utk menyahmatikan semua virus2 itu..jadi semudah itu anak kita juga akan sakit , demam , selsema bila pergi bermainan tempat2 mcm tu..

kalau pergi ofkos ke situ la tempat diaorg akan tuju...nak tak nak..kalau tak nak bagi diaorg main..xpayah pergi terus...

Sistem imun kanak2 sgt mudah terjejas..ini sebab mereka masih kecil dan sistem imun mereka belum matang sepenuhnya..jadi bekalkan yg terbaik utk mereka..





Mealshakes ni adalah pelaburan jangka masa panjang..selain meningkatkan sistem imuniti anak dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral,Ia juga membantu meningkatkan selera makan anak dan mencegah masalah sembelit.

Bagaimana yang tiyah maksudkan dengan pelaburan jangka masa panjang.Jika anak kita sering mendapat sakit,mereka tidak dapat menerokai zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan daya kreativiti.Jika kita sering memberikan ubat sintetik, Ini akan mempengaruhi kecerdasan minda mereka dan mereka sering kelihatan lemah dan tidak bermaya.

Anak adalah tanggungjawab yang Allah berikan tugas menjaga mereka dengan sebaiknya kepada kita.Dengan penuh kasih sayang dan kelembutan hati didikla mereka dan penuhi zaman kanak-kanak mereka dengan kenangan indah yang sentiasa mereka pahatkan didalam hati.

***********************************************************************************







Ahad, 4 Mei 2014

Sembelit dikalangan Bayi dan kanak-kanak


Kesian tgk anak kita..sukar nak membuang..nak bagitau xpandai lagi..menangis la setiap kali nak membuang yang besar..Kebiasaannya najis keras dan berhari-hari bayi tidak membuang najis.

Masalah ini perlu dirawat dengan kadar segera

Apakah punca Masalah sembelit dikalangan Bayi??

  • Bayi atau kanak-kanak yang minum susu formula kerap terkena sembelit.berpunca dari ketidak sesuaian dengan sistem pencernaan bayi yang tidak dapat memproses sumber protein dari susu formula.
  • Bayi mula mengambil makanan pepejal.bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan pepejal juga kerap mengalami masalah sembelit. Walaubagaimanapun masalah ini akan berkurangan bila sistem pencernaan bayi sudah mulai matang dan mampu memproses makanan.
  • Apabila bayi sudah mula mengambil pepejal tetapi kurang bendalir dalam badan dan kurang minum air menjadikan masalah sembelit ini berlaku.
  • Bagi kanak-kanak pula kurang mengambil makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
Bagaimana cara mengatasi masalah sembelit dikalangan bayi??

1) Mandikan bayi anda.
Jika bayi menangis dan seperti meneran sila bawa ke bilik air dan mandikan bayi anda.Rasa tenang dan segar dapat membantu bayi anda membuang dengan selesa.Ketika mencuci bahagian bawah boleh diletakkan petroluem jelly dan tiyah amalkan meletak sedikit Basic H area tempat keluar najis.

Seperti Aufa dah boleh berdiri dan bermain air, tiyah biarkan dia bermain dengan air dan sabun tanpa memaksa bayi kita meneran.sambil itu kita boleh membantu dengan mengurut perlahan perut bayi.

2)Mengurut dengan lembut perut bayi
Cara ini kita boleh mulakan dari pusat dan membuat urutan ke luar kawasan perut bayi dengan lembut.Jika Bayi anda selesa melakukan boleh diteruskan samada ketika mandi atau sesudah mandi gunakan krim atau minyak bayi Baby oil untuk tujuan ini.

3)Jangan mengunakan jari
Jangan menggunakan jari anda mengorek najis keluar.Ini dibimbangi dubur dan saluran najis bayi terluka dan lebih memudharatkan bayi

4) Ambil makanan berserat tinggi
Jika bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal.Ibu-ibu boleh membuat puri berasaskan buah-buahab dan sayur-sayuran seperti puri pisang dan betik atau puri sayur-sayuran seperti brokoli dan sebagainya.

5) Tukar susu formula
Jika bayi anda minum susu formula.Ketika ini anda boleh berfikir untuk menukar susu formula kerana dibimbangi tidak sesuai dengan bayi anda.Sila baca label pengambilan dahulu sebelum memberikan kepada bayi anda.Sila ikut sukatan yang diberikan

6) Sila berjumpa dengan pakar perubatan
Jika masalah masih berlarutan dan berlanjutan sila dapatkan rawatan dari pakar perubatan utk mengatasi masalah ini

**********************************************************************************

Produk Shaklee membantu masalah sembelit dikalangan kanak-kanak

ikuti testimoni pengguna seorang ibu yang memberikan melashake vanilla favour kepada anaknya..


Antara produk yang disyorkan iaiah Mealshakes french vanilla favour...Cara pengambilan Mealshakes telah saya sertakan dalam entri yang lepas.


**********************************************************************************


Sabtu, 3 Mei 2014

Testimoni Mealshake

Mealshakes - pelaburan terbaik untuk anak-anak kita

Sekarang ni anak-anak kita kerap kena demam selsema batuk kan?
perasan tak kesian..sebenarnya anak kita ni kecil2 lagi ke taska nursery.Baru umo 3 4 tahun..
bila dah hantar ke Taska yang kita tak kenal pun dengan ibubapanya..Hantar Pagi sIhat jer..bila ambil petang dah kena selsema batuk..dah jadi kebiasaan dah..

Yea..kalau ada pengalaman cenggini..saya sarankan ambil langkah pencegahan
sebelum dah start demam dan selsema!!






Masa ni kerap ke klinik pakar kanak-kanak MEDICKIDS...sekali pergi RM100 lebih..bila hannan dah kena afnaan mesti jangkit sekali..

Alhamdulillah mereka semakin sihat dengan Mealshakes..

Ikuti testimoni Puan Rafaliah memberi Mealshakes dan Omega Guard untuk Irfan anak kesayangannya...
Irfan di diagnose mengalami masalah kesihatan ASMA sejak berumur 5 bulan lagi..

**********************************************************************************






Kesimpulannya..



-Puan Rafaliah tetap bersabar memberikan yang terbaik kepada simanja beliau yang di diagnose menghidap asma...meskipun kesannya nampak lambat hampir setahun, tapi beliau berpuas hati kerana sepanjang tempoh itu anaknya tak perlu neubulizer lagi.


-Puan Rafaliah menjarakkan tempoh pengamilan Omega Guard 3 kali seminggu dan jika irfan diserang asma setiap malam diberikan kerana omega guard juga mencairkan kahak


- Dalam masa yang sama Puan Rafaliah mengelap badan Irfan dengan Basic H ditengah malam dan mandi dengannya ketika siang.


- Doa dan harapan kembali pada Allah yang Maha Esa.


Ikuti kisah Puan Rafaliah dan Irfan dalam Blog Umi Irfan

**********************************************************************************


cara nak makan Mealshake

Seronok update pasal mealshake nie..
biar 100entri pun xpe...
hehehehehehe..
why? Why ?
Sebab testimoninya adalah anak2 tiyah sendiri...

zaman xkenal mealshake..xpernah terfikir nak bg suplemen dkt anak2..sedangkan masa tu..lepas jer bercerai susu badan..kerap demam selsema..dah xdapat imuniti badan dari susu ibu lagi..tp nak buat mcm mana..afnaan sendiri refuse sebab umi de adik dlm perut..terus xmau susu badan..sedangkan.masa tu dia baru umo 9bulan..dan susu ibu pun byk...igt nak tandem nursing..teruskan jer sampai bersalin nanti..rupanya afnaan sendiri yg xnak..

lepas tu..afnaan salu kena batuk selsema dan berkahak..masa ni afnaan dah mula amik susu formula..bertukar memacam jenis susu..de yg sembelut..sampai la dia muntah2..mmg susah nak bg anak mnm susu formula nie..huhuhuhu..masa tu la demam selsema menjadi2..imuniti badan menurun..cuma xsampai tahan wad sebab umi dan abi salu ngelat bila doktor suruh admit ward..kami jaga sendiri jer..

bila badan naik panas..guna termometer tu..nak tahu bacaan suhu.. ( masa ni memacam termometer ada ) tp yg paling senang yg digital la..kalau tahap panas..memang lap badan dgn air ais..sebab nak turunkan suhu dan xnak jadi tarik..

tapi Alhamdulillah...kita ikhtiar Allah yg sembuhkan..lepas consume mealshake secara berterusan..demam pun semakin jarang..selsema pun de kena jugak sebab baru2.ni tukar taska..tp xde teruk mcm dulu...tak bergantung sgt dgn ubat..pagi badan mcm panas skit..tp petang dh sihat..Alhamdulillah...

Macam mana cara nak amik mealshake ni?
Tiyah salu suggestkan mealshake sesuai utk baby 1 year above..klu masih bayi dan minum susu ibu..jadi ibu jer la yg ambil..dan salurkan kepada bayi...



1) boleh dicampurkan dalam susu botol...
Satu sudu teh mealshake dalam susu botol..sekali jer sehari..dah memadai..



2) Masukkan dalam minuman kegemaran..
kanak2 yg sudah mahir minum dalam cawan boleh dibancuh dgn air minuman kegemaran masing2..milo , horlicks , air coklat , susu penuh krim..


3) boleh dikisar bersama jus buah-buahan..
jadikan minuman enak dinikmati bersama jus buah - buahan kegemaran anak2..jus carrot , jus oren , jus epal..sedapnyer..



4 ) boleh jugak dibuat aiskrim..
 dibancuh dgn minuman kegemaran dan dibekukan dalam peti ais..pasti kanak2 gemari rasa ais krim vanilla..

update kisah rumah baru

Tadi singgah rumah baru lagi..hehehehehhe..
minggu lepas 29/4/2014 hari selasa..lepas sekolah bergegas ke TNB kepala batas nak daftar elektrik rumah baru..pesanan nyer..tempoh nak pasang cuma 2 hari masa bekerja..jgn kunci mangga pintu pagar rumah...korang tahu berapa cagaran bil elektrik rumah? RM500 ....hahahahahha...mahal giler..nasib baik main kutu..kena plak bulan ni dapat..leh la nak tampung skit2...kalau tak senyap jer la..

lepas tu canggah pi PBA.nak masuk air plak..cagaran air tak mahal sangat RM100 jer...pergi sorang2 jer sebab kalau tgu en hasben..dia balik sekolah dah kul 4..singgah pejabat pos..nak pos barang order orang...SHAKLEE ler...keje yg best..dan income boleh tetap sendiri..rajinskit..banyak la skit..rajin kurang..kurang ler...hahhahahah...

hari ni servey rumah..TNB dah pasang elektrik..cenggini la mother tu..pandai2 letak nama sendiri..




cuma air belum.lagi..maybe minggu depan kot..tgh menimbang2 nak renovation rumah..telly dgn kewangan sekali..xtau la byk mn..servey2...nak renovate bhgn bawah saja dah rm14ribu..baru tambah rumah..belum kitchen kabinet lagi..

en suami nak renovate tingkat atas sekali..rasional dah duduk nnti mmg xde tambh2 dh..sebab dah pindah..pernah tny 2 tingkat diaorg nak rm40 ribu...fuyooo..nak cr mana tu...Shaklee..help me..hehehehehehhe....

tgh bersabar dr berpindah..sebab tuan rumah yg sedang kami sewa ni nak duduk rumah nie..ye la rumah org..byr dah dkt 5 thn pun..tetap rumah org...tiyah beli rumah ritu pun loan bank ISLAM..sebab belum sahjawatan lagi..tgk la nak convert ker mcm ner..

Yg pasti mesti ada satu rak utk display produk SHAKLEE..dalam rumah..masa tu kalau de customer yg nak tengok sendiri..leh dtg rumaah terus...seronoknyer..impian dan cita-cita nie...doakan termakbul...AMINNNNN.....


seronok ajer bebudak tu  tunggu basuh en merah dan pn putih...dah sama beso pun kanak-kanak nie...

Jumaat, 2 Mei 2014

promosi Mei 2014

Semalam termimpi2 mealshake...rupa rupanya..promo Mei ni mealshake..patutla...hehehheheh...nampak gayanya kena grab satu set simpan rumah ler..sebab anak2 tiyah mmg minum mealshake nie...
dulu amik sebab diaorg salu demam.batuk dan selsema..sejak amik ni..dah berkurangan.
.jadi kurangla menghabiskan wang ringhit ke klinik..sebab klu diaorg ni demam..mmg klinik pakar kanak-kanak ler jawabnyer..sorang dah rm100..sorang demam sure 3 lagi ngikut..memang kena spend lebih skit dkt diaorg..tp lepas consume mealshake..Alhamdulillah...ni testimoni anak2 sndr la..pernah dl afnaan batuk berkahak teruk..sampai pergi hospital bagan specialist..sekali dgn hannan..rm600 melabur situ...huhuhuhu...



Antara Manfaat Mealshake kepada kita

Nutrien Lengkap - mengandungi 24 jenis vitamin , minerals dan zat yang diperlukan oleh tubuh kita

Membina nutrien dalam membina sel - Mengandungi protin yang tidak mengandungi laktosa yang membantu membina sel-sel dalam badan seperti kulit, rambut , kuku dan sebagainya

Membantu membina tumbesaran - mengandungi sumber asid amino mineral yg membantu membina tumbesaran kanak- kanak

sempena bulan puasa yang bakal tiba xlama lagi..elok ler sgt bersahur dgn mealshake + esp + perfomance drink...memang rasa bertenaga dan nyah penghidratan..
jadi rasa bertenaga dan kurang haus..

Makanan segera utk mummys yg bz..tapi nak sediakan makanan yang berkhasiat utk anak..gaya hidup yg lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak- kanak xpunya waktu utk duduk diam menikmati makanan yang seimbang..sebab itulah mereka perlukan pilihaan makanan segera yang baik utk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik seumpama shaklee mealshakes...

Rahsia Alam Rahim 5 - 9 minggu

Sambungan dari minggu 1 ke 4..seronok taip entri nie..mengimbau kembali kenangan yang lalu...Pada masuk minggu ke 5,Masa ini kita akan sedar..bulan ni haid datang lewat dari biasa.Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur kita akan sedar dan ternanti-nanti kenapa lewat.Walaupun begitu, kita dinasihatkan supaya meninggu hingga hingga lewat datang haid 2 -3 minggu.Ini kerana jika kita menggunakan alat pengesanan kehamilan yang biasa terdapat dipasaran, alat berkenan belum dapat menentukan secara benar kerana kehadiran hormon yang rendah dalam air kencing wanita hamil..Pernah tiyah taip entri  pasal mengesahkan kehamilan dalam blog ni. 
 
***********************************************************************************
Minggu ke 5


Jantung embrio sudah mula berdegup dan mengepam darah . Jantung terbahagi kepada dua ruang . Saiz embrioadalah sekitar satu perempat inci/ setengah sentimeter panjang dan lebih mirip anak berudu daripada manusia.

Organ utama , termasuk buah pinggang dan hati mulai membesar.Tiub saraf, yang menghubungkan otak dan tulang belakang , akan mulai tertutup minggu ini.Tunas atas dan bawah embrio mulai tumbuh- ini akan membentuk lengan dan kaki bayi. Usus pula sedang berkembang.

Dibawah pembukaan ini akan membentuk mulut bayi, lipatan kecil dimana leher dan rahang bawah mula terbentuk

Minggu ke 6

Berakhirnya minggu ini, saiz bayi seperti kacang.satu tanda hitam dan bentuk kepala yang besar dimana pembentukan awal mata dan lubang hidung.
Kemunculan telinga dan kaki mula menunjukkan tunasnya.Tangan dan kaki berbentuk seperti dayung dan jari jemari mula terbentuk

Minggu ke 7

Bayi anda masih bergelar embrio kerana ia masih kekal memiliki ekor yang kecil, yang akan hilang dalam masa beberapa minggu lagi. Pembentukan jantung dan otak semakin rumit, kelopak mata mula terbentuk, hujung hidung juga sudah muncul dan lengan mula membengkok sedikit.







Minggu ke 8 


Ekor yang kecil sudah menghilang daripada embrio.Ia sudah rasmi dikenali sebagai fetus. Ia adalah peringkat kritikal dimana organ-organ bayi mula terbentuk.Bayi sudah mulai bergerak walaupun anda tidak dapat merasainya.







Minggu ke 9 

Berat bayi anda dibawah 10 gram. semua bahagian tubuh telah ada,Ini termasuk tangan kaki,mata, alat kelamin dan organ lain.walaupun mereka belum terbentuk sepenuhnya.

credit to Pa & Ma magazine keluaran Januari 2011

***********************************************************************************

Masih menanti kehadiran cahaya mata?
Boleh kita berikhtiar dengan Set Kesuburan dari Shaklee..



Menjadi suatu kebiasaan bagi pasangan yang berusaha untuk hamil mengambil produk kesihatan untuk kedua-dua belah pihak, Suami dan Isteri untuk mendapatkan kesihatan optimum .

Antara Testimoni Pengguna yang berjaya hamil