Ahad, 31 Mac 2024

pengalaman masuk hospital kpj 2

 ok rini nak sambung pengalaman masuk hospital KPJ. lepas dah buat CT SCAN , ULTRASOUND dan XRAY, doktor bgtau bebas appendiks Alhamdulillah..tp

aa ada tapinya dalam ct scan dah nampak ada batu karang dalam buah pinggang. xla byk dan besar mana tp kalau buang air kecil sakit sgt, sebelum masuk hospital ni dah byk kali kena kencing kotor. rupanya batu karang la penyebabnya. jd sesapa yg selalu kena kencing kotor sapa yg kena je rs sakit mcm mn. pergi la ceq kot2 ada batu karang.

sebelah kanan ada bati karang sebelah kiri ada cyst dekat ovari, ujian ramadha 1445 kali ni.. jadi doktor buat surat refer ke hospital metro SG petani, series la trauma masuk hospital xhabih lg dah kena pergi hospital lain pulak.

jadi lepas 3 hr bertapak di KPJ doktor bg check out utk ke hospital Metro plak. hari Sabtu dah boleh cehck out, boleh keluar hospital rs mcm boleh keluar penjara. jalan still slow2 lg sbb masih rasa sengal2 lg.

Sejenis degil dan penakut xpergi pun hospital. balik rumah rehat. esoknya hantar anak2 pergi asrama. bermula la bercuti dirumah.

Hari isnin hasben bawa pergi jumpa paklong pakar batu karang..wlupun rs hati nak berapa berkenan dgn rawatan traditional ni, tp hasben yg beriya sgt nak bawa kesini sebab baru2 ni mak mentua pun sakit batu karang. lepas buat rawatan kat sini batu karang mak dah nak nampak hilang dr radar. ( dr kawasan buah pinggang dan pundi kencing )

bw jer semua detail hospital tu ke paklong dan dia suggest minum jus yg dia buat. xpela kita cuba dulu, mana tau berkesN. klu masih sakit lg serah diri ker la kat hospital utk dibedah. 

klu ada yg nak tahu kat mana boleh buat rawatan traditional tu boleh pm tepi ok. next update inshaAllah nak pergo scan dan nak tgk keadaan batu karang dan cyst tu

Jumaat, 29 Mac 2024

Pengalaman masuk hospital KPJ

 15/3/2024 bersamaan 4 Ramadhan 1445 berbuka puasa kat Prik Thai Kepala batas, sebelum buka puasa tu singgah karnival Mahabbah jalan2 beli air coklat,".

dah dekat bukak terus ke kedai sbb dah orde rmakanan..seronokla kan bukak puasa kat luar selalu asyik buka puasa di Masjid jer.

Buka puasa tu order nasi goreng suami dgn anak makan nasi putih. azan jer terus makan minum air milo campur dgn roti john. kenyang sgt bgtau suami xleh makan dah ni. seeh perut. tp jenis husband selagi xhabis makan juga terpaksa la suap. juga.

bermula la rs perut memulas mcm nak ke tandas solat maghrib di masjid Abdullah Fahim. masa nak tgu isyak tu Allah perut xsedap betul dengan beratur sbb ramai. budak2 pulak boleh melawak bergurau dgn kawan2 dia. aduss..

lepas masuk tandas masuk la ke masjid menunggu isyak. masa ni rs xleh nak duduk pun dah baring makcik2 tu marah plak. solat isyak pun terpaksa duduk xmampu nak berdiri pun. lepas solat terus call suami bgtau nak balik..

Dalam perjalann balik tu perut dah meragam. dah cboleh duduk baring ja. sampai rumah jer buang2 di tandas. kerap ke tandas buang air besar. xmampu bergerak panggim suami mnta letak minyak. series xjalan masuk tandas lg muntah2 habis semua yg makan berbuka td.

Masa dok menahan sakit ke tandas buang air besar muntah badan dah xbermaya. suami ajak ke hospital. tp bgtau xmau perfi sbb esok anak2 nam balik dr asrama. jadi degil2 tu sampai juga ke klinik putra penaga. sampai klinik muntah2 lg tp masa ni dah diawang2an nampak muka doktor muka misi muka suami mcm mimpi, sebab sakit sgt perut sampai nak pengsan.

doktor drip air dah bg ubat sakit perut, 5 minit ubat halan rs sedar sikit. tgk muka suami bgtau mnta maaf kat dia.sbb menyusahkan. tp sakit perut tu masih ada lagi. doktor bgtau klu dia menyerang lg kena pergi hospital.

lepas doktor puas hati bg balik rumah. smpi rumah perut meragam lg. sakit xtahu bak bgtau mcm mn.terus suami bawa ke hospital KPJ. pergi bahagian kecemasan. masa diaorg amik detail rs nak pengsan sekali lg. terus diaorg bw ke katil kecemasan mnta dgn misi dahaga air.

dalam bergolek2 atas katil menahan sakit maha hebat.doktor kesian tgk diaorg drip lg. masuk ubat tahan sakit rsnya. sebb gew minute mcm tu xsedar dah tertidur. terjaga sebb rs aircond bilik tu sejuk sgt. diaorg bgtau kena masuk wad. sedih jgn tny sebb xtercapai nak jemput anak2 balik asrama lepas seminggu diaorg dftr kat sana.







kena puasa sebab doktor suspek apendik esoknya nak buat ct scan. dan terus operate, ceq ni sepesis penakut nak masuk bilik bedah tu beranak pun normal ja. check in hotel hospital wad dahlia 507. malam tu tido lena betul sbb kesan unat xhilang lg.

Pagi keesokannya awal2 pg diaorg call insurans xlulus lg jd kena byr sendiri so kena la dahulukan duit sendiri rm1k utk ct scan. pukul 9.00pg misi dtg bw kerusi roda turun ke tingkat 1.dah tukar pakai baju pink baju wad.sejuk lar hospital tu aircond mcm dok dalam salji. xlama pastu ada le adik ni dtg bgtau suruh minum air oren utk procuder ct scan 2 cawan kena minum kira xposa la sekian kalinya dibulan ramadhan..

lepas procuder ct scan xamik plak gambar sbb xbw hp pun.kena masukn air dalam punggung pastu air biru dalam drip.rasa panas ja bila lalu dalam laser tu.lepas habis prosuder misi ckp dah boleh makan..Alhamduliilahh


lepas makan tgk jam teringat anak2 ni time diaorg balik asrama dah ni. rindu depa..lepas solat zohir diaorg sampai peluk2 rindu nya anak2..lupa kata sakit..




ok nanti kita sambung part 2 dah nak masuk kelas ni..