Rabu, 26 November 2025

Pengadil Bola Baling

 selepas kena jadi bahan lawak sebab xpandai main bola baling, ada yg kata si tiyah tu bukan boleh apa, xdak function tukang bawak air ja. macam agak berdesing di telinga. 

kalau zaman muda dl dah kena balik kalau pandai sgt kenapa bola baling sekolah kita asyik corot jer. kata berpengalaman dah lebih puluhan tahun. tp mengenangkn umurku yg dah 40an jadi biar la. diam ja sudah. balik tempat buat keja saya yg org lain xboleh buat. rsnya sblm2 ni semua isi borang peserta kutip surat beranak bukan 1 team tau. bola baling ni boleh ja lelaki perempuan. mmg setiap tahun bw 2 team. jadi 2 buku la kena buat. urusan dgn murid ni faham2 sendiri. dr borang sampai ke baju jersi org ni la kutip sampai ikit ke rumah.

okla2 done mengomel. dah nama jadi pengadil seminggu sebelum tu study betul2 pasal pengadilan bola balin. org mcm saya ni zero sbb xpernh main pun sejak dr kecil. lebih kurg akki bangku jugak. sbb rs rendah diri. xpandai. cikgu xkan pilih. study cr dalam youtube, search tiktok syarat pertandingn, faham gelanggang, kesalahan pemain isyarat tgn, toup wisel pun belajar. xpela kan sedar diri xpandai.




Hari kejadian sampai bola pun pam sendiri. xpernh pegang pam bola tu, dah terpandai. hari kejadian jadi pengadil berpeluh gak mengejar budak sebb rsnya cikgu2 lain pun xpaham sgt pasal bola baling ni. xpela kan peringkat sekolah jer. lantak la first time pengadil pun. janji pertandingn jalan jadi ada 2 hari lagi utk pembangunan bola baling ni. inshAllah pasni lebih faham lg pasal bola baling ni. 

okla done mengomel.dah jadi pengadil lepas balik sekolah ke klinik pulak. utk check kesihatan diri. nnti kita story lg ok. done. Assalamualaikum 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan