DOSE: 2
TARIKH: 20/11/2025
BERAT: 61.2kg
Done second dose monjauro untuk minggu ke 2 20/11/15. Dah memang risau takut sakit perut cirit birit lg. consult dgn doktor standby ubat cirit. memula igt nak makan seksiap ubat tu. precautions..tp doktor cakap hold dulu kalau cirit kali pertama terus amik ubat tu, dia bimbang kalau sembelit pulak.
jadi xler makan lg ubat cirit tu. petang khamis tu time hasben tgh mandi, anak tgh mandi curi2 pegi suntik perut. kelam kabut punya pasal tak terkeluar2 jarum tu. risau memacam. lain kali igt nak suntik kena tenang2 coolz.tgk jarim tu kecik jer. lepas sapu steril kat perut cucuk pulak perut sebelah kiri. done. jadi tgu side effect pulaknya..
Alhamdulillah...kali ni xde cirit birit dah. cuma masa memula suntik rs panas menjalar dalam badan. boleh rs ubat tu jalan. sambil istighfar doa2 Ya Allah cr penyakitnya aku ni. fikir sensorg sebb mmg xde cite kat sapa2..takut org marah.
Jadi untuk side effect kali ni xde cirit cuma kenkdg rs panas badan mcm nak demam. xlalu nak makan. food noise mmg xdak. makanan yg selalu nya makan macam xboleh telan. air manis mmg xminum langsung. sbb xteringin pun, setting mind sama dah amik monjauro mahal xkan la nak cancelkan semata2 demi segelas air manis..
ok done utk cerita kali ni. monjauro dose 2.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan