Jumaat, 28 November 2025

Monjauro third dose

 Pejam celik mata sekejap jer dah 3 minggu bermonjauro. semalam adalah dose yg ketiga 2.5mg. masih jugak xmau tambah dose walaupun penurunan berat badan lambat gak. doktor dah suggest up dose. sbb very slow sekrg berat 60.7kg turun berapa ratus gram jer. tp rs hati mcm xmau sebab xsanggup hadap side effect.

kelebihan monja ni dekat tuan badan la boleh kawal selera makan. makan tu xtahap naga. kalau dulu org kata sedap tengok hang makan tiah. tgk cara makan ja sedap. bygkn macam pirahnha nya makan dulu.

lepas dah 3 weeks ni paling perasan makanan feveret dl mmg xboleh makan byk. kalau pergi kedai makan mmg bahagi 2 separuh bg anak sbb xboleh habiskan.. 




xboleh la nak tunjuk cara cucuk sebb bahagian perut. dose ke 3 perut sebelah kanan. lepas cucuk tu rs mengantuk toi. lepas jer sudah baca yaasin letak pala terus zapp lena. mcm tekan suis off dan padam terus.


gemoknyer la. baju size XL..xpe sabar lg 9 dose suntikan.
seminggu lost dalam 1 kg.. setakat ni dah lebih 3kg hilang berat badan.. 




Rabu, 26 November 2025

Check up Klinik Kesihatan

 Sejak Julai 2024 dah jadi pengunjung setia Klinik Kesihatan. Ada yg tny mcm mn boleh jd pengunjung setia ni, bukan pregnant pun tp dh di diagnos dgn hypertiriod lepas keluar kpj tahun lepas. 

memula pergi mmg amik 7 biji camazol. ubat tiriod masa tu tgn dah shaking amik propanol ubat darah tinggi dan simvastin. 

sekarang dah bacaan tiriod dah turun. Alhamdulillah

Normal dah. tp doktor xmau putus ubat sebb risau rebound naik balik. cuma sekrg masalahnya pergi ke cholestrol. standard la umur 40 ni mmg akan sangkut jugak masalah penyakit ni



Baru masuk tahap suspect tp doktor dah risau takut serangan strok dan macam2 lain pun xpa dia bgtau. tp hati ni dah kental dh. sebb dah setahun dengar mcm2 ni. asalkn badan rs sihat. lagipun sekrg dah on monjaoro i shaAllah akan membantu masalah kolestrol ni. 

 ubat terkini. 

Alhamdulillah ala kulli hal. teruskan hidup. jgn stress2 nnti lg teruk penyakit kita tu. InshaAllah Allah ada. mati tu mcm mn pun sampai ajal kita. Allah juga tetapkn. ada ja org sihat elok tetiba ajal sampai dulu. Tp yg sakit2 memang kena on ubat panjang pulak umurnya. yg penting sediakn bekalan kita ke akhirat inshaAllah..



Pengadil Bola Baling

 selepas kena jadi bahan lawak sebab xpandai main bola baling, ada yg kata si tiyah tu bukan boleh apa, xdak function tukang bawak air ja. macam agak berdesing di telinga. 

kalau zaman muda dl dah kena balik kalau pandai sgt kenapa bola baling sekolah kita asyik corot jer. kata berpengalaman dah lebih puluhan tahun. tp mengenangkn umurku yg dah 40an jadi biar la. diam ja sudah. balik tempat buat keja saya yg org lain xboleh buat. rsnya sblm2 ni semua isi borang peserta kutip surat beranak bukan 1 team tau. bola baling ni boleh ja lelaki perempuan. mmg setiap tahun bw 2 team. jadi 2 buku la kena buat. urusan dgn murid ni faham2 sendiri. dr borang sampai ke baju jersi org ni la kutip sampai ikit ke rumah.

okla2 done mengomel. dah nama jadi pengadil seminggu sebelum tu study betul2 pasal pengadilan bola balin. org mcm saya ni zero sbb xpernh main pun sejak dr kecil. lebih kurg akki bangku jugak. sbb rs rendah diri. xpandai. cikgu xkan pilih. study cr dalam youtube, search tiktok syarat pertandingn, faham gelanggang, kesalahan pemain isyarat tgn, toup wisel pun belajar. xpela kan sedar diri xpandai.




Hari kejadian sampai bola pun pam sendiri. xpernh pegang pam bola tu, dah terpandai. hari kejadian jadi pengadil berpeluh gak mengejar budak sebb rsnya cikgu2 lain pun xpaham sgt pasal bola baling ni. xpela kan peringkat sekolah jer. lantak la first time pengadil pun. janji pertandingn jalan jadi ada 2 hari lagi utk pembangunan bola baling ni. inshAllah pasni lebih faham lg pasal bola baling ni. 

okla done mengomel.dah jadi pengadil lepas balik sekolah ke klinik pulak. utk check kesihatan diri. nnti kita story lg ok. done. Assalamualaikum 

Selasa, 25 November 2025

Kereta baru Abah

Baru-baru ni abah suarakan nak jual kereta lama abah yang lama tersidai kat rumah abang, kereta tu lama dah tak jalan dan memang siap ada package biawak, tikis dalam kereta lama abah tu.



sempena ada pertukaran rebet kereta lama dgn kereta baru. jd nak tolak la kereta ni. rebet dalam rm4000 gak. jdla kan..

jadi leoas 2 minggu consult dengan Angah proton di Masjid Bukhari Alor Setar terus amik kereta baru Saga standard jer. sbb murah kereta tu rm39000,00 lebih kurang.

lepas tolak rebet kereta baru rm2000 dan kereta lama rm4000 termasuk abah bayar duit pendahuluan jadi bakinya buat loan bank. buat 7thn jer sbb xsabar nak habis bayar.



lepas la teringin abah nak berkereta baru. siap tukaq reverse camera dan pasang tinted. Alhamdulillah..kereta lama myvi abah tersadai pulak dirumah. jd kena gilir2 nak bawa kereta mana satu..

Isnin, 24 November 2025

Sk@s Fun Run Kolej Matrikulasi Pulau Pinang



 Berasal dari paksa rela jadi sukarela. setelah sekian lama meninggalkn Fun Run akhirnya 22/11 join jugak Fun Run setelah gb daftarkan utk Fun Run ni. Join jer la. seronok jugak mmg dah start journey monjauro ni kan. 

Bangun pagi2 mandi dan bersiap le Fun Run bawa jugak anak teruna sorang ni sbb dia nak join. jadi sampai la kami di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pukul 6.30pg. gelap lg.

 Semangat nak berfun run..ada cabutan bertuah dan anjuran Persatuaj Guru Besar Malaysia SPU. ramai yg join. 


lepas strching mula dan go. alamak macam pancit gak sebab lama xlari z

Monjauro second dos

 DOSE: 2

TARIKH: 20/11/2025

BERAT: 61.2kg






Done second dose monjauro untuk minggu ke 2 20/11/15. Dah memang risau takut sakit perut cirit birit lg. consult dgn doktor standby ubat cirit. memula igt nak makan seksiap ubat tu. precautions..tp doktor cakap hold dulu kalau cirit kali pertama terus amik ubat tu, dia bimbang kalau sembelit pulak.

jadi xler makan lg ubat cirit tu. petang khamis tu time hasben tgh mandi, anak tgh mandi curi2 pegi suntik perut. kelam kabut punya pasal tak terkeluar2 jarum tu. risau memacam. lain kali igt nak suntik kena tenang2 coolz.tgk jarim tu kecik jer. lepas sapu steril kat perut cucuk pulak perut sebelah kiri. done. jadi tgu side effect pulaknya..

Alhamdulillah...kali ni xde cirit birit dah. cuma masa memula suntik rs panas menjalar dalam badan. boleh rs ubat tu jalan. sambil istighfar doa2 Ya Allah cr penyakitnya aku ni. fikir sensorg sebb mmg xde cite kat sapa2..takut org marah. 

Jadi untuk side effect kali ni xde cirit cuma kenkdg rs panas badan mcm nak demam. xlalu nak makan. food noise mmg xdak. makanan yg selalu nya makan macam xboleh telan. air manis mmg xminum langsung. sbb xteringin pun, setting mind sama dah amik monjauro mahal xkan la nak cancelkan semata2 demi segelas air manis..

ok done utk cerita kali ni. monjauro dose 2. 


Khamis, 20 November 2025

Skinmade

 Kali ni nak cite pasal skincare skinmade yg baru pakai seminggu jer. makcik2 mcm saya ni hidup dah dekat 40 tahun dah mcm2 skincare yg pakai since sekolah menengah umur 14 tahun lg.

fair n lovely

safi

oil uf ulan

loreal

johnson n johnson ( kat mesir )

dr ko

skintific

bykla sebenarnya dah tersapu kat muka ni beratus ribu dh habis kat muka ja. payah seebanrnya jd perempuan yg sejenis jag kecantikn ni mcm xboleh nak move on jer umur sebenarnya 40 dah ada org panggil makcik pun.

ok2 patah balik ke tajuk sebenar skinmade



 ada cleanser, toner, mosturizer, serum, vit c filler, hybrid tinted suncreen dan tisu muka boleh buat makeup remover, 

setakat seminggu pakai ni ada la jerawat dtg sebiji dua sebb hormon nak dtg bulan, stress tp yg bagusnya skinmade ni walaupun jerawat tu nak naik, sebb konsisten paki dia xjadi naik..parut2 pun kian pudar, dan paling disukai pakai skincare n makeup nipis2 xnmpk langsung pakai make up.

ekceli dengan pekerjaan guru ni xboleh la nmpk over kena low profile dan mmg suka anak2 murid kata ustazah nmpk mcm xmake up pun..jd mmg kena dengan jiwa dan akan teruskan lg dgn skincare ni inshaAllah..

Ada sedikit nervous utk malam ni sbb kena inject second dose utk monjauro, tp dah plan seksiap sbb suntik makan je yg sehari ni xde minyak no susu, dan makan ubat sakit perut dah cirit seksiap. standby air ors kalau jadi jugak cirit..

Ya Allah bantu la aku ya Allah..

Rabu, 19 November 2025

Monjauro part 4 side effect

 kali ni nak cerita pasal side effect Monjauro. Ya betul setiap orang xsama side effect sbb penerimaan badan kita berbeza. bg tiah berat yg xberapa berat ada mengakui menyesal amik smpi 3 bulan 12kali suntikan sbb xtahan side effect. 

semalam ada lalu kat fyp sorang doktor ni bgtau monjauro sesuai utk mereka yg bmi 30 ke atas. bg mengurangkn side effect yg nak diterima. bg yg size burung katanya side effect tu akn lebih buruk lg dan mengakibatkn masalah lain pulak. 

bmi yg dia sebut 24.25 tu boleh la nak try tp kena sanggup menghadap sife effect yg akan tiba. jadi utk pendek kata padan la muka sbb nak sgt pakai monjauro ni wlupun berat tu baru jer masuk bmi iverweight. dok lalu lalang kat media sosial scroll tiktok byk sgt jadi tgk org kecik haluih jd teringat zaman kecik haluih tu. mula la nak try mcm2 jenis diet sampai ter try suntikan kurus ni.

jadi nasihat buat mereka2 yg bercadang2 mencari informasi pasal suntikan kurus ni. kalau badan tu bmi baru lepas normal terlebih sikit jer ke overweight, bukan xbg tp try la dl 1 dos suntikan sbb skrg belambak ada klinik yg jual loose. try dl tgk keserasian badan, klu ok dan side effect dia boleh2 jer di tahap sweet spot with monjauro boleh teruskan, tp klu ada yg side effect mcm tuan blog ni sampai tgh mlm ke tandas lg boleh2 la fikir cara diet lain yg lebih sesuai atau ada mcm2 jenis lg ubat kurus yg bersaftar dgn kkm ni. yg pasti crla yg sesuai kkm, jgn tangkap muat jer yg teh2 slim berlambak di pasaran tu sbb kebnyknnya ada steriod. pernh try tp minum jer boleh rs jantung berdegup kencang. nervous xtentu tempat. mood swing dan xbaik utk kesihatan.

ok la. esok dah kena suntik dos kedua..doa2 kan la saya sabar menempuh ujian yg sengaja dicari ni. jumpa lagi dalam post yg akan datang.


Selasa, 18 November 2025

Monjauro part 3

Hari ni dah 

khamis

jumaat

sabtu

ahad

isnin

selasa

dah 6 hari bermonjauro Alhamdulillah perut dah semakin pulih to mmg x 💯 pulih. semalam rs mcm dah sihat. ajak hasben ke kapitan sebab nak makan nasi briyani milani. dah sampai dia bw jugak sebb xmau isteri dia ni merajuk. makanan dah sampai perut rs mcm lapar tp baru 3 mulut dah rs xmau. xboleh masuk

Perut dah full.gagah juga makan denga. air coklat sbb konon nak cheat day. tp xboleh minum baru 3 kali teguk enough is enough sedangkan nasi dan air ni ada favourite punya makanan. mmg xboleh sampai hasben dan anak ja yg habiskan

Masa ni perut dah meragam balik.side effect of monjauro is coming. jgn cr pasal kalau xmau perut meragam. jadi balik jer pastu sampai rumah terus makan ubat sakit perut dan cirit. sejenis lepas makan ubat mmg terus terlena. pagi esoknya pukul 3.00pg bgn cherry berry lg. Ya Allah. xmau dah salah makan. 

jadi untuk sapa2 nak try monjauro kena tny diri sendiri kalau ada side effect mcm saya ni mampu x nak teruskan? mampu tak nak hadap sebab memang merubah diet kita sehari2. monjauro buat perut kita rs full salah makan jer perut dah berangin. cherry berry. mmg side effect setiap org xsama. ada yg enjoy jer. ada yg xtahan badan mcm saya ni. menghitung hari nak ke hari khamis seterusnya. sanggup xnak hadap lg. mampu x nak rahsiakan lg dr hasben. 

doakan saya kuat yer. antara menu yg boleh dimakan 6 hr ni👇🏻

Roti bakar telur separuh masak.

nasi putih telur goreng atau ayam goreng

sayur salad dengan kew pie sos

nasi dengan sup ayam atau sayur.

berat from 64kg timbang pagi td 61.1kg. turun byk sebab cherry berry sama tu. 👇🏻 3kg for 6days monjauro 

Monjauro part 2

 Sambung cerita lepas cucuk hari khamis 13/11/2025

lepas cucuk 1 dos 2.5mg rs ok2 jer so makan la nasi lauk ayam makcik sombong beli lepas balik sekolah td.petang baru makan sebab balik sekolah td rs mengantuk tahap gaban. solat mandi and amik monjauro simpan dalam peti ais masa ni dan bawa naik bilik.

Malam tu jeng jeng dah rs perut memulas sebenarnya sebelum amik monjauro mmg dah cerry berry sebab amik mamadil women love. tp sebab amik lg monjauro Ya Allah cherry berry dia maha hebat. sampai xde apa lg nak keluar. dah terbaring atas saofa xsempat



nak ke tandas pun ada. 

lagi satu saya bgtau hasben pun amik monjauro ni sbb dia xsuka. katanya umi dah ok. tp kita tau la badan kita macam mana kan. malas nak dengar dia bg ceramah jd rahsiakan. 

jd tanggungla azab cherry berry tu sampai ke pagi. esoknya ke sekolah igt dah ok tp sambung pulak ke sek. asalnya igt nak cuti tp sbb kat sekolah ada kem bestari solat dah bahagi semua tugasan kepada fasi murid tahun 6 gagah jugak pergi dengan muka pucat lesi.

day 2 dgn monjauro xlalunya nak makan apa pun. cherry berry pun still on. masih ttp drive jemput anak di asrama. sambung lg cherry berry bertahan dgn pil chi ki taek on je( suami beli) tp mmg serius azabnya tu. sampai rs macam xmau continue monjauro tp seriusla dah rm3k kot bayar.

petang sikit minta anak tolong belikan ubat difarmasi. makan pun nasi lauk telur jer. Ya Allah.


Monjauro part 1


 Berat badan naik sampai 64kg dah masuk bahagian overweight. mcm tak percaya tiah yang kurus kering dahulu dengan berat 39kg dah boleh sampai 64kg. muka dah setalam sebab saya ni pesen berat nampak dimuka dengan tinggi 157, berat 64kg dah masuk bmi 26 sepatutnya yg sesuai hny 23 mcm tu la

tergerak hati nak try monjauro ni. beli dalam online jer dengan klinik

dalam konsult doktor suggest amik utk 3 months dos 2.5mg sekali suntikan jadi seminggu sekali suntik boleh la 12kali dengan harga rm3300 mahai wei tp bayar gak utk spaylater demi nak badan elok kurus.

esoknya sampai ler packaging ni


klinik pos dengan icepack utk jaga kualiti ubat tu. so jadi la first thing untuk cucuk monjauro mula2 mmg xyakin sbb dok bayang jarum panjang sejengkal tu rupanya kecik ajer jd cucuk kat perut sebelah kanan utk first dos hari khamis ekceli doktor suruh cucuk malam tp mmg dah xsempat2 nak cucuk sendiri petang tu dah start cucuk hehehehhe...mcm video kat atas tu..next story plak. nak pergi punch card ok