Ahad, 7 Disember 2014

kelas masakan daging masak kicap

malu sungguh nak post nie...sebab anak 3 dah..tak pandai memasak lagi...untuk makan sendiri lepas la..sebab tiyah tak jenis cerewet makan..tapi untuk en suami..segan gak kat dia...jadi sepanjang cuti nie..de kelas masakan yg tiyah google dalam fb..memang dekat jer..di kailan kepala batas...

masak 5 jenis masakan...tapi tempel 3 ni dulu..sebab yng ni menu utama..



daging masak kicap

bahan-bahan


rebus daging kalau guna preasure cooker setengah jam
air daging jangan dibuang
potong bawang holand
bawang putih

letak minyak masak saji
tumis bawang besar holand dahulu sehingga sedikit layu masukkan bawang putih
masukkan daging rebus tadi sahaja.goreng sebentar..masukkan kicap dalam 2 senduk besar..masukkan  rempah beriyani ( kalau takde rempah masak kurma daging ). masukkan lebihan air rebusan tadi. masukkan bunga lawang,buah pala,kulit kayu manis.biarkan seketika...letakkan minyak sapi 2 sudu makan..biar sehingga daging lembut..

biar lama skit tau..

potongkan kentang 4 potongan..
potong cili hijau..potong tengah dan buangkan biji

kira daging hampir empuk masukkan kentang.sos tomato 1 sudu makan dan tomato 2 biji potong 4
biar seketika

dah hampir empuk kentang masukkan cili hijau

dah boleh tambah garam..sedikit jer..suku sudu makan..
masukkan sedikit lada putih..

sila rasa yer..petua nak merasa..fokus satu rasa dulu..rasa garam..ok tak?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan