Kesian tgk anak kita..sukar nak membuang..nak bagitau xpandai lagi..menangis la setiap kali nak membuang yang besar..Kebiasaannya najis keras dan berhari-hari bayi tidak membuang najis.
Masalah ini perlu dirawat dengan kadar segera
Apakah punca Masalah sembelit dikalangan Bayi??
- Bayi atau kanak-kanak yang minum susu formula kerap terkena sembelit.berpunca dari ketidak sesuaian dengan sistem pencernaan bayi yang tidak dapat memproses sumber protein dari susu formula.
- Bayi mula mengambil makanan pepejal.bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan pepejal juga kerap mengalami masalah sembelit. Walaubagaimanapun masalah ini akan berkurangan bila sistem pencernaan bayi sudah mulai matang dan mampu memproses makanan.
- Apabila bayi sudah mula mengambil pepejal tetapi kurang bendalir dalam badan dan kurang minum air menjadikan masalah sembelit ini berlaku.
- Bagi kanak-kanak pula kurang mengambil makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
1) Mandikan bayi anda.
Jika bayi menangis dan seperti meneran sila bawa ke bilik air dan mandikan bayi anda.Rasa tenang dan segar dapat membantu bayi anda membuang dengan selesa.Ketika mencuci bahagian bawah boleh diletakkan petroluem jelly dan tiyah amalkan meletak sedikit Basic H area tempat keluar najis.
Seperti Aufa dah boleh berdiri dan bermain air, tiyah biarkan dia bermain dengan air dan sabun tanpa memaksa bayi kita meneran.sambil itu kita boleh membantu dengan mengurut perlahan perut bayi.
2)Mengurut dengan lembut perut bayi
Cara ini kita boleh mulakan dari pusat dan membuat urutan ke luar kawasan perut bayi dengan lembut.Jika Bayi anda selesa melakukan boleh diteruskan samada ketika mandi atau sesudah mandi gunakan krim atau minyak bayi Baby oil untuk tujuan ini.
3)Jangan mengunakan jari
Jangan menggunakan jari anda mengorek najis keluar.Ini dibimbangi dubur dan saluran najis bayi terluka dan lebih memudharatkan bayi
4) Ambil makanan berserat tinggi
Jika bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal.Ibu-ibu boleh membuat puri berasaskan buah-buahab dan sayur-sayuran seperti puri pisang dan betik atau puri sayur-sayuran seperti brokoli dan sebagainya.
5) Tukar susu formula
Jika bayi anda minum susu formula.Ketika ini anda boleh berfikir untuk menukar susu formula kerana dibimbangi tidak sesuai dengan bayi anda.Sila baca label pengambilan dahulu sebelum memberikan kepada bayi anda.Sila ikut sukatan yang diberikan
6) Sila berjumpa dengan pakar perubatan
Jika masalah masih berlarutan dan berlanjutan sila dapatkan rawatan dari pakar perubatan utk mengatasi masalah ini
**********************************************************************************
Produk Shaklee membantu masalah sembelit dikalangan kanak-kanak
ikuti testimoni pengguna seorang ibu yang memberikan melashake vanilla favour kepada anaknya..
**********************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan