Isnin, 2 Februari 2026

Lim Skin Specialist Clinic

 Sejak disember lepas. kulit dilanda jerawat lagi. adui di usia 41 ni boleh lg naik jerawat. Pernah kena serangan jerawat yg agak teruk tahun 2015 mcm tu kalau xsalah dan dah pun pergi dr Ko di Juru. memang ok sebab lepas tu dah xnaik jerawat bertahun lamanya. tp xsanggup sebab mahal betul harganya utk rakyat marhaen mcm kita ni. level artis rsnya. sbb ramai artis yg pergi dr ko ni. ribu habis disana.

Jadi utk kesekian kalinya ni bercadang nak ke dr lim plak di georgetown penang. ekceli kali ni dah second time ke klinik ni. first pergi disember tahun lepas sebab xsanggup menjawab soalan2 nitezen tny kenapa jerawat naik ni.

 atas batang hidung tu memang besar dan sakit. sbb hp ni menfilterkan jerawat yg lain nmpk mcm poleles tp tuan badan sahaja yg tahu. 

jadi jumaat lepas start enjin keta dan drive  ke penang. faham2 sendiri la jalan penang hari kerja ni. dan tengah2 pusat bandar goergetown mmg jem kat jalam komtar tu. demi nak canyik ku gagahi juga.

sampai pukul 2.00 mcm tu. dan ada sorg kakak indonesia br sampai. tgu2 sampai pukul 3.30 tak panggil2 dah nak menangis rs sbb xsolat zohor lg. pergi tny kaunter rupanya nama xmasuk list patut la akak indonesia tu dh kena panggil dl. 

settle juga masalah tu dah. dan doktor minta maaf dan bagi list utk potong line queue up utk next appointment. jadi puas hati la layanan tu kan xjadi nak marah menangis. 

 cleanser ni mmg best. sbb bersih ja muka lepas cuci. tertanggal semua kulit mati. senang cakap lebut utk kulit tp power utk kulit mati.

ubat jerawat ni sapu jer sekali 2 terbantut la pertumbuhan jerawat tu. kali ke pergi xtopup yg ini sbb byk lg. just sapu nipis2 jer.

suncreen dah habis botol 1 sbb tu pergi lg klinik utk topup suncreen ni ada whitecast jd sapu sgt nipis2 ja dan pakai 2 kali jer. sbb sayang la kan. benda mahal

toner ni klu pakai memang ada bau yg kuat sikit sampai pedih mata. jadi apa saya buat time pakai muka mengadap kipas sapu2 terus kering sbb kena attack mata dan hidung.

krim malam ni mcm jelly jer. sapu malam sebelum tido pagi tu still ada lg atas kulit msm nak cuci pagi esok. jgn risau bukan produk timbang kilo. lepas cuci kulit agak rs tegang sikit tp nmpk really poleles..

krim siang yg mmg dah habis belas pertama. tekstur agak likat sbb tu sapu nipis2 jer sbb xsuka nmpk oily sgt muka.

dan ada 1 lg lipblam lupa plak nak snap picture. sbb kulit bibir memang sgt kering sbb dok makan ubat anti flame jerawat. doktor suggest jgn preggy time amik ubat jerawat ni. rsnya sama juga ubat yg dr ko bg dulu..
update terkini dapat ambil gambar lipblam



dan ubat makan. ubat ni memang mengeringkan kulit. kering habis sampai terkopek2 kulit bibir. kena selalu sapu lipbalm

jadi kesimpulannya. memang puas hati la ubat2 de klinik ni. saya ni mmg pengguna tegar skincare semuda 13 tahun lg. mcm2 dah pernh pakai dan try n error. sampaila ke foundation dan tinted suncreen. jd bila masuk usia 40an ni nak reduce dah pakai mcm2 tu sbb lmbt dan susah nak cuci time solat.

nak melawa tu buat apa lg kan. suami dah ada kat tepi. sekrg ni yg penting kaga kulit bg sihat n healthy. xperlu heavy skincare atau make up. hati pun senang. ada baru ni beli mesin urut muka de medicube tp rsnya pakai bendalah tu la mcm trigger jerawat makin menjadi2..bukan utk usia dah rsnya. back to normal dan happykn hati acceptla segala penuaan. dan kembalikn segala yg Allah bg pinjam dulu segala kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah ala kulli hal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan