Isnin, 19 Januari 2026

Outing kali oertama selepas 5 hari masuk asrama

 Sori la kali ni asyik cerita pasal anak masuk asrama ja. ada ja hal2 lain tu. tp tajuk ni yg buat tido terganggu. Hari sabtu aritu ustaz aufa bg keizinan utk bawa anak outing. Dan Aufa request utk balik umah. homesick agaknya budak ni. teringat rumah dia. sampai di sekolah dia abg kakak yg semangat turun kereta tgu tepi asrama nak bawa balik adik. berdiri la tgh panas tu tgu adik kesayangan depa tu. by the way afnan pun balik asrama jadi dia pun teringin nak tgk sekolah org mcm mn.

dalam jam 12.30 mcm tu nmpk la si aufa ni. berlari2 la ke asrama sebb seronok nak outing balik umah. ummi plak ok2 sabaq sat na ayaq mata hold sat. tu anak dah nak balik tu. sampai je aufa membawa baju sekolah dan baju2 yg nak dijahit nama dan nombor badan . ( bukan la nombor badan sangat sebenarnya baju dobi) 

nombor ni akan dijahit dibaju sekolah yg akan ndibasuh oleh pihak dobi sekolah. jadi anak kita xperlu la dok tonyoh baju sekolah tu. terus hantar dobi sahaja. dah bayar yuran utk setahun rm170. murah ja kan. setahun tu. memudahlan urusan..xperlu dia berlari2 basuh baju atau pakai baju sekolah masam2 sebab tak pandai urus lagi..
 eh ambil gmbr dgn anak org pulak. ex skts.. anak cikgu rafidah.

jadi sesampai dirumah terus pilih baju yg nak dibasuh sbb forst week ni xde lg perkhidmatan baju dobi sbb belum jahit nombor. lepas dah basuh jahit plak nombor pada baju. dan siap terus shoot semula ke sekolah aufa. xsempat nak lepak lama sebb rumah jauh. jadi tempoh perjalanan tu lama. kena naik highway tempuh jammed di juru tu. aduhai bersabar la jiwa. 

dah sampai dirumah lebih kurg pukul 6.30 rehat sekejap terus siap2 nak hantar si kakak plak ke tuition di sungai petani. lepak kat kedai makan dijahit nama sana 2 jam tgu kakak tuition bertabahla. smpi umah pukul 11.00mlm. mata dah xboleh angkat.

mcm tu la kehidupan mak2 di awal persekolahan ni. letih badan, letih emosi tp seronok nak tgk anak depan mata. semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. aminnn ummi sayang hampa..rindu aufa..rindu afnan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan