Isnin, 26 Januari 2026

pengalaman anak masuk asrama 2

 Minta maaf la awal2 tahun ni asyik cerita pasal anak jer. nak buat mcm mana yg tu ja yg bermain di fikiran. al kisahnya sabtu yg lepas aufa bgtau boleh melawat diasrama. jadi walaupun umi kelam kabut dengan gotong royong di sekolah dan kenduri yg berderet2 jd pergi jugak walaupun lambat.

amik masa sejam jugak nak sampai di sekolahnya. setakat tak sampai tu adalah 8x dia call ummi kat mana ummi kat mana. nervous ummi nak tepon sampai 8x ni..

sampai di sekolah dah pukul 4ptg boleh melawat sampai pukul 5 jer. adeii kejap pun jd la kan..


lepak mall kejap. layan mixue dan beli barang sikit. dekat mydin parit buntar jer dekat dgn sekolah.. dah nak dekat pukul 5ptg baru gerak balik ke asrama


Xtgu lama sebab nak hantar si abang pulak sebb dia outing..jadi lepas bye2 nampk pun dia hepi umi pun senang hati. terbang tinggi nak. umi lepaskan jua tanganku.gapai cita2 mu. umi doakan kesejahteraanmu selalu..

Jumaat, 23 Januari 2026

Tuition SPM di sungai petani 2026

 Memandangkan si sulung dah nak SPM abi dan ummi mencarikan solusi yg terbaik utk hannan, keputusan hujung tahun form memang ada meresahkan 

 Gagal matematik , E untuk sains dan Perniagaan yg lain2 cukup makan. hati mak ayah mana xrisau jadi kami ambil keputusan keluarkan hannan dari asrama dan berulang ke sekolah setiap hari utk hantar hannan pergi tuition boleh umi pantau juga aktiviti kat rumah. bila nak buat latihan dan kerja sekolah. si kakak ni xde masalah sgt dgn phone bukan addicted to phone jd xrs risau masalah phone tu. phone tu mmg dia guna utk cr solusi masalah tak faham pelajaran ja. ada la jugak mesej kawan dia sikit2 tu. tp xde smpi tgh malam main game. Alhamdulillah.. 

tak pasti nama pusat tuition ni. tp boleh walk in jer 1 subjek rm12 murah ja kan. malam ni subjek sejarah.. antara subjek killer bg hannan sbb pernh xlulus masa exam awal tahun

rajin dia pergi tny cikgu. ummi curi ambil gambar senyap2


dah penuh ilmu didada la tu..hehehehhe

Kalau org tny kenapa sanggup hantar tuition jauh2 dr butterworth ke sungai petani jawapannya sbb cikgu yg mengajar tu cikgu hannan juga. pemeriksa kertas, dan juga kawan abi. jauh jugak perjalanan amik masa 30 minit.8.00mlm bertolak dan tuisyen start pukul 8.30mlm. sampai jer umi hantar anak terus solat isyak. pastu umi dan abi datung makan2 kat kawasan dekat tuition tu. sambil tgu hannan balik pukul 10.00mlm. 2 hari jer subjek tuition kat sini sejarah - khamis dan sains hari sabtu. ada ja subjek lain tp subjek lain di tempat lain plak. nnti kita story tempat tuotion tu plak.ok bye assalamualaikum


Selasa, 20 Januari 2026

Anak sulung calon SPM 2026

 Selalu cerita perihal si adik kali ni nak cerita pasal si kakak. umur dah 17tahun bakal SPM tahun ni. dan blog yg satu ini pun ambil sempena nama kakak Hannan, penghuni sulung rahim ummi. tercetusla abiumihannan.blogspot.com. orang pertama yg mengajar umi jadi ibu.

Pagi td baru jer bye2 dia pergi sekolah dengan abi. sebelum ni memang dok Asrama di SABK Khairiah pokok sena. sejak form 3 lg. tp memandangkn keputusan exam yg agak kurg memuaskan umi dan abi bercadang keluarkn dia dr asrama dan hantar dia ke sekolah setiap hari. pergi sekolah abi hantar balik umi jemput. utk memudahkn urusan dia pergi tuition dan puas hati kalau tgk dia study depan mata hari2


ni la si Hannan tu. jumaat lepas ada program di sekolah dia aku janji untuk murid SPM dan SMA 2026 sekali dapat duit bantuan BAP walaupun umi dah CRK hari selasa sebb pendaftaran sekolah adik, jumaat ni umi tebalkn umi minta pelepasan nak tgk hannan ber aku janji di sekolahnya. 

result hannan PASA yg lepas masa form 4..risau umi ni aaa tak tau la SPM mcm mn. sejak cuti sekolah lg dah start hantar tuition. dan dg bgtau rahun ni xde jalan2 selagi kakak hannan xamik exam..

jangan janji atas kertas ja..janji dengan Allah sama tau buat yg terbaik


program utk Hannan setahun ni. InshaAllah umi akan tolong hannan setakat mana umi mampu selagi hayat di kandung badan. sob sob sedih plak pagi2 ni.. bila teringat si bayi kecik ni 


dari baby kecik ni umo sehari dah sebesar ini umi jaga 17 tahun dah 6/1 ritu. 

dah la hannan tahun ni boleh amik lesen moto dan keta tauu


Isnin, 19 Januari 2026

Outing kali oertama selepas 5 hari masuk asrama

 Sori la kali ni asyik cerita pasal anak masuk asrama ja. ada ja hal2 lain tu. tp tajuk ni yg buat tido terganggu. Hari sabtu aritu ustaz aufa bg keizinan utk bawa anak outing. Dan Aufa request utk balik umah. homesick agaknya budak ni. teringat rumah dia. sampai di sekolah dia abg kakak yg semangat turun kereta tgu tepi asrama nak bawa balik adik. berdiri la tgh panas tu tgu adik kesayangan depa tu. by the way afnan pun balik asrama jadi dia pun teringin nak tgk sekolah org mcm mn.

dalam jam 12.30 mcm tu nmpk la si aufa ni. berlari2 la ke asrama sebb seronok nak outing balik umah. ummi plak ok2 sabaq sat na ayaq mata hold sat. tu anak dah nak balik tu. sampai je aufa membawa baju sekolah dan baju2 yg nak dijahit nama dan nombor badan . ( bukan la nombor badan sangat sebenarnya baju dobi) 

nombor ni akan dijahit dibaju sekolah yg akan ndibasuh oleh pihak dobi sekolah. jadi anak kita xperlu la dok tonyoh baju sekolah tu. terus hantar dobi sahaja. dah bayar yuran utk setahun rm170. murah ja kan. setahun tu. memudahlan urusan..xperlu dia berlari2 basuh baju atau pakai baju sekolah masam2 sebab tak pandai urus lagi..
 eh ambil gmbr dgn anak org pulak. ex skts.. anak cikgu rafidah.

jadi sesampai dirumah terus pilih baju yg nak dibasuh sbb forst week ni xde lg perkhidmatan baju dobi sbb belum jahit nombor. lepas dah basuh jahit plak nombor pada baju. dan siap terus shoot semula ke sekolah aufa. xsempat nak lepak lama sebb rumah jauh. jadi tempoh perjalanan tu lama. kena naik highway tempuh jammed di juru tu. aduhai bersabar la jiwa. 

dah sampai dirumah lebih kurg pukul 6.30 rehat sekejap terus siap2 nak hantar si kakak plak ke tuition di sungai petani. lepak kat kedai makan dijahit nama sana 2 jam tgu kakak tuition bertabahla. smpi umah pukul 11.00mlm. mata dah xboleh angkat.

mcm tu la kehidupan mak2 di awal persekolahan ni. letih badan, letih emosi tp seronok nak tgk anak depan mata. semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. aminnn ummi sayang hampa..rindu aufa..rindu afnan

Sabtu, 17 Januari 2026

pengalaman anak masuk asrama part 2

 Sambungan dari cerita Aufa call nangis2..memula nak ker keraskan hati xmau hantar kasit sukan ke asrama aufa tu, tp lepas bgtau si abi, Aufa nangis abi, katanya kakak marah, kasut sukan xdak esok nak merentas desa..

sebab malam tu juga si kakak ada tusiyen sejarah di sungai petani, jd ummi xtau nak pergi mana. antara nibong tebal dan sungai petani, 2 2 penting. mengadula kat si suami..sambil ayaq mata la kan sebab nak kena ajaq dia..

miraclenya dia mengaku ok. satgi kita pi hantar. hairan betui ummi sebab selalunya hasben kita ni bukan layan sgt si isteri dan anak2 ni. pernh rs mcm hasben kita tu xsayang rsnya. apapun xboleh. memang pesen berdikariali ni dia drive dr rumah ke sungai petani tuisyen anak, hantar si kakak terus shot ke nibong tebal hantar kasut sukan sebab esoknya aufa ada merentas desa. 

sesampai di sana kalut hasben call kawan dia merangkap ustaz sek anak supaya tlg hantar barang. jd aufa xperlu menapak ke pintu guard.smpi centu wei. penangan anak bongsu. selama ni urusan asrama anak si ummi ni la berkejaran. 

lepas hantar barang terus pergi semula ke sg petani jemput si kakak balik tuisyen. org tu dah call sebb lmbt sikit sampai. dah jemput dia terus berenti singgah makan nasik goreng lapaqq..xsempat makan umi dan abi pun. mengurus anak2

sebb tu selalu story kat sini supaya nnti bila bc balik teringat waktu berkejaran kesana kesini demi anak2..

dah pukul 12.23mlm ni. kena tido dah. esok hari paling gembira sebb nak amik anak outing..seronoknye dah 5hr xjumpa.dengar sora jaa.

Jumaat, 16 Januari 2026

Pengalaman baru masuk asrama tingkatan 1

 Setelah 4 hari anak ke asrama. Sebagai mak2 yg penyayang, penyayangla sangat.lepas jer hantar anak tu. murah toi air mata. tgk baju nangis, tgk bilik nangis, peluk bantal anak nangis, teruk betul kemaruk mak2 ni kan.adui la. jadi utk sehari berlalu tu rs mcm panjang ja masa. yg si kakak ni perasan dia ajak jomla umi kita pi jogging, brosk walk amik angin.. jd petang tu kami jalan2 ke kawasan bendang belakang rumah..xnak melayan sgt sedih tu..

Malam tu, mata xberapa nak boleh lena. menunggu2 ustaz2 cikgu2 hantar gambar dalam group telegram waris. adala sekeping gmbr aufa. Ya Allah tenangnya rs hati. elok2 jer anak aku ni. hepi jer dia

 kann..kenapa la pulak ummi nak sedih2 anak pergi belajar tuntut ilmu. dan cikgu pun cakap hari sabtu ni anak boleh outing, lagi la berbunga2 nak jumpa dia. xlama dah..

malam tu dalam pukul 11.57mlm ada panggilan masuk eh ini no sapa. angkat jer la kan..rupanya Aufa telefon.ummiii... katanya Ya Allah rs menitik air mata ni bukan sebb sedih, rinduu dengar sora dia..teruk nau ummi ni kan..

masuk hari kedua dia ok lagi xde call nangis2 tp dah start request, ummi baju xcukup, memang xcukup sebab masa packing barang dok bc sampai sekolah nnti dapat tshirt sekolah lg memang cukup la utk seminggu rupanya xdapat lg, baru order..alamakk petang tu call hasben , abg anak baju xcukup nak kena pergi hantar. kalut la abi pun lepas balik sekolah terus shot ke sekolah anak. letak kat guard, kami singgah makan dl pastu bari balik umah, sampai umah dah malam, susah sebenarnya si abi ni nak kemana2 waktu petang ni. sebb waktu dia pergi main taktaw tp sebab di anak bongsu ni dia skip sehari demi hantar baju anak..

xjumpa dia pun dapat tengok bumbung jerr




malam tu aufa call, ummi kasut sukan xde. nak merentas desa. alamakkkkk nak kena hantar lg ke ni. jauh jugak dr rumah nak kena pergi sekolah tu. memula dia kata mcm xpela aufa pinjam org.. keesokan harinya. lepas balik dr sek nak jemput hannan..jeng..jeng..jng..

Aufa call. xberapa dengar sebb putus2 tp dengar dia menangisss. umi kakak marah. mcm2 la mengadunya..sampai nak kasut..nnti kakak marah..alamak dah sudahhh..dah malam ni.mcm mn nak hantar..

okla nnti sambung nak kena punch card dah ni.. nnti lambat plak ok bye


Khamis, 15 Januari 2026

SMKA syeikh Abdullah Fahim

 13/1/2026 maka tibalah tarikh Aufa akan mendaftar di sekolah men keb agama syeikh Abdullah Fahim di Nibong Tebal.Pulau Pinang 49km dari rumah. xjauh mana tp jalan nak pergi tu mesti melalui seberang jaya dan juru top jalan paling jammed di pulau pinang ni sbb dr tanah besar ke pulau. Apapun2 tetap ku redahi demi anakku sorang ini.

Mendaftarla pada hari tersebut. pagi tu ummi mcm cool n maintain lg. wlupun masa beratur nak jumpa guru kelas tu tny aufa masih ada waktu lg ni. jom kita balik pi smk TAT ja dekat umah. nama pun ada kat kelas 1 USM tu..sambil gelak2 abi dh berdiri depan mata. awat nak pi mana dia tny. jadi tersimpan la angan2 td..


di pagi hari masih dirumah..melaran baju sekolah baru, kasut baru, tudung baru..tudung tu jahit sendiri ja. ummi kan juga ex sekolah agama.jadi setakat nak buat tudung labuh mcm tu senang jaya. beli kain potong jahit siapll..

dewan al ghazali. tu dok baca ikrar pelajar

dapat no badan..hehehe bukan no utk dobi. baju sekolah boleh hantar ke dobi. baju dalaman baju sendiri...dobi ni dah siap2 bayar utk setahun
akak2 sado tolong angkat beg baju barang2 ke bilik terima kasih akak2 chumell
kad teleponn..musti hat ni..ummi xleh tidoq lena klu xdengaq sora.
bergambar dengan katil..tingkat atas tu. xmau dok bawah katanya.pilihan sendiri.
bergambar dengan loker besar elok. abg ngn kakak di sabk khairiah loker diaorg separuh loker dia..huntunglaaa

Dapat bilik Rokiah.. Nohhh Rokiahhhh..nama mmg simbolik aaaa..

Balik pukul 1.00ptg lepas pi makan n beli barang2..bermula la episode ayaq mata..bukan anak tp maknyaaa.. masa salam tu xpa lg. naik keta dah berayaq mata. anak bongsu. kawan gaduhh.sampai umah pukul 4 mcm tu lepas pi jemput hannan balik sekolah..sesampai di umah tgk bilik dia, baju dia berderai la ayaq mata. nasib che husben balik dia la tumpang bahu. rindu anak..padahal dulu asal berdua jugak. okla nak kena pi punch card dh pukul 7.10pg dh dok lepak dalam keta lg..nnti sambung lg ok..Assalamualaikum